Search This Blog

Saturday 27 July 2013

Bersyukur dengan segala nikmat Allah...

Start pagi tadi masa mak kejut bangun sahur... Tak dapat nak sahut panggilan mak.. Nikmat suara ditarik seketika [berharap hanya seketika] sebab sekarang ni dah dapat merasai macam mana orang bisu rasa... Tapi sekurang-kurang bole jugak keluar suara sikit-sikit.

Bersyukur dengan suara sebelum ni walaupon tak sedap mana.. Hehehe~~

Apa pon berharap cepatla pulih sakit tekak ni... Sebab hari isnin saya perlu bekerja. Kerja saya perlukan suara untuk berinteraksi dengan staf dan customer...

Doakan saya pulih!!

See ya!!

Friday 26 July 2013

Kait Mengait

Wow!!! [Mata terbeliak...Asyik pandang sana sini..] Itulah reaksi saya setelah pijak masuk ke dalam kedai Hobby and Craft yang kecil dan comel. Kedai ni dekat je dengan office. So, waktu rehat semalam saya tak balik rumah untuk tido. Sebaliknya saya pergi ke kedai craft untuk beli benang bulu  kambing my adik yang tengah gile mengait snow cap! Kalau macam ni punye comel barang-barang hasil kait mengait ni... saya pon berkenan nak belajar.

Actually, tahun lepas lagi dah rajin bukak Youtube cara-cara mengait 1 jarum and 2 jarum. Sangat-sangat menarik!!! Tiba-tiba rasa suka sangat dengan aktiviti tu... Tapi tak pandai pulak..

Hari ni dah ada kat kampung. Tengok mak dan adik pandai mengait rasa jeles lak!! Terus pegang jarum kait dan belajar. Nampaknya... hasil bole la... Tak kemas sangat, tak cantik tapi dah pandai sambung-sambung tu pon dah rasa seronok!!

Jom sambung mengait before pegi bazar ramadhan...

See Ya!!

Wednesday 24 July 2013

Usaha dan Tawakal.....

Hari ni nak kata happy takde la sangat...nak kata sedih pon tak jugak. Biasa-biasa saja...

Sebenarnya siang tadi aku terima call daripada one of my BFF. Terkejut jugak sebab dah lama dia tak call.. dan aku of course jarang call kawan-kawan. Aku selalu sms je..[dasar kedekut!!! ke pokai?? mana-mana satu la kan...] Sebenarnya my BFF ni baru je pregnant selepas 3tahun kawen. I'm happy for her! really happy!!! 22 July birthday dia...macam biasa aku memang selalu wish.. Yeke selalu??hihihi... ye la kot kan...aku pon ingat-ingat lupe..tapi yang dekat-dekat dengan birthday aku memang aku ingat biasanya... 

Ceritanya...Dia memang teruja nak bergelar ibu. Ye..sangat teruja.. Dari cara dia bercakap pon dah tau.. memang tersangat excited kuasa lapan belas kot.. hihihi..sape tak excited kan dah lama tunggu tau-tau dapat berita gembira macam tu...dekat-dekat nak celebrate birthday lak tu..memang rezeki dia...syukur...

Satu lagi..dia ada ceritakan treatment yang dia buat sampai berjaya pregnant. Treatment dengan pakar kat hospital kerajaan je.. Dia ni jenis period tak teratur and overweight. So, perkara pertama yang doctor suruh buat ialah kurangkan berat badan. Seboleh-bolehnya dapat berat yang ideal supaya period normal. Sebab hormon tak stabil bila berat lebih. Dia berjaya turunkan 5kg je walaupon mengikut suggestion doctor 10kg.. Tapi kira ok la..dalam masa 3bulan 5kg.Dalam masa yang sama dia kena makan ubat hormon. Then kena ambil ubat subur jugak.. Dia berjaya pregnant selepas 6bulan ikut treatment tu.. Alhamdulillah...

