Search This Blog

Saturday 31 December 2016

#LuahanHati

Semalam gaji. Hari ni gatal tapak tangan. Bukan nak dapat duit ni. tapi nak berbelanja pulak.
huhuhu..

Abisla... Macam2 nak beli. Sampai tak tersimpan duit. Sambil2 pulun buat sale. Harap ada la rezeki tambahan..

Ni pun banyak bayar hutang jugak ni. Bertabahlah..

Hari ni terlepas sale RM50++. kalau ikutkan. Banyak kali dah terlepas sale. Semuanya sebab tak sempat cod barang. Mula2 kes tak bawak barang dalam kereta. Then bila dah bawak. Kena tengok masa pulak. Ok.. 2 tu biasa selesai dengan budi bicara dan ayat baeekkk punya daripada hakak!!

Yang masalahnya bila pegi kerja tak bawak kereta. Kereta dah ibarat rak produk bergerak tau!!
Bila tak bawak kereta. Takde la bawak produk kesana kemari. Makanya... bila customer call or whatsapp urgent nak barang. Memang tak dapek nak nolong.

Nak mintak tolong suami. Boleh. Tapi lambat. Dia tak tau betapa pentingnya sales untuk seorang peniaga seperti hakak ni..

Stress... Sebab tu luahkan kat sini.

Huarghhh.. Lega...

Harap lepas ni settle masalah cod barang.

Amin....

Tuesday 20 December 2016

Merancang Keluarga ~ Pil Perancang Noriday

Lepas bersalin. Doktor atau jururawat akan datang tanya kita.

"Nak merancang guna kaedah apa?"

Dan....

Mereka akan bagi risalah kaedah merancang keluarga.
Lepas tu mereka akan terangkan setiap 1 jenis kaedah.
Antaranya..
1) Pil perancang (banyak jenis pil. tapi suggestion Noriday)
2) Kaedah kalendar (rancang sendiri jika period teratur. boleh tahu waktu subur. Elakkan bersama semasa subur.)
3) Suntikan Depo Provera untuk 3bulan sekali
4) Kondom
5) Implanon (implan di lengan) untuk 3tahun.

Kaedah 1 - 4 adalah PERCUMA
Kaedah 5 perlu kos RM500 di klinik LPPKN & RM600 di klinik swasta sekitar Kuantan, Pahang.

Maka.....

Untuk kali ni... saya memilih untuk menggunakan pil. Saya ambil pil semasa hari ke-53.

"note: kali pertama bersalin, saya tak menggunakan apa2 perancang keluarga. Kononnya merancang sendiri. Tapi gagal. Sebab lepas habis pantang memang betul-betul subur rupanya. Doktor pun ada cakap, selepas bersalin dengan kaedah pembedahan (caeser) memang percent subur lebih tinggi daripada mereka yg bersalin secara normal. tapi semua tu rezeki daripada Allah"

Pada mulanya nak pasang implan. Sebab tu survey kat Klinik LPPKN. Sebab murah RM100 daripada klinik lain. Tapi setelah buat penelitian, kaedah 1, 3 dan 5 adalah sama. Iaitu menggunakan hormon sintetik untuk mengganggu hormon asal untuk mengelakkan kehamilan. Kos untuk 1 bulan bagi kaedah implan adalah lebih kurang RM14 sebulan. Harga pil perancang jika beli di farmasi jugak lebih kurang sama. Sama juga dengan kos suntikan Depo Provera. Bagi saya macam rugi kalau saya pasang implan sebab saya cuma ada 1 peluang saja lagi untuk mengandung dan hormon sintetik dalam implan memberi kesan yg hampir sama dengan kaedah 1 dan 3. Diulangi.. Semuanya adalah HORMON SINTETIK. Bezanya tak perlu fikir pasal ubat atau sebagainya selama 3 tahun.

Pil perancang yang saya ambil adalah Pil Noriday. Pil ini untuk ibu menyusu supaya susu tak drop katanya. Mula- mula tu memang susu biasa je. Tapi bila anak dah start tak menyusu siang hari.. Susu berkurang jugak. Direct feeding memang meningkatkan pengeluaran susu badan.

Selepas seminggu makan pil Noriday. Saya period. Iaitu pada hari ke-60 selepas bersalin. Normal period bermaksud period dengan warna darah dan bilangan hari yg normal. Tapi.....

Selepas seminggu habis period. Saya period semula. Iaitu pada hari ke-21 pengambilan pil. Period kali ni juga normal. Habis pada hari ke-28 pengambilan pil.

Sebelum terlupa. Pil Noriday perlu di makan setiap hari pada masa yang sama. Pil ini ada 28biji sepeket. Perlu teruskan makan pil walaupun period. Tak boleh skip walaupun sehari. Mengikut pembacaan saya. Pil ini bertindak selama 24 jam untuk 1 biji pil. Maksudnya, jika kita makan pada pukul 8 pagi. Pil ini akan menyebarkan hormon sintetik dalam badan kita sehingga pukul 8 pagi keesokkan harinya. iaitu selama 24jam.

Saya makan pil ni pukul 9 pagi. Lebih selamat daripada makan pada waktu malam. Itu pun kadang- terlajak hingga pukul 11 pagi. hehe.. Tapi kebanyakkannya on time.

Kesannya....

Selama 2 bulan makan pil Noriday.

> Period kelam kabut. (2 kali sebulan)
> Berat naik 2kg ++
> Selera makan meningkat
> Keputihan
> Kadang kala sakit kepala
> Emosi kelaut

**Plan nak ambil suntikan pulak lepas ni..

Pesanan saya (memanjangkan pesan mak mertua)

"Jika kita makan pil perancang, jangan lupa amalkan jamu juga. Jamu yang ada base manjakani atau herba2 terpilih untuk melancarkan haid dan menghilangkan keputihan. Juga perlu menjaga kebersihan bahagian intim dengan memilih feminine wash yg mempunyai pH sesuai."


nota kaki: Nanti saya share jamu apa yg saya makan dan feminine wash apa yg saya guna.

#gosip

Hahaha (gelak dulu)

Cerita gosip pagi tadi.
Mak ni dah nak tergelak tengok rambut bos paling kecik.
kah3... dia bercakap dengan mak. tapi mak ni dok gelak dalam hati. Macam tak fokus je apa yg dia cakap. kah3.. eh.. tengah menaip ni pun tergelak sorang2.. mata ni dok terbayang fesyen rambut bos paling kecik. kah3..
Tapi apa pun bos paling kecik comel la jugak. cuma perangai tak berapa comel. kah3..(tak boleh berhenti gelak)

wakakakakakkakaakakkakakakakakaka

Friday 25 November 2016

Andrian Jazli ~ 15 months (1yr 3mths)

24/11/2016

Hari ni bawak Andrian pegi check up. Check up 15 bulan (1tahun 3 bulan). Kali ni check up simple je.. Timbang berat, ukur tinggi, ukur lilit kepala, tengok dah boleh apa.. last.. dapat ubat cacing. total masa check up termasuk menunggu 40minit. Datang awal daripada biasa. time orang tak ramai lagi. 7.55pagi daftar. 8.35 pagi siap.

Hujan lebat sangat masa balik tu. Risau je. mak is fobia bawak kereta time hujan lebat sebab penah excident kan sebab jalan licin. Berdebar tau.. drive bawak anak pulak tu.

Ummi & Andrian


Andrian Control Macho
Macam2 perangai...


Update 15 bulan:

* Tinggi : 78cm
* Berat : 9.4kg
* Ukurlilit kepala : 46cm

* Perkembangan :
>Bercakap bahasa sendiri. (pandai panggil mak, babah, abah, adik, abang)
>Faham arahan.
>Faham percakapan orang dewasa.
>Sangat lasak
>Pandai bermain dengan kanak2 lain
>Gigi tumbuh makin banyak
>Suka makan nasi goreng, mi rebus

Alkisah ukurlilit kepala.. Kelakar sebab nurse yg check tu takut nak tulis kat buku sebelum lakar graf. Bila dah tengok kat graf perkembangan kepala dia normal baru nurse berani tulis. Takut salah ukur & takut ada problem (kepala besar).

Overall.. semua ok. Graf perkembangan Andrian ok.. Alhamdulillah...

