Search This Blog

Tuesday 17 January 2017

Review: IV Mist Kids by IV Beauty

Dah habis 2 botol IV Kids baru nak buat review. Biasalah.. Mak super duper busy u ols!



Okeh.. IV Mist Kids ni dibuat khas untuk bebudak.
Untuk anak2 saya.. Yang no.2 je pakai IV Kids ni.
Sebab baby lagi.

First time guna masa Aidan selesema.
Itu pun pak sedara dia merangkap stokis kat Kuantan ni yang bagi. FREE je dapat. patutla best betul!
Hahaha...

Sebenarnya memang IV Kids ni sesuai untuk anak2 kecik yang selesema & batuk.
Yang penting selamat sangat2 sebab 100% organik. Takde bahan terlarang dalam IV Kids ni. Even menthol pun takde tau. Tapi berangin je..

Bahan2 yang terdapat dalam IV Kids:

  • Ektrak Jerangau
  • Ekstrak Cekor
  • Ekstrak Limau Purut
  • Habbatussauda
  • VCO
  • Saffron
  • Minyak Kayu Putih

Digunakan untuk:

  • Ruam
  • Kembung
  • Selesema
  • Batuk
  • Kahak
  • Gigitan Nyamuk
  • Luka Kecil
  • Kudis

Sangat2 selamat digunakan untuk anak kecil. Termakan. Terjilat pun takpe.

Cara guna:
Sembur sedikit pada tapak tangan dan sapu pada dada, belakang, ubun2 dan calit sikit pada hidung.

Insyaallah. Anak akan selesa tidur. Saya apply ni masa Aidan selesema & batuk. Alhamdulillah. Cepat baik. Kadang2 bila tengok Aidan tak selesa time nak tidur. Sembur & sapu je macam biasa walaupun dia tak selesema.

Nak Cuba??

Whatsapp: 016-9868286

Friday 6 January 2017

Review: Shampoo Himalaya Anti Dandruff


Dulu pernah review Shampoo Himalaya jugak. Tapi Himalaya Hair Fall Control. Tapi nak bagitau.. kedua-dua shampoo ni tersangat best. Mungkin sebab perlukan shampoo untuk mengurangkan kerak di kepala kot.. hihihihi.. Rambut kering dan gugur. Biasa la lepas bersalin hormon berubah dan perlukan shampoo dan multivitamin yg lain pulak untuk normalkan balik kondisi hormon. Semasa mengandung, guna shampoo lain. Mungkin masa tu hormon anak lelaki. Guna shampoo apa pun ok je. Bila dan habis pantang. Terus tak boleh guna shampoo tu lagi. Isk3... sedih sebab banyak lagi tau!

Ok.. berbalik pada shampoo Anti Dandruff ni.. Sangat berkesan untuk membuang kerak-kerak dan kelumumur di kulit kepala. Tapi pastikan lepas pakai shampoo ni.. wajib pakai conditioner tau!

Sebab apa??

Perlu pakai conditioner sebab shampoo Anti Dandruff mengeringkan kulit kepala dan rambut. Jadi, sapu conditioner pada rambut (pastikan tak kena kulit kepala ye...) Biarkan sekejap (dalam 2-4minit) kemudian bilas macam biasa.

Nak hasil yang lebih baik. Cuci rambut dengan air suam. Lepas dah bersihkan semua, baru siram air sejuk. Hasilnya rambut kekal lembut, licin dan tak mengerbang! Cubalah.

Owh.. lupa nak bagitau. Beli set ni dekat Watson masa ada promosi. RM18.00++ rasanya. Tapi memang tak sampai RM20.00 la.. Murah. Botol pun sangat2 comel. Kecik2 je.. Ini travel pack. So.. lepas ni.. kalau beli yg besar, boleh la refill jugak dalam botol kecik. Senang nak bawak travel.

Sedikit tips lagi.. Buatlah jadual untuk mencuci rambut anda. Contoh.. 2hari sekali atau 3hari sekali. Jangan terlalu kerap dan jangan terlalu jarak masa untuk mencuci rambut.

Harap cepatlah pulih keguguran rambut ni.....