Search This Blog

Thursday 29 August 2013

Mak, Abah... Jangan Sedih Lagi...

Malam ni, internet kat rumah dah ok. So, kami semua adik beradik pakat-pakat on laptop masing-masing untuk online secara berjemaah..Maklumlah.. dah dua hari mati kutu tak boleh online kat rumah! Semua lepak di bilik aku. Saja nak buat macam Cyber Cafe kata adik yang hampeh tu atau nama glamor dia "kucen itam"! hahaha!!!

Sebenarnya bukan cerita gembira pun malam ni.. Ada sedikit kesedihan di mata mak yang tersayang dapat aku kesan sebenarnya.. Tapi mak tak menunjukkan kesedihan dia. [Cover la tuh!!]

Ceritanya... mak nak tengok gambar masa raya kat FB yang sepupu sepapat post. Gambar masa diorang datang beraya kat rumah mak abah. So, aku pun tunjuk la kat mak.. Tiba-tiba terclick.. diulangi terclick gambar family abang sulung beraya tahun ni. Happy family. Semua sedondon.. Mak memang senyum tengok gambar tu.. Tapi air muka dia lain sikit. Aku perasan air muka yang bercampur baur. Ada sedih dan ada gembira kat muka mak. [touching..rasa sedih pulak.. sambil menaip rasa macam ada air mata bertakung nih!]

Hanya kitorang adik beradik yang tahu kesedihan dan kegembiraan mak abah.. Apa yang berlaku tu ada hikmahnya.. Hikmahnya lebih berpihak kepada kami adik beradik yang lain [selain abang sulung] Mungkin kami jadi lebih menghargai mak abah. Lebih memahami perasaan mak abah. Mungkin jugak masih ada banyak kekurangan. Tapi seboleh-bolehnya kami akan membahagiakan mak abah. Sebab kami amat memerlukan doa mereka. Semoga abang kami memahami perasaan mak abah. Memang mereka nampak happy di depan anak sulung mereka..tapi hakikatnya.. mereka merindui peranan anak sulung mereka dalam keluarga..

Sekian..

Sunday 25 August 2013

Hujung Minggu oh Hujung Minggu

Hai..tetiba mood semangat keje pulak hari ni.. Kenapa?? sebab dah settle iron semua baju yang nak pakai pegi keje. Isnin sampai Jumaat [5 pasang baju settle gosok!!] 1st time tersangat rajin macam ni.. Hihihi~

So, nanti tak payah ambil masa nak gosok baju lagi. Bole buat benda lain pulak. Start Jumaat malam sampai hari sabtu malam sibuk menyiapkan sarung sofa katil [patch work] akhirnya kain-kain perca makcik jiran sebelah rumah mak selamat daripada kena buang. Tak baik membazir u olls!! kain perca tu pon masih elok dan memang elok sangat. Jahit jahit, cantum cantum... Tadaaa..... Siap jadi sarung bantal, sarung sofa [ala-ala macam cadar la...] ~now bole senyum puas!~

Next projek??? Hurmmm tengah fikirkan pasal kain felt yang masih banyak ni.. Bila nak launch projek keychain, handphone case and pencil box ni....??? Insyaallah akan curi-curi masa yang ada untuk buat semua tu..

Owh..Sebelum terlupa, semalam my bff [suri] ada call.. Dia balik kampung. Huh!! tak dapat jugak nak jumpa ko ye.. Time aku ada ko takde! Hish!! Miss u baby! Nampaknya kena tunggu ko dalam pantang la baru aku merasa nak jumpa.. huhuhu~

Apa pun harap-harap aku pon berjaya preggy macam ko jugak! dan yang penting dalam masa terdekat ni dapat siapkan seberapa bayak felt keychain untuk launching kat pages!!

Pray for me....See ya!!

Saturday 24 August 2013

Masih Bukan Rezeki Kami

Hai..

Sepanjang 4 bulan mengkaji, belajar dan membuat pemerhatian.. Aku makin memahami keunikan wanita. Terutama diri aku sendiri la.. Padahal dah 27tahun hidup, baru nak belajar tentang dalaman diri sendiri!! Apa pon perlu bersyukur sebab Allah memberi peluang dan ilham untuk belajar dan teruskan usaha.

