Search This Blog

Thursday 28 February 2013

28.02.2013

Pagi tadi agak busy sikit sambil susah hati barang yang saya order tak sampai-sampai lagi.. Alhamdulillah...petang dah sampai barang tu... Time barang sampai saya takde kat tempat dan agak terkejut sebab barang tu besar atas meja..Hehehe...happy...!!!!

Tapi malam ni tak bole rasmi nak menjahit sebab ade kelas tuisyen pulak... Tengah mengumpul soalan la pulak... Susah juga...xready lagi nak mengajar semula ni.. Lama sangat cuti.. Rasa malas nak mengajar.. Tapi I need extra job for extra money.. Adeiiiii Takde ke duit datang bergolek sejuta dua juta kat depan kaki....[berangan je la..] huahuahua...

Banyak sangat fikir pasal nak kurus dan nak buang lemak kat perut ni...Ade kawan bagi idea suh minum susu SDII..saya pulak ada survey minuman fiber Dherbs yang menjimatkan..Hihihihi..Jimat saje ye ko ni...
Yela...nak kena jimat..banyak nak pakai duit ni..Pening-pening.....

Nak pilih yang mana ye.....

Bagi idea please.... ^_^

Tuesday 26 February 2013

Buat Kad Kahwin Pulaks!

Malam ni menghabiskan masa dengan cuba buat kad kahwin pulak. Hasilnya... Sangat memuaskan hati..

Yang penting idea stamping men'stamping' tu tetap ada macam idea masa nak buat doorgift. Hihihihi~~

Apa pun harap-harap menjadi sebab ni pon -copy-cut-paste- je semua... Then arrange bagi cantek. Ape pun esok cuba print untuk tau jadi ke tak. Lepas tu tempah cop untuk wat stamping pada kad dan doorgift nanti.

Wahhh.. I'm so excited!!!!

See ya!!!

Monday 25 February 2013

Doorgift!!!

Wahhhhhh....dah makin dekat tarikh kenduri yang memeningkan kepala! Its time to search suitable doorgift!!

Masalah sekarang... Kad kawen pun tak tempah lagi.. memangla nak buat kuantiti sikit.. My planning always searching yang murah-murah saja! Termasuk doorgift..mesti murah!!!

So, I decide to cari kat tenet idea-idea untuk mengurangkan kos yang bakal ditanggung.

Hurmmmm.... macam mana ye.. I really hope semua under control.. huh!! [berpeluh]

Oklah.. nak cari makanan dulu...perut lapar. Tak dapat berfikir..

See ya!!

Friday 22 February 2013

Makan Petang Bersama Oreo!!

Ermmmmm!!!!! Memang sedap bersantai-santai makan petang sambil update blog.. Makan petang I simple je..Oreo tambah air Nescafe 3 in 1 panas. Memang melekatttttt...

Tapi bersantai sorang -sorang je.. Cik abang ada hal pulak. Dah alang-alang berseorangan ni.. bole la update blog dengan penuh gembira!! [tanpa gangguan sesiapa!!] takde la boring sangat kan...

Sambil basuh baju dan masak nasi untuk makan malam nanti. [I hate MAKAN MALAM!!] tapi apakan daya.... Saya kelaparan sebab tengah hari tadi makan sikit sangat. Takde selera nak makan sebab gerai tu menghidangkan lauk yang ....... eeuuurrgggghhhhh!!! Not my taste! dah park kat situ jenguk2 lauk takkan nak blah pulak. Dah la hari ni tumpang orang. Terpaksa la makan jugak.. [tanpa keikhlasan]

Kenapalah peniaga makanan ni [sesetengah.. bukan semua] agak tak ikhlas dengan customer. Kita pegi makan tu bayar tau. Bukan makan free!! So, cubalah masak tu penuh keikhklasan... baru la customer datang lagi.. Bukan mengutuk tak tentu pasal macam ni. Masak Sotong macam tak cuci je sotong tu..pastu pulak air....semacam je rasa.. Semua tak kena dengan tekak I.. Tak pernah I cerewet macam ni tau! 1st time. Stress mak!!

Apa nak buat.. Nasi tu dah jadi t**k kot... Pasrah je la.... Lain kali hati-hati pilih tempat makan ye...

See ya!!!

Baru separuh siap mengemas...

Hari ni daripada kat office lagi asyik sebok mengemas blog ni... Maklum la... 'rumah' baru... Berhabuk dan kosong je... Kena la kemas2 apa yang patut.. Alhamdulillah... Jumpa jugak template yang cute dan sesuai dengan tema I yang ade 'Putera Katak' ni.. Hehe~ Cuba tengok kat atas tu kan ada katak yang tak berapa nak comel tengah pegang 'Love'. I like!!!