Wednesday 23 November 2016

Review: Susu Anmum Lacta


Bermula hari ke-2 bersalin.. Terus amalkan minum susu Anmum Lacta.
Susu ni takde la sesedap susu biasa. Macam ada bau sikit. Nak lebih sedap, saya campurkan susu Anmum dengan Horlicks. Hasilnya.. memang berselera nak minum. Lebih mengeyangkan serta susu memang banyak dan pekat. Anak kenyang, ummi boleh tido lena.

Alhamdulillah.. sepanjang berpantang memang amalkan minum ni je.. Memang susu banyak (lebih banyak daripada semasa bersalin anak sulung) tapi takde la sebanyak ibu2 yg susu melimpah ruah tu..

Tuesday 22 November 2016

Pengalaman Bersalin [Kali ke-2]

Dah abis pantang baru ada masa nak taip pengalaman bersalin.

Untuk kali ke-2. Konon-kononnya nak bersalin normal. Walaupon tau banyak risiko. Sebenarnya bila baca2 term & condition, sama je bersalin normal atau tak untuk kali ke-2 ni. Bergantung pada apa yg Allah dah tentukan.

Kali ke-2 ni pengalaman berbeza sikit. Kali pertama dulu bersalin mengejut. Tak rancang. tak tau. tak sakit. tiba2 bersalin. Kali ni.. awal2 dah kena refer hospital sebab dah due. Due 31 Ogos (anak merdeka la sangat!)  Kena masuk wad sehari sebelum due. Bermaksud, 30 Ogos dah check in. Semua sebab ada GDM masa mengandung. Jadi, kata doktor tak boleh lebih due date.

30 Ogos 2016
Pagi2 dah bersiap pegi hospital. Mula2 kena pegi dekat Pusat Bersalin Risiko Rendah (Low Risk). Daftar kat sana. Bukan daftar suka2. Kena pulak check bukaan la bagai. Sempat kena interview dengan nurse2 kat situ. Macam2 hal.. Yg tak best masa check bukaan. Tak sakit apa masa datang tu. Memang takde bukaan la kan. Dah la yg check tu doktor pelatih. LELAKI! uhuk2. tak suka!

Then ada doktor perempuan ni. Dia memang incharge bilik bersalin. Dia terangkan lagi sekali risiko untuk bersalin normal. Ok.. mak dah cuak. Confident level turun 10%.

Siap semua procedur, boleh pegi masuk wad. Ada nurse pengiring bawak 3 orang yg nak check in. Jalan la naik tingkat 1 HTAA. Dah dapat katil. Suami pon tak boleh lama2 teman. kena datang waktu melawat pulak.

Duduk kat wad ni memang bosan. asyik iklan bisnes & main games je. Hahaha.. Pastu ada la student2 kedoktoran datang interview. Macam2 diorang ni. Siap ada lecturer diorang sekali datang. Ada ujian rupanya.. Layankan je la...

Dudukla dengan kesedihan kat wad mengenang anak kat rumah. Dengan harapan sakit nak bersalin tu datang sendiri. Malangnya.. tak sakit2 jugak. Malam tu.. orang katil depan 2 2 bergilir sakit. lepas sorang kena masuk labor room. pastu sorang lagi pun menyusul. Huh! senangnya diorang bersalin. Mak is sabau jela...

31 Ogos 2016
Pagi2 subuh nurse dah pesan mandi awal2 sebab nak masuk ubat. Sebab tak sakit2 kan. kena la masuk ubat. uhuk3... siap punya awal. last2 pukul 7 lebih baru panggil pegi bilik rawatan. Tunggu giliran dengan redha. sebelum masuk ubat. Doktor check jalan. Katanya 1cm dah. then doktor masukkan ubat. Dos = separuh. maksudnya 1.5. dos orang lain 3.0. Tak boleh masuk full dose sebab baru lagi operation tahun lepas. tak nak terlalu sakit sampai tak boleh tahan. takot effect kat rahim yg berjahit tu.. risiko pecah sebab sakit meneran. macam tu la doktor bagitau.

Lepas masuk ubat. Kena baring 1 jam. lepas 1 jam baru boleh bangun, makan & lain2. tengahari tu.. ramai yg bersalin. kesan ubat tu cepat kat diorang. Yela.. diorang masuk full dose. me?? hahaha.. tak rasa ape pun. maka.. pukul 2 kena pegi bilik rawatan semula. Doktor check jalan & masuk ubat lagi. Masa check jalan still tak gerak. 1cm lagi. Doktor tolong bukak jalan. Sampai 2cm je. sakit hokeh!

Lepas masuk ubat kali ke 2, baru rasa sakit tu.. Memulas sekali sekala macam senggugut. kadang2 lebih sakit daripada senggugut. Ok je la.. sebab sakit tu on off... Nurse dah start check jantung baby. Malam tu.. memang tak boleh tido. Orang katil depan sakit sangat sampai tak senang duduk. last2 pukul 2 pagi kot kena tolak masuk labor room. pastu boleh tido kejap je. sakit tiba2 kuat sangat sampai rasa macam ada keluar something.

1 September 2016
Masa tu dah nak subuh. Pegi toilet. tengok ada darah macam period. Pastu Doktor check jalan still tak gerak. Doktor tengok result check jantung baby. Memang contraction kuat. Tapi jalan tak buka jugak.

Tengahari tu doktor pakar ronda kawasan. Then dia review i punye kes. Doktor biasa dah start nak suruh pegi czer je. tapi doktor pakar cakap tunggu dulu. sebab baby takde masalah. boleh bagi overdue. Lagipun dah over 1 hari & baby ok je..

Petang pulak check jalan lagi. Doktor lain pulak check. dia cakap dia tolong bukak sampai 3cm. then dia booking labor room untuk esok pagi. Balik kat katil nurse datang cucuk ubat tahan sakit.Cucuk kat bontot. uhuk.. cepat pulak kesan ubat tu. Memang hilang rasa contraction. Bangun pegi amek air. Masa jalan balik ke katil tu.. tiba2 rasa melayang-layang. Nasib baik sempat sampai katil. terus tertido tak sedar diri. Kesan ubat tu memang dasyat. tak boleh baring. memang confirm tertido. Nurse cakap ubat tu bagi kita relax. Macam ubat penenang orang gila jugak kot.. hahaha..

2 September 2016
Pagi tu nurse suruh siap2 nak masuk labor room. Pegi sana. 1st time tengok keadaan labor room hospital. Rasa berdebar2. Doktor datang check bukaan. Eh.. 1.5cm je. kebetulan doktor pakar datang. Dia bagi pilihan. nak teruskan bersalin normal atau nak czer. Kalau nak bersalin normal kena masuk ubat. pastu cucuk epidural sebab tak nak bagi terlalu sakit masa contraction tu. fikir2 rasa macam sama je dengan czer. Confident level merundum 100%. Doktor panggil suami. Suami pun tak sanggup dengar perkataan sakit bersalin tu. Sebab dia sendiri tengok masa kat wad ada yg sakit sangat sampai menggelupur. Pastu tak sempat2 nak bersalin. Dia pun setuju nak czer jugak. (eh.. i ols yg kena czer tau!)

Ok.. dah dapat keputusan. Balik semula ke wad. Tapi dah kena start puasa. Doktor plan pukul 3 petang masuk bilik bedah. Ok.. dah dapat baju color biru (sebelum ni pakai baju pink). Baju biru ni untuk pesakit yg nak ke bilik bedah. takde butang. Ada tali je kat belakang. ikat2 camtu je.. seksi u ols! hahaha. duduk je senyap2 kat katil. dalam pukul 2.45petang. Nurse2 dah datang. masukkan air, tiub kencing dan macam2 prosedur lagi. kena naik sendiri ke katil stretcher (yg nak tolak kite ke bilik bedah tu) Tengah kelam kabut tu.. suami sampai. Amek barang2. Dah salam2 suami.. terus ditolak ke bilik bedah.

Sampai sana macam biasa prosedur doktor bius dan nurse2 lain kat bilik bedah. Eh.. semua macam biasa. Hihihi.. pengalaman yg sama tahun 2015. Juga di hari Jumaat. Cuma tarikh berbeza. Situasi kali ni lebih tenang sebab takde penyakit darah tinggi. Hahaha...

