Search This Blog

Tuesday 21 June 2016

Cerita Anak Sulung ~Andrian Jazli~

21.06.2016.

Alhamdulillah.. Genap 10bulan Ahmad Andrian Jazli bersama Ummi & Walid. Dah pandai macam2 sekarang ni.

10 bulan : Dah mula pandai mengensot (duduk sambil gerak), menyusur pun laju semacam je. Dah mula nak memanjat. Berdiri pun tak berapa kukuh lagi. Merisaukan ummi je tau! Kuat mengamuk kalau tak bagi barang. Sangat2 la garang.. hahaha.. Suka main kasar2. Tah ikut sape la perangai tu. Dah banyak kali jatuh katil sebab menyusur laju sangat! Tak boleh lepa langsung! (lepa = abai)

Bangun pagi dah pandai mintak susu. Ayat dia.. " Mi.. apa...." baca: Ummi.. Lapar.. hahahaha.. mulut memang macam popcorn meletup-letup! Banyak cakap tapi kadang2 tak tau dia bebel apa. Sejak umur 6bulan, mula ikut2 apa kita cakap. Tapi betul2 bunyi bila masuk 8bulan. sebelum tu basic2 macam ibu, mama, ummi, abah, ayah je yg faham.. Tapi sekarang ni dah macam2..

Sejak dalam pantang, Andrian memang jenis tidur awal dan bangun awal. Time dia tidur, selepas Maghrib. Bangun time Subuh. Tengah malam memang wajib bangun minum susu. Sebab Andrian perut kecik. sekali minum susu cuma 4oz je.. paling lapar pegi la 5oz.. kalau tak.. memang minum sikit2.. 2 hingga 3jam sekali kena bangun buat susu dia. Andrian memang tak menyusu badan. Sejak dalam pantang lagi memang susu badan kurang dan memang dia tak nak menyusu. Huhuhu.. Terpaksa la exercise bangun buat susu. Bergilir-gilir dengan walid dia.

No comments:

Post a Comment