Search This Blog

Thursday 25 May 2017

Andrian Jazli 1 Tahun 9 Bulan

Alhamdulillah. Hari ni mudah je urusan membawa Andrian ke klinik tanpa Walid. Rasanya sejak Walid dapat kerja baru. Memang ummi handle sorang bila bawa Andrian ke klinik. Aidan pun sama. Bezanya.. Masa bawa Aidan ke klinik. Walid akan hantar dan ambil. Masa bawa Andria pula, bawa kereta sendiri. Berdua je.

Hari ni check up Andrian 1 tahun 9 bulan. Alhamdulillah semua normal. Cuma Andrian punya suhu badan berhaba. Nurse ingat demam. Tapi sebenarnya budak2 ni memang jenis badan berhaba. Panas. Walaupun tak demam.

Dapat ubat cacing sebotol. Tapi bagi kemudian2 la.. Tunggu dia sihat betul. Selsema ada lagi tu sikit-sikit. Aidan pun semakin sihat. Tidur pun lena semacam je... Bangun awal. Berak pagi2. Semakin sihat la tu. Risau pulak sebab banyak kes budak2 batuk selsema kena jangkitan kuman. Insyaallah lepas ni kita makan vitamin ye anak2.. Cuma korang ni leceh sikit nak bagi makan vitamin. Benda tak berkhasiat kemain lagi berkenan nak makan. Geram!

Mula-mula sampai. Behave. anak sapa la baik je ni..



Adrian Jazli 1 tahun 9 Bulan


Saturday 20 May 2017

Bila Kita Redha

Alhamdulillah..

Allah izinkan perasaan redha tu muncul dalam hati ini.
Allah beri rasa sabar dalam setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Allah tolak rasa marah, benci, sakit hati, tak cukup dan macam-macam perasaan negatif dalam diri.

Alhamdulillah.. syukur.. syukur..

Ceritanya.. Sejakaal bulan ni (May 2017), saya mula cuba berubah. Banyak istighfar. Banyak berdoa supaya Allah lembutkan hati sendiri untuk lebih bersyukur dan bersabar dengan segala dugaan. Banyak dengar ceramah2 motivasi keluarga. Alhamdulillah. Segalanya boleh berubah. Allah Maha mendengar. Setiap doa kita adalah permintaan kita. Allah mengasihi kita. Sebab tu Allah beri kita peluang untuk terus bahagia.

Sebelum ni secara jujur. Saya selalu memendam rasa. Selalu rasa tak cukup dalam setiap perbelanjaan rumah, diri sendiri, anak2. Selalu rasa terbeban. Selalu rasa macam suami tak adil. tak nak bagi duit lebih. Selalu rasa tertekan setiap kali nak beli barang.

Tapi.. selepas berfikir positif. Buat bajet belanja. Paling penting selalu fikir, "tak apa lah... ada duit kongsi sama2.. susah senang sama2.." Magic nya.. lepas fikir macam tu.. rasa macam suami sangat pemurah. Ada je benda dia beli untuk saya dan anak2. Selalu bagi duit lebih untuk belanja makan. Dan rasa sentiasa cukup untuk kami anak beranak. Lagi best suami semakin rajin tolong cuci pinggan, jaga anak... Alhamdulillah...

Paling penting rasa happy je sekarang ni.. Dah takde stress2 lagi. Hidup semakin ceria gitu!

Thursday 4 May 2017

Basic H2 Shaklee & Botol Susu

Ceritanya...

Sejak anak pertama belum lahir memang dah prepare Basic H2 sebagai salah satu keperluan untuk cuci pakaian dan botol susu anak. Mula2 tu memang cuci baju baby guna Basic H2. Tapi semasa berpantang. Tak buat kerja mencuci baju. Maka baju-baju anak memang tak cuci dengan Basic H2 lagi. Cuma yang kekal cuci botol susu je..

Mula-mula beli.. suami macam pandang serong tau! hahaha... Biasa la orang lelaki. mana boleh tengok isteri berbelanja benda-benda macam ni.. Dia kata " Eh, kan boleh beli sabun cuci botol susu yang lebih murah" Ok.. Fine. Beli lah.. Korang rasa?? Dia beli ke? Hahaha.. tak hado le..

Ok.. lepas beberapa bulan guna Basic H2 sebagai pencuci botol susu.. Maka.. habis la sabun cuci tu...

Suami: Sayang.. sabun cuci botol susu anak dah habis la..
Saya: Eh.. yeke. Guna la sabun cuci pinggan je.
Suami: Boleh ke? Nanti tak sebersih macam guna sabun Basic H2.
Saya: (hehehe.. baru tau beza guna sabun biasa dengan Basic H2)

Seterusnya.. memang Basic H 2 sentiasa ada kat tepi sinki dapur. Tak ada Basic H2 memang rasa cucian botol susu anak macam tak bersih..

Bukan saya seorang yang jatuh cinta dengan Basic H2 tapi suami pun sama!



Note: saya pengedar sah Shaklee area Kuantan ( Semambu, Bukit Rangin, Padang Lalang, Bandar Kuantan, Tanjung Lumpur, Jalan Beserah ) dan seluruh malaysia... pos laju kan ada.... boleh hantar sampai ke pintu rumah anda..

Eeda fazly 0169868286
Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Special delivery area Kuantan