Tapi.. bius kali ni macam tak bius je.. Mungkin ubat berlainan atau berlainan dos. entah la... Doktor tak bagitau pulak. Cuma bagitau pasal bius je. Lepas kena cucuk. Macam biasa test. Tapi macam tak rasa pun ubat bius tu dah berkesan. Kali ni doktor cina lelaki dan sorang doktor melayu perempuan. Masa operation bermula.. Rasa segala benda yg doktor buat tapi tak rasa sakit. Terus buat andaian yg ubat bius ni menyebabkan deria rasa sakit sahaja yg koma sekejap. Eh.. apa istilah tah. Haha.. Deria rasa yg lain masih ada. Setiap lapis kulit yg dipotong tu terasa dipotong tapi tak rasa sakit langsung. Cuma masa doktor nak keluarkan baby.. rasa  sakit kat dada sebab ganas betul doktor lelaki tu tekan kat bahagian atas perut. sampai rasa nak putus nafas. Baby kali ni besar. Sebab tu amek masa sikit nak keluarkan. Doktor perempuan tu sempat lagi bagitau pasal keadaan rahim (uterus) yg normal. Sebab doktor kat labor room curious pasal bentuk rahim yg menyebabkan kesukaran untuk bersalin normal. Lagi 1 kedudukan baby yg hampir nak songsang dan sejarah ada baby songsang sebelum ni.

Tepat pukul 3.32petang. Jumaat. 2 september 2016. Baby selamat lahir secara pembedahan. Alhamdulillah... Lega. pukul 4 petang baru siap jahit dan tunggu sekejap dalam bilik bedah yg sejuk tu. Tunggu wad postnatal sedia nak terima pesakit baru. Diorang tengah kemas2 la tu.. Sementara menunggu tu.. dengar la nurse dok bersembang macam2.. Cerita pegi pasar malam la. Nak balik dak pegi shopping la. amek anak la.. macam2 cerita. Semua happy sebab dah abis shift petang. Kitorang (ummi & baby) pesakit terakhir untuk shift tu. Sambil2 menunggu jugak. Nurse bagi baby menyusu. AAlhamdulillah.. adik(baby) memang pandai menyusu. Sempat la dia kenyang masa kat dalam bilik bedah tu. Hampir pukul 5 petang baru ditolak keluar dari bilik bedah. Masa tu nampak la suami dengan beg2 macam orang nak meniaga tepi jalan. hahaha

Ahmad Aidan Zayyan Bin Mohd Fazli
Day 1
3.36kg

Day 1- Tak nak dibedung. Cuba jaya menghisap jari.

Wednesday 24 August 2016

Bra Menyusu Murah (Maternity/ Breastfeeding Bra)

Dah dekat2 nak bersalin ni nak cite la sikit pasal persediaan.

Dulu masa anak 1st tak tau kat mana nak cari bra menyusu yang murah2.. dan memang tak sempat langsung. Sebab bersalin awal. Sekarang ni dah ade pengalaman, maka dapatla cari tempat jual bra menyusu murah.

Bra menyusu ni ade butang kat cup. Bra jenis lembut & takde wire (besi penyokong kat bawah tu) Ada yang bercorak & ada yang kosong je. Banyak yang comel2 tau! Mula2 survey kat online shop. Boleh tahan. Murah jugak. RM100 untuk 4 helai atau RM100 untuk 3helai.

Yg saya beli ni lebih3 murah lagi. RM8.90 je sehelai. Kat mana?? Kat Pasaraya Hari-hari je... Sebelum tu ada beli kat Pasaraya Ten Ten. Tapi mahal sikit. RM12.00 sehelai. Then pegi Hari-hari. Eh.. lagi murah & banyak pilihan. Siap ada corak2 lagi tau!. Memang pucuk dicita, ulam mendatang la.... Terus sambar 5 helai. Murah & jimat!

Kualiti? Ok. Puas hati. Material lembut & selesa. Dah pakai walaupun belum start menyusu. Hihihi

Rasa nak pegi beli lagi tapi tak tau la sempat ke idok ni..

Dah 39weeks ni... baby steady je kat dalam. macam seronok je dok kat dalam perut ummi ni. Tak nak keluar ke?? heheh

Monday 22 August 2016

Susu Anmum Lacta & Materna

Terbeli susu Anmun Lacta masa shopping barang anak2...


Dapat pulak free 2 sachet susu Anmum Materna. 1 perisa Vanilla, 1 perisa Coklat. Yang coklat tu sedap!

Sebelum ni banyak dapat sample susu Friso Mom daripada klinik W.Y.Ko. Sedap lemak berkrim!! 1 perisa je..

Susu Anmum ni kurang lemak berkrim tapi ok.. sedap jugak.. Dah nama susu ibu mengandung memang rasa pelik sikit. kui3

Anmum Lacta ni nak minum dalam pantang nanti. Nak tambah susu kata ko! Dah standby minum ESP Shaklee. Sambil doa nak banyak susu untuk anak kali ni... Semoga Allah makbulkan doa... Amin...

Nanti dah minum boleh update perkembangan & keberkesanan pulak. Nanti I buat review hokeh!

Saturday 20 August 2016

Review: Set Satin Lips by Mary Kay

Kali ni nak buat review Lip Balm & Lip Mask keluaran Mary Kay. Set ni dinamakan Satin Lips!
Tengok nama Satin pun dah tau result camne yg kita dapat lepas guna kan...? Macam kain satin bibir i ols okeh!





Tapi... bukan guna sekali dah jadi macam kain satin bibir u ols tu. Jangan la harap hasil yg cepat tau!

Dalam set ni. Ada Lip Balm & Lip Mask. Mula-mula pakai Lip Mask dulu. 10minit je. Tak payah lama-lama. Pastu scrub lip mask tu. Guna kain lembut or tisu. Cuci sampai bersih. Then sapu je Lip Balm. Saya biasa pakai malam. Esok pagi tu bangun tido bibir selembut sutera dah pun.. Ha.. bukan setakat satin tau!

Repeat kali ke-3 pakai lip mask ni. Baru nampak bibir makin kurang menggelupas. Bibir saya memang jenis cepat kering. Jadinya.. asal nampak macam kering sikit-sikit terus sapu lip balm. Pilihan lipstick pun kena tepat. Tak boleh pakai lipstick yg mengeringkan bibir. Kena pakai yg jenis creamy sikit. Kalau tak... bibir akan kering semula & meninggalkan kesan buruk pada kulit bibir.

Lip mask tu fungsi dia untuk menanggalkan sel dan kulit mati pada permukaan bibir. Lip balm pulak berfungsi untuk melembapkan bibir. Best combination!

Friday 19 August 2016

Review: Minyak Herba Asma Mujarab

Nak cite sikit pasal minyak herba asma mujarab ni.

Alkisahnya. Si Andrian Jazli ni memang mudah sangat berjangkit batuk & selesema. Sampai berkahak. Kena guna nebulizer untuk cairkan kahak. Sejak kecik memang mudah sangat dia berjangkit & lambat baik pulak tu. Sampai kena pegi klinik. Sampai kena tahan untuk sedut kahak. Huhuhuhu~~ Kesian sangat.

Satu hari tu.. ada sorang kawan suami mention nama suami kat facebook pasal minyak ni. Ada satu page jual minyak ni. Suami terus mintak saya order minyak ni. Kami cari pengedar di Kuantan. Senang nak amek barang. Nak cepat. Kebetulan masa tu memang Andrian tengah batuk2 berkahak dan selalu muntah susu lepas batuk.

terus beli 2 botol. tamak! hahahaha... Tapi sampai sekarang ni. Guna 1 botol pun tak abis2 lagi. Botol kecik je. tapi berbaloi sangat rasanye. Kadang2 ummi Andrian pun guna jugak minyak ni. Best. Memang best. Harga RM39 sebotol. kena goncang dulu sebelum guna tau. Herba dia pekat kat dalam. ada effect mint sikit2. Berangin sikit. Tapi memang selesa. Boleh jugak gantikan minyak telon anak time kehabisan minyak telon.

Pagi2 lepas mandi. Memang sapu minyak ni kat tapak kaki, betis, dada, pusat dan belakang Andrian. Alhamdulillah. Andrian serasi dengan minyak ni. Kalau dia batuk2 cepat2 sapu mnyak ni kat dada dia.

