Betul orang kata. Lain anak lain rasa semasa mengandung. Memang tepat sangat pengalaman mereka2 yg sebelumnya dah alami situasi ni..
Minggu ni masuk 34weeks pregnancy. Minggu lepas tak berapa sihat. Batuk + selesema. Memang terseksa time mengandung dan tak sihat. Tapi itulah pengalaman dan dugaan yg perlu dilalui. Mengandung anak sulung tahun lepas, dugaannya tak sehebat mengandung kali ni. Allah Maha Adil. Mengandung anak sulung, Dia beri masa enjoy! makan apa saja. buat apa saja. pegi mana2 dengan happy. Orang lain tak sihat (batuk, selesema & demam) sikit pun tak jangkit. Imun sangat kuat!
Berbeza tahun ni... masuk kali ni.. 2 kali kena jangkitan selesema sepanjang mengandung. Makan tak boleh sebarang makan. Nanti sakit badan. Sekarang ni masalah pedih ulu hati menjadi2. Tak boleh makan pedas & berminyak. Nanti susah diri sendiri. Makan durian pun tak boleh nak enjoy macam tahun lepas. baby tak gemor! Dannnnn... ada 1 masalah sejak seminggu yg lepas. sampai ke hari ni tak settle. Sakit di tulang rusuk. menyucuk2 dan sangat2 tak selesa. Mungkin baby besar sikit daripada abang dia. hihihi.
Kesimpulannya...
Anak 1st: Susah nak lekat (usaha macam2 untuk mengandung) tapi senang masa mengandung.
Anak 2nd: Senang nak lekat (tau2 ada je..) tapi time mengandung banyak cabaran..
Berkenaan berat badan...
Kali ni tak naik banyak. mungkin letih dan kurang makan. Letih sebab bekerja + jaga anak kecik. Tido selalu tak cukup. Berat masa buat buku pink. 53kg. Berat sekarang 60.3kg. tak sampai 10kg bertambah untuk pregnant kali ni. Dah nak cukup 9 bulan ni.. Harap kesihatan saya & baby baik sehingga masa melahirkan nanti. Nak bersalin 31 Ogos!! Tak nak bersalin awal..
Doa-doakanlah ye...
No comments:
Post a Comment