Dan hari ni jugak siap menjahit tempahan Handphone Case. Tapi banyak lagi tempahan keychain dan handphone strap tak siap lagi nih!!! [macam mana???-Mula cuak dan garu kepala]

"Apa pon relax je k... Cool Babe!!" [berkata kepada diri sendiri]

Tadi sempat membuang masa bersembang cerita2 hantu yang seram bersama adik dan kakak.. Hahaha~~ "Tengah 'semput' tak cukup masa ni sempat lagi ko ye!!!" [cakap kat diri sendiri lagi]

Ok...Time to rest because esok kerja lagi...

See Ya!!

Thursday 21 February 2013

Pagi yang Indah.. [Smileeeeee]

Pagi ni berbeza dari pagi sebelum ni... Rasa ringan je nak bangun pergi kerja. Wahhh!! Hebat!!

Tapi bila sampai ofis ade pulak sorang 'Minah Mulut Puaka' ni buat spoil la!!! Nasib baiklah mood yang ceria ni masih menguasai diri.. Hahaha~~ Masih Hebat okeh!!!

Ape pon pagi ni mood masih lagi baik [tersangat baik] sehingga boleh bukak blog pagi2 ni untuk taip entry... Hehehe~~

Okeh.. Time to work and tak nak mengular k...

See Ya!!

Monday 18 February 2013

Demam..

Waaa....!!! I hate this word!! Tapi terpaksa hadapi jugak...Salah satu penebus dosa-dosa kecil.. Alhamdulillah....

Anyway...hari ni sangat bosan. MC dan duduk di rumah tanpa tujuan. Nak buat apa pun rasa tak larat. huh!!! At last, saya cuma survey doorgift untuk kenduri kahwin nanti.. Adeiiiii...Pening kepala fikir pasal budget dan benda apa nak diberi pada tetamu nanti!

Apa cadangan anda??

See ya!!

Monday 11 February 2013

Aktitvi Cuti Panjang Kali ini

Masih lagi mood bercuti raya Cina... Yeayyyyy!!.. Alhamdulillah selesai menjahit 4 handphone pouch.. 2 jenis berbunga-bunga dan dua lagi Domo...[My Favourite...]

Keychain Domo untuk tempahan pon dah siap jugak.. [Happy!!!]

Sekarang ni semangat nak belajar dan cuba buat "Coin Purse" pulak.. Dah tengok kat satu blog tadi.. Macam best je.... Tak sabar nak pegi beli zip untuk cuba jahit.. Kalau jadi bole buat jual kat kedai..

Ok...Till next time ya...

Tata~~

Saturday 9 February 2013

Daging Masak Kicap In Da House!!

Hai...

Hari ni Encik Abang Sayang request Daging masak kicap. So..... Saya yang tak pandai potong daging ni bantai je la potong ikot sesedap rasa. Hahaha~~ Alhamdulillah... Menjadi jugak... Bertambah-tambah cik abang sayang makan.. Hehehe.... Syukur dapat suami tak cerewet pasal makan....[Tapi pasal kereta sangat cerewet!!]

Oklah... Nak sambung makan...

Tata~~

Thursday 7 February 2013

Cari Mood..

Mood Menjahit... Tolonglah datang.. Saya perlu siapkan banyak keychain dan handphone strap ni... Mood.....Please come to mommy!!! [hehehe...Gediks kuasa 16!!!!]

Sambil-sambil cari mood ni sempat lagi online, blogging, dengar radio... Macam-macam aktiviti satu masa. Hebat betul la....

Cik abang pulak sibuk berguling-guling. Ni yang buat mata ni macam ngantuk je.. Huhuhu~

Arghhhh... Kena cepat-cepat dapat mood. At least satu benda kena siap malam ni... Huh.. Nak iron baju lagi ni.. Banyak pulak kerja malam ni..

Oklah... Tata...

Monday 4 February 2013

Kawen la pulaks!!

Sambung cerita pasal tunang ari tu.. Now, we are officially married on 13.01.13. Wow!! Semuanya berlaku sangat pantas! Doa saya semoga rumahtangga kami berkekalan ke akhir hayat.. Insya Allah....

Macam biasa.. haruslah sharing 'maring' pictures kawen kat sini...






Walaupun tak nikah macam 'retis'...saya tetap rasa bahagia... Kebahagiaan dan kasih sayang bukan lahir daripada kebendaan tapi daripada hati yang penuh kesyukuran...[ wahhhh... bahasa ko!! sedap betul mak membacanya...]

Apa pun..kitorang [saya dan suami] rasa happy sebab telah selamat diijabkabul. Dah takde rasa berdebar tak tentu masa lagi. Tapi masih tak boleh bertenang sepenuhnya sebab majlis kenduri kendara belum berlangsung.. Adoiiiii.. Berdebar semula!

Jumpa lagi next entry...Daaa.....