Untuk ummi Andrian pulak. Sapu kat kaki, dada & belakang bila rasa badan berangin, kaki kebas2 dan pedih ulu hati. Alhamdulillah.. lega sikit...

Pastikan beli yg original ye....
Lupa nak tengok berapa ml minyak ni. Tapi sekarang ni dah guna sebulan pon macam banyak je lagi...

Thursday 18 August 2016

Makanan Korea

Ini cerita makan-makan semalam. Korean food u ols! hamboih.. keje kat sini memang susah nak kurus la. Selalu ada party makan, makan, makan & makan.. fuhhh (lap peluh)

Makan-makan ni sempena i ols nak beranak. Eh.. boleh pulak kan. Mak buyung takde la ngidam sangat. Tapi buyung2 extra tu yg mengidam lebih. Ni pon ada plan nak pegi makan-makan kat luar pulak. Sabar je la ye...





Selamat menjamu mata ye u ols!

Semua makanan ni kitorang order dari orang melayu yg belajar masak masakan korea. Original resepi korea dengan tambahan rasa tekak melayu yg suka pedas. Tapi memang terangkat air tangan akak ni. Dia pun cuma buat bila ada tempahan makanan korea je. Tapi rasanya hari2 ada tempahan. Bahan-bahan dia memang original korea. Harga sangat-sangat berpatutan. Siap ada delivery lagi. Puas hati sangat2..

Hari ni pulak sebenarnya ada check up. Bersedialah ye.. Mungkin berat naik banyak. Hahahaha~
(berdebar pulak)

Oooo.. lupa pulak. Balik je malam tadi. Perut rasa semacam je. Sakit2. Pegi membuang. Lega kejap. Pastu macam ada lagi. Berbaring-baring sambil bagi tido anak. Ingatkan dah nak bersalin. Hahaha
Macam2 hal. Makan banyak sangat. Pastu makan lambat. Angin pun dah start terperangkap kat dalam. Telan 2 bijik Peppermint Ginger Plus Shaklee. Lega sikit. Terkentut-kentut. Sebelum tido telan 4bijik  Ostematrix + 2bijik B complex. Pagi tadi bangun membuang dengan jayanya.. No more sembelit  bagai. Sepanjang pregnant ni memang amalkan makan vitamin Shaklee. Sama je macam pregnant yg 1st. Alhamdulillah. Berkesan. Nak makan jamu bagai kena tunggu lepas bersalin la ye..

Pagi ni start minum ESP Shaklee semula. Dengan niat nak banyak susu lepas bersalin nanti. Balik ni kena singgah beli hollicks la.. Ramai yg kata minum hollicks susu banyak nanti. Rasa pun sedap. Boleh campur dengan ESP. Yummmmyyyyy!

Banyak pulak cite hari ni...

Wednesday 17 August 2016

Andrian Jazli ~ 12 Bulan

Lagi beberapa hari lagi si bulat ummi nak masuk setahun. Perkembangan dia?? Alhamdulillah... Andrian Jazli semakin lasak. Semakin bijak. Terbaru.. Dah boleh melangkah 2, 3, 4 langkah. Alhamdulillah.

Memang betul sangat kita tak boleh nak bandingkan perkembangan setiap baby. Perkembangan mereka sangat-sangat berlainan. Setiap baby adalah unik. Macam tu jugak kita. Sejak kecik sampai besar. Perkembangan kita tak sama. Ada yang cepat ada yang lambat.

Macam Andrian ni.. Mula-mula kita tengok perkembangan dia macam slow sikit. Salah satu sebab mungkin dia lahir tak matang. Belum sampai masa untuk lahir dah terpaksa keluar tengok dunia. So, kena amek masa adapt semua benda. Tak macam baby yang memang lahir matang.

Andrian tak merangkak. Dia cuma mengensot je. Lama jugak... Masuk umur 11 bulan baru ada keinginan nak bangun berdiri dan cuba-cuba memanjat. Sekarang ni boleh meniti dan berjalan dengan berpaut sebelah tangan. 2, 3 hari lepas dah boleh menapak 2,3 langkah tanpa berpegang apa-apa. Ummi, walid & Ibu happy tengok perkembangan Andrian.

Perasaan seorang mak?? Dah tentu seronok sangat!

Monday 15 August 2016

Menghitung Hari

Berdebar menunggu hari.
Camni rupanya perasaan berdebar menunggu sakit nak bersalin. Ni belum berdebar menahan sakit nak bersalin. Huhuhuhu

Kali ni memang pengalaman baru. Masa anak sulung. Pregnant sehingga tepat 37weeks je.. Pregnant kali ni..(sehingga sekarang) masuk 38weeks. nak tido malam agak susah. Kalau dah duduk nak bangun memang payah. Dah baring lagi la payah nak bangun. Uhuk2..

Perut lebih besar. Tu pon faktor jadi berat segala benda. Peha, pinggang & belakang dah mula sakit2. Dugaan... Harap bertabahlah sehingga bersalin nanti. Harap semua dipermudahkan...

Tolong Doakan!
Thanks!!

Thursday 11 August 2016

Berdikari & 2nd Pregnancy...

Pregnant kali ni memang banyak berdikari. Segalanya buat sendiri. Suami kerja tempat baru. Tak boleh nak teman pegi check up ke ape ke.. check up tak kisah sangat. Sebab dari anak sulung memang suka pegi sendiri. Tapi time check up kat hospital. Tu yang tak syok. Kena cari parking sorang2. Stress... Pastu, seminggu sekali kena handle anak sorang2. huhuhu~

Memang menjadikan diriku supermom!

Takpelah.. Kena kuat demi anak2.

Letih pun tetap pegi keje. Wah.. memang salute dengan diri sendiri kali ni. Tak sangka diusia ni semakin matang ni.. Semakin bertenaga & kurang manja!!

Korang macam mana? Mungkin lebih hebat lagi dugaan korang berbanding saya. ;)

Thursday 4 August 2016

Dugaan di Hari Check Up

4 Ogos 2016

36weeks 1day.

Ikot perkiraan doktor la..

Hari ni check up di Klinik Kesihatan je. (Permatang Badak, Kuantan)
Terkejut. Isnin timbang berat 60.6kg. Khamis dah naik 61.5kg. Wahhhhh... Sekejap je dekat sekilo. Ataupun sebab dah dekat2 sangat nak due date ni.. berat cepat naik. Atau sebab malam tadi makan burger McD??? Erkkkkk.. tetiba teringat Sunday Mango semalam. Tak habis lagi. Balik ni kena ingt makan Sunday Mango!

Lepas balik check up, singgah makan. Of course sorang-sorang la.. Lepas makan kete tak boleh start pulak.. Adehhhh... Dah la suami outstation. Nak tak nak call jugak dia untuk inform. Rupanya bateri dah out! 1st time hadapi situasi ni sorang2. Call adik & abang. Abang datang tolong. Alhamdulillah.. tinggal berdekatan dengan adik beradik ni memang bagus. Sorang ada masalah ramai yang tolong.

Abang datang pick up. Tolong lock semua kete tu. Then pegi pinjam kete adik untuk pegi tempat keje. Sebelum masuk keje, sempat pegi beli bateri baru. RM170! huhuiiii.. Nasib baik la jenis bawak duit lebih. Takde la kes kena pegi bank pulak nak beli bateri kete.. lega.

So, petang ni boleh la buat "mak secara kebetulan". Balik keje amek adik & boleh pegi pos laju. Silap2 boleh pegi beli barang sikit. Ada je nak beli time duit nazak2 ni.. Hihihi

Ha... Pagi tadi pun ada jugak dugaan. Nyaris2 terlanggar kete depan yang sama2 brek mengejut. Tapi kete depan tu memang dasyat. Sampai berasap tayar dia punye brek kete. I ols is ok lagi. Brek sikit je sebab tak bawak laju sangat. Kawasan macam tu memang orang bawak kete macam hampeh. Memang kena hati2. Alhamdulillah. Takde ape berita buruk. Nasib baik lori kat belakang tu pun slow je. Kalau tak... tak tau la apa nasib kami berdua. (bawak anak kecik kat seat belakang) Mujur anak duduk dalam car seat baby. Alhamdulillah..

