Search This Blog

Wednesday, 24 August 2016

Bra Menyusu Murah (Maternity/ Breastfeeding Bra)

Dah dekat2 nak bersalin ni nak cite la sikit pasal persediaan.

Dulu masa anak 1st tak tau kat mana nak cari bra menyusu yang murah2.. dan memang tak sempat langsung. Sebab bersalin awal. Sekarang ni dah ade pengalaman, maka dapatla cari tempat jual bra menyusu murah.

Bra menyusu ni ade butang kat cup. Bra jenis lembut & takde wire (besi penyokong kat bawah tu) Ada yang bercorak & ada yang kosong je. Banyak yang comel2 tau! Mula2 survey kat online shop. Boleh tahan. Murah jugak. RM100 untuk 4 helai atau RM100 untuk 3helai.

Yg saya beli ni lebih3 murah lagi. RM8.90 je sehelai. Kat mana?? Kat Pasaraya Hari-hari je... Sebelum tu ada beli kat Pasaraya Ten Ten. Tapi mahal sikit. RM12.00 sehelai. Then pegi Hari-hari. Eh.. lagi murah & banyak pilihan. Siap ada corak2 lagi tau!. Memang pucuk dicita, ulam mendatang la.... Terus sambar 5 helai. Murah & jimat!

Kualiti? Ok. Puas hati. Material lembut & selesa. Dah pakai walaupun belum start menyusu. Hihihi

Rasa nak pegi beli lagi tapi tak tau la sempat ke idok ni..

Dah 39weeks ni... baby steady je kat dalam. macam seronok je dok kat dalam perut ummi ni. Tak nak keluar ke?? heheh

No comments:

Post a Comment