Search This Blog

Tuesday 20 June 2017

Sahur & Puasa

Teringat masa kali pertama berpuasa bersama suami. Suami cakap dia tak biasa bersahur. Kalau bangun pun minum air kosong. Lepas tu tidur. Kadang2 dia cakap dia akan makan lewat malam. Makan nasi atau apa2 makanan berat sebelum tidur. Dalam pukul 12 atau 1pagi.

Ok. Fine. Saya bangun sahur macam biasa. Sebab saya tak boleh tak sahur. Rasa tak lengkap berpuasa tanpa sahur. Hari pertama puasa, Saya bangun sorang je. Sahur sendiri. Minum oat dan nestum. Kadang2 bangun sahur makan roti. Dalam sebulan berpuasa tu. Suami ada bangun. Tapi minum air kosong & temankan saya sahur.

Tahun ke-2. Suami dah boleh bangun minum air milo atau minuman instant 3 in 1. Tahun ke-3 & ke-4 juga sama. Masih bangun dan minum air coklat 3 in 1.

Tapi tahun ni. Tahun ke-5 berpuasa bersama. Suami mula2 memang bangun minum air je. Paling2 sahur dia makan roti. Setengah bulan berpuasa, suami demam teruk. Puncanya kurang minum air. Puasa tahun ni sangat2 panas. Suami sampai bengkak tonsil dan sakit badan. Dia kalau demam memang teruk sangat sebab antibodi dia sangat2 kurang lepas demam denggi 2 kali. Hari pertama demam, ok lagi. Bawa dia ke klinik panel je. Esoknya. Demam masih tak kebah tambah tonsil terlalu bengkak sebab dia masih kurang minum air. Lepas tu dia mula muntah2. Disebabkan risau sangat, petang tu bawa ke unit kecemasan HTAA. Saya berbuka kat sana sebab tunggu suami dapat rawatan. Kena masuk air 1 botol. Sebab badan dia betul2 kurang air. Lepas masuk air. Nampak segar sikit. Muka merah semula. Sebelum tu pucat sangat2. Sampai nak mandi pun saya yg mandikan. Terketar2. Alhamdulillah semakin pulih lepas dapat rawatan di hospital. Balik tu dah selera makan. Esoknya demam masih belum betul2 kebah. Saya suruh makan ubat ikut aturan. Makan smpai habis. Suami ponteng puasa 4hari! hahaha..teruk beno demamnya kan.

Lepas demam, dia mula sahur makan nasi. Berselang makan roti. Minum air kosong pun banyak. Sebab saya dah warning dia jangan degil. Mesti ikut cakap saya kalau sayang saya & anak2. Hahaha.. Kejam! Tapi untuk kebaikan memang perlukan ketegasan sikit. Kalau tak, memang tak baik2 la orang tua tu. Makan antibiotik pun nak skip. Memang nak kena! Memang saya pantau jadual dia makan ubat.

Alhamdulillah.. kebiasaan bersahur dah jadi rutin untuk suami dalam bulan puasa tahun ni. Memang makan masa untuk kita biasakan. Jangan putus asa. Terus ajak, ajak, ajak.. memang susah nak suruh makan pagi2 buta. Tapi demi keberkatan, lama2 kita akan biasa.Sekarang ni memang suami akan bangun makan tanpa banyak songeh. Lepas tu minum air dengan kuantiti yg sepatutnya. Misi berjaya!

Note: Cara mengurangkan bengkak tonsil, makan aiskrim Vanilla! Sedap kan?? Cubalah!

Thursday 15 June 2017

Pil Perancang Oralcon

 Hari ni nak share pil perancang Oralcon. Pil ni ada 21biji. Kata nurse lepas habis 21biji haid akan datang. Lepas 7hari baru sambung makan pil paket baru.

Pil perancang jenis Oralcon ni ada 2 hormon sintetik iaitu Levonorgestrel Ph.Eur 0.15mg & Ethinylestradiol Ph.Eur 0.03mg.