Monday 1 August 2016

Check Up di O&G HTAA

Alhamdulillah.. Settle check up di HTAA. Kali pertama drive sendiri ke hospital.
Alhamdulillah.. Doktor dan doktor pakar bagi keizinan untuk cuba bersalin normal. Sebab semua ok masa check tadi walaupun polisi HTAA -"boleh bersalin normal selepas bersalin czer lebih 18bulan". Apa pun tadi.. doktor O&G berbincang bersama doktor pakar. Selepas tengok rekod pregnant kali ni. Diorang cakap boleh try bersalin normal. Lagipun takde rasa sakit pada bekas operation yang lama tu.. Cuma risiko tetap ada walaupun apa cara bersalin yang kita pilih. Risiko 0.5% - 1.0% lebih kurang. Macam rendah. Tapi semua tu bergantung pada Allah. Insyaallah. Tadi pun sbebelum doktor pakar buat keputusan, dah doa dalam hati. "Allah sebaik-baik perancang. Apa yang terbaik hanya dari Allah. Aku redha apa pun keputusan kali ni.."

Keputusan check up hari ni:

  • Tekanan darah - OK
  • Berat - OK
  • Kedudukan baby - OK
  • Berat / besar baby - OK
  • Air ketuban - OK
Berharap dapat bersalin normal. Tinggi harapan ni. Sebab baby tak songsang or melintang ke apa kali ni. Harap sakit sendiri sebelum kena paksa bersalin. Semoga Allah makbulkan doa.

Friday 29 July 2016

Trimester ke-3

34 weeks ++

Pregnant kali ni:
> Kaki tak bengkak (Alhamdulillah)
> Perut lebih besar daripada pregnant kali pertama. (orang tua2 kata perut dah kembang)
> Disebabkan perut besar. Lebih berat. Masuk 3rd trimester ni kalau dah duduk or baring susah nak bangun. Jalan pun macam peguin je rasanye.. hahaha~~
> Makan apa saja. Semua ok. Boleh terima.
> Pedih ulu hati sangat2 terutama 3rd trimester ni.. Setiap malam sebelum tido kena sapu minyak yg berangin kat dada. baru lega boleh tido.
> Kaki krem tapi kurang daripada pregnant yg 1st.

Monday 18 July 2016

34 Weeks Pregnancy

34weeks

Betul orang kata. Lain anak lain rasa semasa mengandung. Memang tepat sangat pengalaman mereka2 yg sebelumnya dah alami situasi ni..

Minggu ni masuk 34weeks pregnancy. Minggu lepas tak berapa sihat. Batuk + selesema. Memang terseksa time mengandung dan tak sihat. Tapi itulah pengalaman dan dugaan yg perlu dilalui. Mengandung anak sulung tahun lepas, dugaannya tak sehebat mengandung kali ni. Allah Maha Adil. Mengandung anak sulung, Dia beri masa enjoy! makan apa saja. buat apa saja. pegi mana2 dengan happy. Orang lain tak sihat (batuk, selesema & demam)  sikit pun tak jangkit. Imun sangat kuat!

Berbeza tahun ni... masuk kali ni.. 2 kali kena jangkitan selesema sepanjang mengandung. Makan tak boleh sebarang makan. Nanti sakit badan. Sekarang ni masalah pedih ulu hati menjadi2. Tak boleh makan pedas & berminyak. Nanti susah diri sendiri. Makan durian pun tak boleh nak enjoy macam tahun lepas. baby tak gemor! Dannnnn... ada 1 masalah sejak seminggu yg lepas. sampai ke hari ni tak settle. Sakit di tulang rusuk. menyucuk2 dan sangat2 tak selesa. Mungkin baby besar sikit daripada abang dia. hihihi.

Kesimpulannya...
Anak 1st: Susah nak lekat (usaha macam2 untuk mengandung) tapi senang masa mengandung.
Anak 2nd: Senang nak lekat (tau2 ada je..) tapi time mengandung banyak cabaran..

Berkenaan berat badan...
Kali ni tak naik banyak. mungkin letih dan kurang makan. Letih sebab bekerja + jaga anak kecik. Tido selalu tak cukup. Berat masa buat buku pink. 53kg. Berat sekarang 60.3kg. tak sampai 10kg bertambah untuk pregnant kali ni. Dah nak cukup 9 bulan ni.. Harap kesihatan saya & baby baik sehingga masa melahirkan nanti. Nak bersalin 31 Ogos!! Tak nak bersalin awal..

Doa-doakanlah ye...

Alhamdulillah.. Syukur..

Alhamdulillah.. rezeki kami sekeluarga. Suami dah dapat kerja baru. Alhamdulillah.. rezeki anak2... Allah dah tetapkan rezeki setiap anak yg lahir. begitu jugak dengan rezeki kita. Semua dalam tangan Allah.

1st time suami keje outstation. Walaupun cuma 2hari. tapi rasa macam lama. Sebab selama kawen 3tahun lebih ni.. Inilah kali pertama berdikari terutama lepas dapat anak. Berdikari dari sudut menjaga anak waktu malam dan menghantar anak sebelum pegi keje.

Alhamdulillah dengan jayanya dapat berdikari.

Hari ni.. 18/7/2016. Suami dapat offer kerja lagi. Rapid Kuantan pulak. Tapi dia dah seronok keje dengan tempat sekarang walaupun baru bekerja 3hari. Mungkin Allah dah tetapkan. Takpe.. bagi peluang dekat orang yang betul2 takde keje kan.. Mungkin rezeki orang lain pulak kat situ.. Jangan tamak.

Dalam 2, 3 hari ni.. Alhamdulillah.. sales jamu dan vitamin pun makin bertambah. Tak sangka page busuk2 i ols pun ada jugak customer. Alhamdulillah.. syukur...

Friday 1 July 2016

Anak Bujang Demam

Dalam dok sibuk siapkan keje sebelum raya.
Sempat lagi mak orang ni menghupdate blog. Kui3~

Citenye... Anak bujang sorang tu demam batuk selesema. Demam dah kebah lama. Tapi batuk & selesema tak pulih lagi. Ummi is risau hokeh. Dah la nak dekat raya ni. Nak bawak pegi shopping lagi. Memandangkan keadaan anak yg batuk2.. macam takde mood nak pegi mana2. Kesian kat anak. Takut kena infection pulak kalau bawak keluar. Dah la macam2 penyakit menular sekarang ni. Anak jenis sensitif ni leceh sikit.

Malam tadi batuk dia dah kurang. Bangun pagi... mula2 ok je.. Lepas dia capai Bobby the Bear dia... Gigit je terus batuk. Okeh.. Allah dah bagi petunjuk punca2 anak batuk & selesema tak baik2 adalah habuk pada mainan dia. Mainan lain semua Ummi dia dah cuci sebelum main. Bear busuk dia rupanya pusat pengumpulan habuk dan bakteria!

Terus capai bear tu letak kt bilik sebelah. Ingat nak cuci dengan Steam Q Iron je. Di sebabkan kesuntukan masa.. Tinggal gitu je kat bilik tempat iron baju.

Tadi.. Cik Tam (mak sedara Andrian a.k.a my adik) whatsapp.

Cik Tam: Huiii.. Busuknya Bobby Andrian ni!! Macam bau kucing tak mandi.
Ummi: (Blur... ) owhhhh.. Bear tu ke? Busuk ke? (Baru teringat yg Andrian suka gigit bear tu)
Cik Tam: Ye... Busuk gila. Tang kepala paling busuk.
Ummi: hahahahha... Andrian selalu gigit kepala bear.
Cik Tam: Nak kena cuci ni....
Ummi: Tapi bear tu ade loceng kat dalam. Plus kat dalam tangan bear tu ade bijik2 macam pasir2 tu..
Cik Tam: Esok I ols cuci guna tangan. Lepas kering baru guna Steam Q Iron.
Ummi: Okeh.. teruskan usaha.

Macam tu la citenye.. Bila Cik Tam yg prihatin rajin nak cuci bear Andrian. Alhamdulillah.. Ringan keje Ummi.

Dah la esok kena keje sebab nak siapkan invoice sebelum cuti raya..... Uhuk3...

Semoga Andrian cepat sihat ye sayang... Ummi & Walid sayang sangat anak bujang kami..


Update:
Andrian makin fasih sebut Abah, Babah, Papa, Mama...
Walid.. Ummi... Memang takde dalam senarai. Mi.. kadang2 ade la. Time dia lapar.... uhuk2.

