Kali ni tak banyak tanda. Senang cakap takde ribut takde hujan.. tau-tau dah lekat. Rezeki Allah kan.. Takde sape boleh menidakkan..
Sebelum cerita pasal tanda, kita flash back balik peristiwa sebelum kejadian..
Banyak peristiwa pelik (betul ke penggunaan perkataan ni? hentam sajalah! Hihihi..) Antara peristiwa pelik tu..
1. Saya mengamalkan kaedah rancang sendiri. Kaedah kalendar dan "buang luar".Bermaksud tak pernah sekalipun "buang dalam". Selepas habis pantang 100 hari. Saya mula period. Then saya tau bila waktu subur dan memang tak bersama waktu subur tu. Bersama pun cuma beberapa kali selepas tu. Dengan kaedah "buang luar". Selepas bersama mesti cuci dengan pencuci bahagian intim wanita yang kita tau bersifat asid dan boleh mematikan sperma.
2. Selepas lewat period sebulan. Saya ada makan jamu sebab saya yakin saya tak pregnant walaupun tak datang haid. Saya mula rasa hormon saya kembali 'ting tong'. Saya makan jamu tapi tak period jugak. Saya fikir mungkin teruk masalah saya ni. kena refer doktor.
Okeh.. terus ke tanda- tanda yang saya hanya perasan selepas test UPT positif.
1. Saya curi-curi makan asam (nenas). Lepas habis pantang kan orang-orang tua tak bagi makan asam... Rahim kembang nanti kata mereka. Tapi entah macam mana saya betul2 macam teringin sangat nak makan nenas tu. saya curi2 potong sehiris bulat tu.. saya makan dengan lahapnya.. hahaha.. [ saya makan nenas.. tapi baby sangat kuat. takde effect. mungkin baby yang teringin kot]
2. Teringin nak makan nasi beriani. Siap ajak adik2 bawak baby pegi makan nasi beriani sedap.
3. Perut rasa tak hadam. Macam gastrik pun ada. Saya terpaksa makan Peppermint-Ginger Plus untuk meredakan masalah angin dalam perut. Minum susu. Baru betul2 baik.
4. Petang selepas balik kerja.. belum sampai rumah dah rasa lapar yang melampau. Sampai satu tahap sampai perut masuk angin dan nak muntah! [masa ni dah mula fikir lain. tapi masih menafikan atas alasan "buang luar"]
5. Minum air masak/air kosong terasa tak sedap. macam payau2 je.. tak boleh telan.. [masa ni pun dah fikir macam2]
6. Bau nasi lemak aunty yang duduk kat sebelah meja ni mula rasa mual. [kali ni terus rasa kena beli pregnancy test!]
Hasilnya.... POSITIF!!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete