Search This Blog

Friday 3 August 2018

Oral B & Free Gift

Lama betul tak update blog.

2 hari lepas, pergi pasaraya Nirwana dekat Jalan Air Putih. Niat nak survey susu formula untuk anak-anak. Tapi lain pulak jadinya. Pergi pulak bahagian Ubat gigi dan berus gigi.

Produk Oral B ada offer pulak..

Maka terbelilah berus gigi Oral B yang ini. Mula nak beli satu je. Tapi harga untuk 1 berus gigi RM10.99. Beli 1 pek ni dapat harga RM22++

Offer tambahan. Beli produk Oral B RM20 ke atas. Dapat hadiah percuma. Eh.. mak memang suka hadiah. Terus grab berus gigi ni.

Hahaha..

Masalah seterusnya. Dekat mana nak cari hadiah tu.

Dengan gigih pergilah kat staf yang jaga kat situ tanya mana nak redeem hadiah. Tak pernah redeem apa-apa hadiah sepanjang beli barang di pasaraya Nirwana ni.

Nasib baik hadiah tu tak habis lagi.

 Ada 4 pilihan. Mom, Dad, Son, Daughter.

Saya pilih yang ini. Daughter. Kotak purple pink. Comel!!


Ini rupa dia Bila dah keluar kotak. Hadiah ni adalah cawan air panas bertutup.

Comel sangat!

Ini bahagian atas. Cantik warna purple. Tudungnya sangat rapat.

Cepat grab sebelum kehabisan stok hadiah ni. Rasa macam nak pergi beli lagi untuk kumpul semua koleksi.

Friday 25 May 2018

Anak-anak Kesayangan

Lama tak cerita tentang anak-anak yang semakin membesar, semakin banyak ragam, semakin bijak dan berperangai baik.

Alhamdulillah Allah masih pinjamkan mereka. Mereka sumber kebahagiaan kami.



Gambar atas - Ahmad Andrian Jazli
Gambar bawah - Ahmad Aidan Zayyan


Semoga membesar dengan sihat, bijak, beriman dan beramal soleh.


Salam sayang,
Ummi & Walid

Thursday 26 April 2018

Prosedur Pembayaran Fidyah Di Pusat Kutipan Zakat

Lama tak bercerita. Hari ni nak cerita sikit pasal prosedur pembayaran fidyah di pusat kutipan zakat.

Fidyah ni ialah sesuatu yang perlu diberikan kepada fakir miskin berupa makanan sebagai tebusan kerana  meninggalkan puasa melangkaui tahun.

Biasa kita akan ikut makanan ruji. Di Malaysia, makanan rugi berupa beras. Maka kita punya kiraan berdasarkan secupak beras per tahun per hari.

Di Pusat kutipan zakat, mereka kira dengan cara ini:
Harga secupak beras semasa x tahun langkau x bilangan hari tertinggal

Harga secupak beras terkini (saya bayar tadi) RM1.75. Ini adalah harga di Pahang.

Tadi masa sampai depan Pusat Kutipan Zakat Kuantan, jam belum lagi 2petang. Mereka masih dalam waktu rehat tengahari. Maka kena tunggu dulu la sekejap.  Sebenarnya parking dekat situ selalu penuh. Kawasan dia macam bangunan lama sikit la. Di tengah bandar Kuantan. Depan Masjid Besar pulak tu. Memang kawasan yang sangat-sangat sibuk.

Sepanjang jalan saya berdoa supaya ada parking kosong dan dipermudahkan urusan saya hari ini. Alhamdulillah.. Allah makbulkan. Ini kali pertama saya pergi Pusat Zakat untuk bayar Fidyah. Kira macam pengalaman pertama la.. Hihihi

Alhamdulillah. Mudah je urusannya. Tak sampai 5 minit selesai. Mungkin sebab tak ada orang lagi masa tu. Baru buka lepas rehat kan. Semua fresh dan happy lagi. Haha

Saya sempat bertanya pada Ustaz yang uruskan hal ni.

"Boleh tak kita bayar fidyah di masjid-masjid berdekatan?"

"Boleh tapi lebih afdal kita beli beras atau makanan mengikut kiraan yang betul (jumlah sepadan) dan sedekahkan kepada orang miskin. Kalau takut jumlahnya tak sama, bayar saja kepada Pusat Zakat sebab Pusat Zakat memang akan agihkan wang Fidyah kepada orang miskin."

Jadi, kalau kita tak sempat ke pusat zakat, kita kira dengan kiraan yang betul, beli makanan atau keperluan orang yg memerlukan(miskin) dan sedekahkan kepada mereka.

Insyaallah semuanya tu Allah berkati sebab niat kita memang untuk tebus kesalahan kita yang lewat mengganti puasa.

Sebarang kemusykilan boleh rujuk Ustaz/mereka yang arif bab Zakat & Fidyah.

Wallahu a'lam.