Saturday 25 June 2016

Tak Bangun Sahur!

Huh.. Gara-gara mimpi masuk kelas biola.. Tak sedor nak bangun sahur. Hampeh betol. 1 umah la tak sahur. Cik abang pon 1 hal. Alarm bunyik tak kejut kita. Dah la kita ni mengharapkan dia nak bangun pagi. Dia pulak boleh tido lambat malam tadi. Tu pasal bila alarm bunyik pukul 4 dia pon tak sedarkan diri. Haishhh...

Sedar-sedar anak nangis nak susu pukul 6 lebih. Lepas tu alarm untuk bangun pegi kerja bunyik pukul 6.30. Huwaaaaaaaa

Takpelah.. harap ummi & baby kuat untuk hari ni. Semalam sebelum tido ada minum milo. Heheh...

Tuesday 21 June 2016

Cerita Anak Sulung ~Andrian Jazli~

21.06.2016.

Alhamdulillah.. Genap 10bulan Ahmad Andrian Jazli bersama Ummi & Walid. Dah pandai macam2 sekarang ni.

10 bulan : Dah mula pandai mengensot (duduk sambil gerak), menyusur pun laju semacam je. Dah mula nak memanjat. Berdiri pun tak berapa kukuh lagi. Merisaukan ummi je tau! Kuat mengamuk kalau tak bagi barang. Sangat2 la garang.. hahaha.. Suka main kasar2. Tah ikut sape la perangai tu. Dah banyak kali jatuh katil sebab menyusur laju sangat! Tak boleh lepa langsung! (lepa = abai)

Bangun pagi dah pandai mintak susu. Ayat dia.. " Mi.. apa...." baca: Ummi.. Lapar.. hahahaha.. mulut memang macam popcorn meletup-letup! Banyak cakap tapi kadang2 tak tau dia bebel apa. Sejak umur 6bulan, mula ikut2 apa kita cakap. Tapi betul2 bunyi bila masuk 8bulan. sebelum tu basic2 macam ibu, mama, ummi, abah, ayah je yg faham.. Tapi sekarang ni dah macam2..

Sejak dalam pantang, Andrian memang jenis tidur awal dan bangun awal. Time dia tidur, selepas Maghrib. Bangun time Subuh. Tengah malam memang wajib bangun minum susu. Sebab Andrian perut kecik. sekali minum susu cuma 4oz je.. paling lapar pegi la 5oz.. kalau tak.. memang minum sikit2.. 2 hingga 3jam sekali kena bangun buat susu dia. Andrian memang tak menyusu badan. Sejak dalam pantang lagi memang susu badan kurang dan memang dia tak nak menyusu. Huhuhu.. Terpaksa la exercise bangun buat susu. Bergilir-gilir dengan walid dia.

Friday 17 June 2016

Kesian Nenek Tak Bersalah #gosip

Ni bukan cerita pasal nenek sendiri. Ini cerita pasal sorang aunty (boleh panggil nenek jugakla sebab umur dah 70++) kat ofis I kerja ni.

Kesian dia ni tau. Dah la dah tua. Pastu selalu jadi mangsa usik2 geng2 ofis. Dah la dia ni duduk sorang2. Masih bekerja. Ada adik tapi tinggal jauh daripada dia. Nak kesian tu memang la ade jugak jauh di sudut hati ni.. Tapi bila mengenangkan perangai dia yang tak boleh blah. Macam tak berapa nak kesian pulak. kehkehkeh...

Kadang tu.. macam semalam. Dia lalu lalang depan kitorang pon.. kitorang dah potpetpotpet. Pasal baju dia la.. pasal kasut dia la.. pasal tu la ni la... macam2 la.. ape la kan.. Kadang2 dia lalu je. takde buat ape2 pon kne kutuk jugak. Hahahaha.. memang sedey tau!

Ni semua sebab 1 masa dulu.. Masa kitorang baru2 keje.. Dia la batu api paling besar kat ofis ni. Bila tau cerita memang geram hokeh. Tapi memikir dia orang tua.. malas nak amek port sangat.  Malas nak gaduh. At the end.. Pot pet pot pet ngusik je la. Tak tau dia faham ke tak. Hahaha

Apa pon.. tak seronok kalau dia takde. Sebab takde bahan nak ketawa and suka2. Tak meriah orang kata. Nanti mengantuk buat keje.

Wednesday 15 June 2016

Selipar Putus Punca Mengantuk

Apakah???

Hahaha.. Ni nak cite sikit. Eh... tiba-tiba terbayang kopi panas semalam. Sedap pulak. Hoiii.. puasa oiii..

Sambung cite..
Kisahnya, pagi tadi selipar kat ofis ni putus. Selipar tu yg pakai dalam ofis. Jaga kulit kaki u ols! Then.. Semalam selipar ofis mate putus. So, kitorang decide time rehat nak pegi beli selipar baru. Yg pasti murah je hoiii.. Kat kedai RM2 je. (sejak GST tambah jadi RM2.12). hampeh. Tapi still murah la.. Tempat lain semua RM5 ++. ok la kan??

Bukan masalah GST yg nak diceritakan. Masalahnya. Bila dah keluar.. mula la meleret-leret beli macam-macam. Ok.. yg tu 1 hal. Yg tak boleh tahan. Bila balik ofis. Waktu rehat pun dah habis. Time buat keje tu.. mengantuk la pulak. Ni la padahnya tak tido waktu rehat. Ini semua sebab selipar putus la ni.. Adoiiii.. helppppp...

Tuesday 14 June 2016

Cerita Lipstick Mary Kay

Hari ni cerita melawa. Mak yong nak cite pasal favorite lipstick dia. Eh.. eh.. sejak bila pandai berlipstick bagai nih? Sejak2 rajin melawa (masa tu habis pantang kat si sulung gemuk bulat tu). Terus rajin pakai lipstick. Rajin jaga kecantikan. Sayang laki kate ko!

Masuk je keje dengan pantas mengorder lipsctick Mary Kay. True Dimension Lipstick.




Inilah rupanya.. Ada cite kelako pasal lipstick ni.
Ape yang kelako?
Ha.. meh nak cite.

Alkisah orang tak penah pakai lipstick Mary Kay. Bentuk dia unik sikit. Maksud unik tu... tang nak bukak lipstick. Kena tekan atas. Tarik bawah. baru la keluar batang lipstick tu. I dengan ofismate ni memang tahap jakun. Tak penah melawa sangat. Ni 1st time beli lipstick mahal la jugak.. Hahahaa..

Dok belek2 lipstick tu nak bukak. Last2 hentam sajala labu.. wakaka~~

Warna lipstick ni I pilih merah hati. Cantek sangat tau!. Tapi bila apply kat bibir. Macam ada rasa daun teh je... Ok la.. not bad. Dah macam pakai pelembab bibir je bila kita apply lipstick ni. memang tak mengeringkan bibir macam sesetengah lipstick kat pasaran. Tu yang I suko! Al maklumlah.. bibir I jenis kering kontang sampai menggelupas. Kadang2 luka sebab jari gatal nak korek bibir kering tu.

Apa pun.. memang puas hati dengan lipstick ni. Best! nak cuba? Boleh google Beauty Consultant Mary Kay yang terdekat dengan kawasan anda.

Tata..

Monday 13 June 2016

Detox Part 1

Salam Ramadhan..

Hari ni nak cerita sikit pasal detox. Bukan la detox yang macam orang lain dok beria buat tu. Ni detox paling simple. Cuci usus kata orang kampung macam I ni..

Al kisahnya.. Ada la sorang kakak kat ofis ni dok sebok nak gemuk.. nak gemuk.. Nak suggest produk takut tak berkesan pulak kat dia. Sebab dah macam-macam produk dia makan semua macam so-so je untuk dia..

So, dengan hati-hati.. I suggest dia buat detox dulu. Pelik kan?? Biasa orang gemuk je yang rajin berdetox. Tapi sekarang ni I rasa dia memang perlu detox sebab usus dia dah banyak sangat tersumbat dengan produk2 yang dia makan sebelum ni.

I suggest dia makan HERBLAX SHAKLEE.