Okeh..sambung cite utama, seperti yang sedia maklum, aku dalam proses TTC dan menstabilkan period yang tiba-tiba tak menentu sejak bulan 5 ari tu. Alhamdulillah semakin ok sejak bulan puasa lepas. Sehari sebelum puasa aku period. Tapi sepanjang hayat, inilah period paling singkat. Di mana, hanya hari pertama sahaja agak banyak, kedua hingga seterusnya sikit sangat. Pelik. Memang pelik sebab dah hampir 3bulan tak period tapi bila period sikit sangat yang keluar. Tapi ok la...hikmahnya aku cuma tinggal puasa 3hari sahaja!! Terbaik!!hahahaha~~~

Sejak hari kedua period, aku mula makan GLA Complex Shaklee. Alhamdulillah, kali ni langsung takde senggugut yang dasyat. Sakit light sangat dan boleh dikatakan langsung tak terasa senggugut yang macam sebelum ni. Sebelum period pun cuma sakit breast yang light jugak. Pendek kata memang selesa time period tu..GLA Complex aku makan sehingga waktu subur. Bila check mukus dah dapat yang clear macam white egg tu terus stop amek GLA. GLA ni mempengaruhi hormon dan membantu kita mengesan kehadiran cecair mukus semasa subur. Sebelum ni memang tak tahu bila waktu subur. Main bedal je!! kih3.. Sekarang dah semakin memahami istilah2 penting dalam proses untuk conceive. Vitamin lain macam B Complex dan VitaLea Iron terus je makan macam biasa.

Seperti biasa, kena tunggu 14hari ataupun 2weeks wait (2WW). Kenapa?? Sebab 14 hari selepas ovulasi merupakan tarikh start period kite seterusnya. Kalau tak period tu mungkin dah lekat. Aku pun tunggu dengan penuh debaran. Tapi hati ni kuat mengatakan tak jadi kali ni.. Sebab apa?? Tak tahula kenapa hati ni asyik cakap camtu. Maybe sebab dah taknak mengharap langsung kot! Hihihi... Lagipon masa hari raya bantai makan macam-macam dan asyik minum air berkarbonat (air gas). Susahla nak lekat. Hati berkata-kata. Seperti dijangka.. Hari ke-15 selepas ovulasi, aku period! Mulanya aku tak perasan period. Tapi aku terpaksa ulang alik ke tandas (di ofis) sebab asyik sakit perut nak membuang. Memulas-mulas!! Padahal makan benda biasa je kot. Pastu saja la masa basuh-basuh, cuci-cuci tu try check kat tempat tu, memang tepat! Ada darah!! Ok...aku period. ~pasrah~

Petang dan malam tu period biasa je... Tak heavy and sangat normal. Tapi esoknya kat ofis, aku banyak bergerak sebab banyak keje. Perut tak sakit senggugut pon. Aku dah start makan GLA Complex semula pagi tu. Time keje tu memang terasa darah yang banyak keluar. Sampai kena tukar pad!! Memang melimpah punya!Ok... darah heavy keluar mungkin sebab cover yang lama-lama kot.. Tapi malam tu (kat umah) tengah lepak-lepak, rasa panas je darah keluar.. Relax lagi. Tiba-tiba rasa memulas-mulas perut macam nak membuang air pulak. Aku pon ke toilet. Baru je mencangkung dah keluar darah sebesar saiz 2 ibu jari kaki seketul dan sebesar ibujari tangan seketul. Bersambung. Aku mula gabra. Memang masa tu fikir macam-macam. Mula la ingat miscarriage.. [poyo jek!] tapi bila aku search kat tenet. Kalau on time period bukan miscarriage tapi memang kes tak lekat even dah tersenyawa sekalipun. So, relax k... aku buat kesimpulan, mungkin ade yang tersenyawa, tapi tak cukup kuat untuk hidup dan tak cukup kuat untuk menempel pada dinding uterus aku. Sebab tu 'dia' luruh bersama dinding uterus yang menebal masa proses menanti kehadiran 'dia'. Apa pon, bak kata kawan aku, kalau Allah nak bagi tetap lekat walau apa pun terjadi kat kite. Ye... Aku sangat-sangat percaya tu semua! Kalau dah rezeki takde sape bole sangkal. Akan tetap menjadi rezeki kami. Mungkin kali ni belum tertulis kami berpeluang untuk mendapat rezeki yang tak ternilai tu...

Apapun, cuba lagi cycle kali ni!

Gambatte!! See ya!!

Monday 12 August 2013

Hari Raya Versi ............

Hai...sekejap je rasanya puasa.. Dan sekejap jugak rasa cuti raya...tinggal 2 hari je balance nak rasa cuti.. Huhuhu~~ Cepat masa gembira berlalu..

Hari ni dah raya ke-5.. Yang tinggal berapa kerat je adik beradik yang masih bercuti. [termasuk sorang yang masih menganggur] thi hihihi...

1st day beraya di rumah mertua. Seronok.. Tetap rasa macam beraya kat umah mak sendiri. Alhamdulillah.. Allah masih belum bagi kami zuriat tapi Allah kurniakan keluarga yang sangat memahami dan baik hati kepada kami. Syukur~~

Selamat Hari Raya semua!!

See Ya!!