Search This Blog

Saturday 19 December 2015

Cara Mendapat Berat & Bentuk Badan Ideal

Badan yang berubah saiz memang buat kita rasa down. Bagi saya la. Memang stress tengok orang lain makan banyak tapi badan maintain je. Kurus. Slim melim. Hooiiii kau bela hantu raya ke?? Kata hati yang jahat. [sebenarnya lebih kepada cemburu dan hasad dengki] hohohoho~~

Jom kita terjah CARA MENDAPATKAN BERAT & BENTUK BADAN YANG IDEAL..

Fiuuuewww fiuuuewww... Tiup sikit.

Mula-mula kita kena kenalpasti masalah kita. Tanya diri...

"KENAPA SUSAH NAK TURUNKAN BERAT BADAN?"
"APA YANG KITA MAKAN SETIAP HARI?" -senaraikan apa yang kita makan setiap hari-
"BERAPA KALI BUAT SENAMAN DALAM SEMINGGU?"
"ADAKAH AKU KONSISTEN?"

Dan banyak lagi soalan yang boleh kita tanya. Cubala senaraikan.

Kita boleh keluarkan baju-baju dan seluar-seluar lama di zaman kurus, comey lotey kite. Try masuk. Silap-silap sebelah kaki pun tak boleh masuk kat seluar tu.. wakakaka!! Fikir..Untuk menyahut seruan menteri-menteri yang nak kite berjimat. Maka kite perlu kurus untuk membolehkan kite pakai semula pakaian lama. Kan jimat. tak payah beli baju baru. Semangat!

Berbalik pada soalan pertama. Kenapa ye? Adakah sebab cara hidup kita yang sibuk? atau kita memang jenis susah nak berhenti makan. Tak menyahut, "Makan setelah lapar, berhenti makan sebelum kenyang." Jadi, kita perlu tukar habit buruk. Sekali sekala boleh la duduk sejam kat meja makan. tapi kalau setiap hari? Memang tak boleh tolong hokeh!

Soalan ke-2. Senaraikan makanan setiap hari. Kalau dalam senarai tu banyak sangat makanan berlemak dan makanan segera. AWAS! Perlu tukar diet harian. Lebihkan sayur. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng. Banyakkan makanan rebus, stim dan sebagainya. Boleh Google resepi makanan sihat.

Ke-3. Senaman. Ye... Ini sangat perlu untuk kite-kite yang nak turunkan berat dan nak badan cantik macam JLo atau KimK.. Ehhh.. hihihi~~ Apa senaman yang selalu kite buat. Joging? Jalan laju? Jalan kaki 1000 langkah? Zumba? Ye.. saya pilih ZUMBA! Ini cara paling efektif bagi saya. 15minit menari Zumba boleh keluarkan peluh yang banyak. Seminggu 2 atau 3 sesi Zumba dah cukup.

Ke-4. Konsisten. Betapa pentingnya konsisten. Sebab kalau buat sesuatu tak konsisten, susah nak dapat hasil yang baik. Seperti tidak bersungguh-sungguh kata ko. Yang penting jangan berhenti berusaha. Contoh kalau bersenam. Jangan buat separuh jalan. Bersenam hari ni bukan boleh kurus terus hokeh! ko hengat lemak tu senang ke nak cair?

Maaf cakap la ye.. Kalau kita guna apa-apa produk pun, belum tentu berkesan kalau kita tak konsisten. Ingat tau!

Usaha saya yang nak jimat tapi nak dapatkan berat yang ideal. Saya amalkan makan ini:

  • ESP Shaklee
  • Herb-lax Shaklee
  • Omegaguard Shaklee
Extra : Senaman 2 atau 3 kali seminggu.

Sesuai untuk mereka yang inginkan bentuk badan ideal sesuai dengan usia dan tinggi.

See ya!

Nota: Saya Pengedar Shaklee Kuantan dan Bera. Whatsapp: 0169868286

Wednesday 2 December 2015

Review: Produk Terbaik Semasa Berpantang || Jamu Jalinan Cinta

Pengalaman berpantang selepas bersalin adalah pengalaman baru bagi saya. Ye la kan... first time! First time bersalin takkan lah dah 5 kali berpantang pulak kan?? kui kui kui~~

Sebulan pertama saya berpantang kat rumah mak mertua. Hanya baring-baring. Hari-hari makan ikan bakar, nasi putih dan serbuk lada hitam. Selepas 2 minggu baru ada sayur rebus. Lepas tu tambah pulak menu sup ikan haruan dan ikan haruan bakar. Baru la seronok sikit time makan.

Bersalin caeser (secara pembedahan) ni berbeza dengan mereka yang bersalin secara normal. Kita tak boleh nak urut bahagian perut untuk mengeluarkan darah-darah kotor. Maka, darah kotor yang keluar tak lancar. Selepas 30 hari berpantang, saya mula makan

Jamu Jalinan Cinta JSD.

Tujuannya untuk:
  • Mengecutkan rahim
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Memanaskan rahim bagi mengelakkan darah beku
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka bersalin
  • Membuang angin dalam badan
Kenapa saya makan selepas sebulan berpantang?
Sebenarnya tak kisah nak makan bila-bila. Seawal 2 minggu lepas bersalin pun boleh. Tapi kena tengok kondisi anak kita jugak. Kalau anak tak tahan panas dan ada penyakit kuning selepas dilahirkan. Lebih baik tunggu sehingga sebulan.

Hasilnya, darah kotor keluar dengan sangat lancar. Orang cakap darah bantal sebab struktur darah yang keluar tu berketul dan warna merah gelap. Alhamdulillah.. keluar semua dengan lancar tanpa rasa sakit.

Badan pun rasa ringan dan bertenaga walaupun kerap bangun malam untuk susukan anak. Ditambah lagi tak berurut langsung. Alhamdulillah.. takde masalah lain sepanjang tempoh berpantang. Cuma luka pembedahan perlu dijaga dengan baik. Perlu jaga kebersihan disekitar luka untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Alhamdulillah.. dapat melepasi tempoh berpantang dengan jayanya.