Ye.. Produk ni memang I puas hati sangat. Sebab mula2 I nak makan vitamin dulu pun I start makan Herblax ni jugak. Kesan dia memang superb! Bukan nak promote lebih. Tapi itulah hakikatnya. Hihihi..

Tak cuba tak tahu kan?

So, kakak ni setuju nak makan Herblax dulu sebelum nak makan produk lain untuk gemuk. Harap berjaya la proses cuci usus dia nanti..

Tuesday 24 May 2016

Check up 25 minggu

Saje nak simpan cerita check up  masa 25weeks. (2nd pregnancy)

Check up kali ni.. ingatkan semua ok. Rupa-rupanya hujan di tengah hari.. eh.. Ada jugak yang sangkut. HB pulak yang drop. uhuk2.. sedey!

Berat. cuma naik sekilo gram je. Ok. Lepas. HB paling ketara menurun bacaan kepada 10.8. sebelum ni dah ok 12.8. adehhh.. banyak drop tu! terus balik request nak order Susu Rizqi Mamadil. Mungkin dapat membantu naikkan balik HB macam sebelum ni. Sebab vitamin makan macam biasa je.. takde kesan pulak.

Bila ada problem macam ni, nurse di KK akan suruh datang check up 2minggu sekali. Tak seronok. Ada pulak temu janji minum air gula! Huwaaaaa... Stress mak!

Harap kali ni lepas lagi. Susah la kalau asyik kena check macam2...

Doa-doakan ye...

Thursday 28 April 2016

Souvenir Bila Tokey Holiday

Sesaje nak post pasal separuh daripada souvenir yg dapat sejak bekerja kat sini. Banyak lagi.. tapi yg ni macam unik & sedap. Ehhh...

Lain2 tu macam shawl, beg kecik2 yg comel... magnet fridge. dan macam2 lagi..

Baru2 ni bos pegi holiday ke China. Macam biasa.. ada la buah tangan dia bawak balik untuk amek hati staff2 yg bekerja masa dia holiday. Ciss!! kekeke



Walaupun jam macam ni boleh je beli kat Malaysia... tapi entah kenapa rasa falling in love dengan jam yg full of love ni... macam cantek je.. macam comellll je... eh!

Ni pulak barang2 yg dapat masa bos dan anak2 dia balik holiday dari Paris, Amsterdam pastu tah mana lagi diorang pegi.



Ini kasut comel untuk hiasan je. Diperbuat daripada tembikar. Memang superb cute! Ada sejarah pasal kasut ni katanya.. Tah ape.. lupa lak.. kui3


Gummi tu tak halal ye... So.. muslim not allowed to eat this gummi. Chinese staf je makan gummi ni.. Wafer sebelah tu halal.. Memang manis leting orang cakap. Tahap potong kaki!


Shortbread ni pon sangat2 la manisnya... tapi sedap!


Yang ni toksah cakap tak manis. Memang manis. Macam coklat Cloud9 tu rasa dia.. sedap! Tiba2 rasa nak pegi beli coklat cloud9.


Coklat ni tak manis. Pahit2 sikit. ada 6 perisa. Butterscotch, Cocoa Solid dark 70%, Ginger, Milk, Hazelnut & Almond. I choose Butterscotch. Sedap jugak. kat bawah ni full packaging. So.. rasa semua jugak la.. Choc with Ginger tu rare sikit. Tak berapa sedap.



Ini wang emas. Coklat dalam dia. Sampai sekarang belum makan lagi sebab nak feeling2 ada wang emas dalam laci. hihihi

Sunday 17 April 2016

Susu Rizqi Mamadil :: Part 2

Cerita pasal Susu Rizqi keluaran Mamadil. Tak sampai sebulan lagi dah rasa nak update. Hihihi.. Sebabnya... memang best minum susu ni.

Susu ni saya minum pagi2 sebelum pegi kerja. Kiranya breakfast dengan susu ni. Perut selesa. Kenyang. Dekat2 lunch hour baru lapar. Sebab mengandung kot.. kalau untuk diet pon rasanya macam sesuai jugak minum susu ni. Bukan mak2 mengandung & menyusu baby je..

Walaupun makan iron tablet menyebabkan sembelit. Tapi minum susu ni macam neutralized kan balik sembelit tu. Proses pembuangan berjalan lancar. Tanpa masalah sembelit. hihihi

Rasa susu ni sedap. Vanila plus rasa makanan sunnah sikit. Susu ni susu kambing yang ditambah extract kurma, madu, habbatussauda, kismis dan buah zaitun. Memang umpphhh!

Lepas seminggu minum susu ni.. saya perasan yang kulit lebih soft. saya memang jenis cuci muka dengan pencuci je. pastu malas sapu benda lain. biasa mengandung muka kusam dan berjerawat.. kali ni licin elok je.. pastu semalam pegang pipi macam makin soft je.. uhuks! perasankah??

Saya beli dengan harga RM79 sekotak. Ada 20 Sachet.

Saturday 16 April 2016

Perbezaan Mengandung Anak Sulung & Ke-2

Hari ni nak share sikit pengalaman perbezaan mengandung masa anak sulung dan yang ke-2 ni.

Banyak sangat perbezaan. Memang lain giler2. Mungkinkah sebab perbezaan jantina? err... Tak scan lagi.. hihihi.. Adik kecik lagi ni.. tunggu 6bulan nanti nak scan jantina. Macam masa mengandung kat abang dia dulu. 6 hingga 7 bulan masa paling sesuai untuk kita scan jantina baby.(mengikut pembacaan & pengalaman ramai ibu bapa)

Antara perbezaan yang dapat dikenalpasti sekarang ni (19weeks ++)

* Takde alahan muntah2 teruk
* Takde mengidam bukan2
* Suka makan manis2
* Tak berapa suka asam masin segera tu.. Buah2 takpe.
* Lebih sensitif (cepat sentap. cepat terasa hati. cepat nak menangis)
* Perut cepat besar. Tak tau la lemak ke baby besar.. hihihi
* Suka minum susu
* Bulu roma, bulu ketiak dan rambut serta bulu2 lain mcm tak berkembang je...


Persamaan:

* Tak boleh bau Downy biru.

Tah kenapa.. Asal mengandung je tak suka bau Downy biru tu.. Geram pulak rasa. Padahal.. Semua Downy wangi.

Wednesday 13 April 2016

Pengalaman Kali Ke-2 [Part 2]

07.04.2016

Lega dah settle check up untuk kali ke-2 kat klinik kesihatan.

Perkara paling best.. Takde sangkut GDM kali ni.. Harap lagi 2 kali minum air gula nanti pun takde sangkut. Result 7.3. Bawah daripada 7.8. Memang terbaek la cara minum air gula sekali hadap tu. Lupa dah sape yang bagi petua. Rasanya baca dari blog2 jugak.

Perkara ke-2 best. HB meningkat kepada 12.8. Wow.. Dulu masa mengandung anak sulung HB makin merosot bacaannya. Kali ni siap meningkat pulak. Rasa seronok giler!!  Apa petua?? Sebenarnya takde petua. Cuma makan vitamin mengikut nasihat doktor & nurse. [Walaupun kadang2 terskip jugak.. hihihii..] Alhamdulillah... semangat makan vitamin membuak2 ko! hahaha.. Yang paling penting makan Iron. Walaupun menyebabkan sembelit tetap ku teruskan jugak. Syabas! kikiki

Check up kali ni saya mintak nak Obimin pulak. Mengada-ngada sangat hokeh! Kat klinik kesihatan Permatang Badak, Kuantan ni.. Nurse2 sangat melayan kehendak ibu-ibu mengandung. Hihihi.. Seronok. Kalau kat Klinik Beserah.. Klinik besar. Takde masa nak layan kehendak macam2 tu.. Apa yg dah ditetapkan tu terima je la..

Sekarang ni tengah terfikir-fikir. Adakah makan Iron dan vitamin-vitamin lain menyumbang kepada HB naik atau sebab ada amek Susu Rizqi Mamadil & ubat mengandung Homeopathy? Mungkin combination semua ni meningkatkan kesihatan ibu mengandung. Lagi 1, mengandung kali ni kurang alahan.. [ macam takde alahan je...] Semua benda boleh makan. Insaf tak makan macam2 makanan yg tak berkhasiat. Kurang minum manis. Sangat menjaga kesihatan gitu!