Ceritanya. Hari sepatutnya nak suntik Depo, sampai je kat klinik. Lepas panggil nama, nurse check2. Last2 tak dapat cucuk. Sebab ubat habis. Maka mereka membekalkan Pil Oralcon ni. 1st time nak cuba sebab sebelum suntik Depo ada makan pil Noriday.

Hari pertama makan pil ni. makan waktu lepas sahur. Muntah2 dan pening yang teramat sangat. Sampai terpaksa pegi rehat kat bilik rehat tempat keje. Berjam jugak la baru boleh bangun. Memang teruk sangat. Bangun pun masih pening2 lalat.

Esoknya still sama. Cuma takde la pengsan sebab makan malam sebelum tido. cuma pening2 tu memang ada. stress!

Kes ni berlarutan hingga 1minggu. Sebab tak tahan, terpaksa berhenti makan pil ni. Tak sanggup nak teruskan 21hari macam ni. Badan pun sakit2. lesu je sepanjang hari.

Semalam stop terus. tak makan dah. Hasilnya hari ni cergas. segar. Badan pun tak lesu. Alhamdulillah. Tapi terpaksa fikir cara lain untuk merancang. Plan terbaik, sementara menunggu period untuk makan pil lain or suntik Depo, kena guna kondom je la.

Misi seterusnya kena cari kondom untuk simpan kat bilik. haish.. 1 hal pulak. Leceh ni. Suruh cik abang beli je la. Sendiri tak pandai nak beli benda alah tu.

Harap lepas ni period datang. Lepas tu boleh la makan pil lain. Plan nak makan Maajun Anggun Bestari je. Herba dan selamat. Tanpa bahan merbahaya. Badan pun tak lemau makan MAB ni.

Thursday 8 June 2017

Ralat Sepanjang Hari

Ceritanya..
Pagi tadi masa bangun sahur terus bawak botol susu Aidan untuk cuci. Masalahnya masa cuci. Mata ni terbeliak sebab ada serpihan lipas kat puting. DALAM puting!!!

Ya Allah... Memang tak tau nak describe macam mana. Perasaan masa tu memang Allah je tau. rasa bersalah sangat2 kat anak. Tapi memang betul-betul tak faham macam mana benda tu boleh ada dalam botol susu Aidan. Sebab masa dia menyusu semalam ok je. Tak nampak apa yang pelik. Masa buat susu pun sama. Botol bersih. Tak ada apa-apa yang pelik. Lepas isi air, isi susu.. semua ok. Mungkin benda tu ada kat bahagian puting yang tersorok. Masa tu kelam kabut sebab Aidan dah mengamuk lapar. Takut dia jatuh katil. Maklumlah tengah aktif merangkak ni. Panjat bantal bagai.

Semoga anak ummi tak apa-apa. Fobia kejap. Memang takut dah nak buat susu cepat2. Kena belek setiap part botol susu sebelum buat susu.

Friday 2 June 2017

#motivasi

Kadang-kadang kita selalu merungut.
Suami kita begini.. begini..
Anak begitu.. begitu..

Baru-baru ni ada dengar sesi motivasi di Sinar FM.
Rupanya.. apa yang kita lihat jelek atau baik itulah pantulan diri kita.
Bila kita asyik marah-marah dan tak bersyukur, itulah yang kita akan dapat.
Jika tidak, sebaliknya.

Begitulah kita dalam kehidupan seharian.
Jika nak suami & anak-anak rajin solat, kita kena rajin solat juga.
Jika kita nak suami pemurah, kita perlu pemurah.
Jika kita mahu suami rajin membantu di rumah, Doalah banyak-banyak dengan Allah.
Akhir sekali, bersyukurlah punya suami & anak.
Insyaallah dengan sifat syukur & sabar, akan buat kita tabah mengharungi segala dugaan.
Insyaallah. Allah hadirkan kita mereka-mereka untuk menguji kita sahaja.
Jika kita sabar, Allah hadiahkan segala kebaikan untuk kita.

Percayalah...