Cuma... Cuma... ada sikit yg kurang best. Berat naik lebih sikit. Lebih 300gram je... Doktor cakap ok...takde masalah. Tapi nurse cakap kalau boleh jangan naik melampau. Kena control makan sikit.. Hihihihi... Overall semua ok la.. Scan baby pon ok.. baby membesar dengan sihat & ikot jadual yg ditetapkan. Alhamdulillah...

Friday 1 April 2016

Susu Rizqi Mamadil :: Part 1

Start semalam selesema melanda.. Fuh.. dugaan sungguh. Dah lama tak kena penyakit selesema ni.

Semalam jugak hari pertama consume Susu Rizqi Mamadil. Rasa dia boleh tahan. Tak rasa susu kambing. Lebih rasa vanila & habbatussauda. Harap sesuai.

Pregnant kali ni memang suka minum susu. Tak macam sebelum ni terpaksa amek pil kalsium je...




Nanti saya update lagi lepas sebulan minum susu ni ye..

Friday 18 March 2016

Pengalaman kali ke-2 [Part 1]

2nd journey ni rasa lebih bertenaga waktu siang. Malam memang lemau tahap tak boleh bangun sebab mengantuk yang amat sangat!

Anak sulung memang nak walid dia je waktu malam. Alhamdulillah... sangat memahami ummi yang dah macam kucing siam nak tido. haha

Pengalaman buat buku pink kali ni lebih senang. Dah ada pengalaman sebelum ni kan.. Buat buku pink masa 14weeks ++. Takde apa yang menakutkan macam difikir sebelum ni. Kali ni buat buku di Klinik Kesihatan Permatang Badak. Klinik kecik je tapi nurse & doktor sangat2 baik. Memahami & peramah. Alhamdulillah...

Dapat jadi special patient sebab ada kes kan... Nurse & doktor amek perhatian sikit. Lepas buat buku kena minum air gula. Kali ni yang dasyat betul. Kagum dengan diri sendiri. Dapat minum sekali nafas je air gula tu. Nurse pun macam terkejut. Alhamdulillah sekali lagi.. Semuanya mudah!

Ni tengah tunggu result je.. dah 3 hari takde call pun...

Berdebar pulak...

Friday 26 February 2016

Tanda-Tanda Mengandung ~Kali Ke-2~

Kali ni tak banyak tanda. Senang cakap takde ribut takde hujan.. tau-tau dah lekat. Rezeki Allah kan.. Takde sape boleh menidakkan..

Sebelum cerita pasal tanda, kita flash back balik peristiwa sebelum kejadian..

Banyak peristiwa pelik (betul ke penggunaan perkataan ni? hentam sajalah! Hihihi..) Antara peristiwa pelik tu..

1. Saya mengamalkan kaedah rancang sendiri. Kaedah kalendar dan "buang luar".Bermaksud tak pernah sekalipun "buang dalam". Selepas habis pantang 100 hari. Saya mula period. Then saya tau bila waktu subur dan memang tak bersama waktu subur tu. Bersama pun cuma beberapa kali selepas tu. Dengan kaedah "buang luar". Selepas bersama mesti cuci dengan pencuci bahagian intim wanita yang kita tau bersifat asid dan boleh mematikan sperma.

2. Selepas lewat period sebulan. Saya ada makan jamu sebab saya yakin saya tak pregnant walaupun tak datang haid. Saya mula rasa hormon saya kembali 'ting tong'. Saya makan jamu tapi tak period jugak. Saya fikir mungkin teruk masalah saya ni. kena refer doktor.

Okeh.. terus ke tanda- tanda yang saya hanya perasan selepas test UPT positif.

1. Saya curi-curi makan asam (nenas). Lepas habis pantang kan orang-orang tua tak bagi makan asam... Rahim kembang nanti kata mereka. Tapi entah macam mana saya betul2 macam teringin sangat nak makan nenas tu. saya curi2 potong sehiris bulat tu.. saya makan dengan lahapnya.. hahaha.. [ saya makan nenas.. tapi baby sangat kuat. takde effect. mungkin baby yang teringin kot]

2. Teringin nak makan nasi beriani. Siap ajak adik2 bawak baby pegi makan nasi beriani sedap.

3. Perut rasa tak hadam. Macam gastrik pun ada. Saya terpaksa makan Peppermint-Ginger Plus untuk meredakan masalah angin dalam perut. Minum susu. Baru betul2 baik.

4. Petang selepas balik kerja.. belum sampai rumah dah rasa lapar yang melampau. Sampai satu tahap sampai perut masuk angin dan nak muntah! [masa ni dah mula fikir lain. tapi masih menafikan atas alasan "buang luar"]

5. Minum air masak/air kosong terasa tak sedap. macam payau2 je.. tak boleh telan.. [masa ni pun dah fikir macam2]

6. Bau nasi lemak aunty yang duduk kat sebelah meja ni mula rasa mual. [kali ni terus rasa kena beli pregnancy test!]

Hasilnya.... POSITIF!!

Wednesday 3 February 2016

Untuk Kali Ke-2

Untuk kali ke-2.

Sepantas ini. Ye.. Rezeki Allah tiada siapa boleh sangkal. Kali ni penuh kejutan! Sangat-sangat tak sangka secepat ni Allah bagi rezeki. Yang disangka macam dulu.. Susah nak lekat. Tapi kali ni sangat mudah walaupun dah macam-macam cara untuk mengelak.

Beza yang sangat ketara mengandung buat pertama kali dan kali ke-2. Kali pertama mengandung.. semua orang excited. Tertunggu-tunggu baby lahir. Tapi kali ke-2. Semua orang terkejut. Ada yang cakap cepatnya. Ye.. memang cepat. Kami suami isteri pun terkejut. Tak sangka. Masa check dah masuk 8 weeks. Almost 2 months!!

Pengalaman kali ke-2 ni buatkan saya lebih kental. Banyak kecaman. Tapi biasa la.. Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Kita tak mengandung pun bising. Kita mengandung pun ada jugak cakap-cakap. Tak tau mana yang nak ikut.

Lebih baik buat tak tahu je. Pasrah. Pengalaman kali ni membuatkan saya lebih banyak muhasabah diri je. Abaikan kata-kata negatif. Fokus pada kesihatan sendiri & anak-anak.

Yang paling penting jumpa pakar dan follow nasihat pakar.

Alhamdulillah.. masih boleh teruskan kandungan ni. Lepas UPT positif. Terus buat appointment untuk jumpa Dr.Ko. (Klinik W.Y.Ko. Pakar Perbidanan & Sakit Puan). Alhamdulillah.. kami suami isteri bersyukur dengan rezeki ke-2 ni. Walaupun yang sulung masih kecil. Tapi perancangan Allah adalah yang sangat-sangat baik. Itu saja yang boleh fikir sekarang ni. Soal rezeki, juga hanya pada Allah tempat kita meminta.

Risiko yang orang selalu cakap-cakap ialah:

" Awak bersalin operate. Kena tunggu 2 tahun baru boleh pregnant lagi. Nanti perut terburai baru tau" Okeh.. Ayat ni ngeri.

>>>> Bila refer kat doktor pakar. Doktor cakap " Luka bersalin operate akan pulih sepenuhnya 3bulan. Jadi jangan risau untuk mengandung semula selepas 3bulan."

Memang kalau boleh elakkan. Tapi nak kalau dah lekat takkan kita nak buang pulak? Banyak-banyak berdoa je semoga semua dipermudahkan dan selamat.

Kepada yang bising-bising tak tau apa punca tu... Tolonglah jaga hati & perasaan orang. Lagi-lagi kite yang preggy ni memang hati tisu....

Wednesday 13 January 2016

Anniversary

Happy 3rd anniversary to me & my husband!

Ye... ini adalah anniversary ke-3 kami berdua. Cepatnya masa berlalu.. Alhamdulillah... masih lagi bersama dengan gembira. Anak pun semakin membesar. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Semoga ikatan perkahwinan kita kekal ke akhir hayat.
Semoga kebahagiaan kita berpanjangan sehingga akhir hayat jugak.

Segala perancangan Allah adalah yang terbaik. 

Terima kasih abang sebab jadi suami & walid yang penyayang.

Alhamdulillah... Allah pinjamkan mereka yang baik dan comel untuk saya.. Terima kasih Allah.