Kesimpulannya...usaha tangga kejayaan.. Tanpa usaha, tak dapat apa.. Allah sentiasa mendengar doa kita...dan Allah sentiasa melihat usaha kita untuk mendapat sesuatu...Perancangan yang terbaik adalah perancangan Allah... Apa kita perlu dan apa yang kita mahu semuanya Allah tau... Be Positive!!!

Harap my BFF and her baby selamat.. Aku akan selalu doakan.. Insyaallah...

See Ya!! 

Thursday 18 July 2013

Trying to Conceive [ 2nd Appointment]

Nampaknya nasib tak menyebelahi kami...[Intro ayat dah sedey kan....] Takpe..bole cuba lagi..[Pujuk diri sendiri..hehehe] Begitulah kesudahan [buat masa sekarang] untuk kami berdua.. Allah masih menguji dan ketentuan Allah tu ada hikmah yang terbaik buat kami.. [think positive okeh!!]

Begitulah ceritanya... sehari sebelum tiba bulan Ramadhan..Time tu jugak la 'Cik P' datang bertandang..Yang best kali ni no more period pain!! Tak tau kenapa tapi bersyukur sangat sebab semuanya lancar je.. dan lagi bersyukur sebab sekejap je dah abis..So, takde la penat nanti mak nak mengganti puasa yang tertinggal tu...[yeayyyyy!!!]

Kesimpulannya..Buat masa sekarang, still dalam proses TTC lagi...Elok habis period, pihak hospital pakar MUIP / Klinik Al-Farabi call...Katanya aku ada appointment dengan doctor yang sama macam 1st appointment 2 bulan lepas..So, aku on je la sebab banyak benda nak tanya doctor. Terutama pasal period yang tiba-tiba ting tong ni..Risau lak kan... Tapi yang melegakan masa jumpa doctor tu.. setelah tanya macam soalan, doctor buat kesimpulan yang aku perlu turunkan berat badan kepada asal untuk stabilkan hormon supaya period normal balik. So, mulai hari itu, aku mula berazam untuk ber'aerobic' dalam target untuk dapat berat badan ideal macam sebelum ni. Masalahnya, dalam bulan puasa ni..susah nak mengawal selera. Kih3.. Time berbuka je tak hengat dunia makannya!! Melampau okeh!! Aku pon buat azam baru untuk start makan berpada-pada dan bersenam dengan bersungguh-sungguh selepas hari raya nanti.. Bole gitu??? Kira bole la daripada takde azam langsung..

Doctor ada cakap, dia nak aku try secara konservatif dulu sebab usia perkahwinan masih awal. Tunggu lagi 3 bulan kalau masih tak berjaya conceive aku perlu jalani rawatan kesuburan untuk check hormon dan akan diberi ubat subur kalau perlu. Huhuhu... Apa pon start period hari tu aku terus amalkan makan GLA Complex daripada Shaklee. Harap-harap vitamin semulajadi ni berkesan untuk aku stabilkan dan meningkatkan tahap hormon dalam badan. Sebab doctor cakap mungkin tahap hormon aku terlalu rendah atau cukup-cukup makan je.. Sebab tu walaupon cuma ada perubahan sikit terus down jadinya.. Huhuhu Dugaan...Awal-awal aku dah bagitau doctor yang aku try makan GLA Complex Shaklee untuk try stabilkan hormon kewanitaan aku nih. And doctor said, "ok u can proceed with that supplement." Doctor pon tak jadi bagi ubat hormon yang bertindak seperti pil perancang untuk merancang period yang teratur..Sebab doctor cakap, ubat hormon tu lebih kepada control otak menghasilkan tindak balas supaya semua hormon yang terlibat dalam kitaran haid berfungsi dengan baik. Tapi ianya lebih kepada cycle period 28 hari. Untuk aku yang memang akan bertukar semula ke 40 cycle days ni susah sikitla...Nanti jadi kacau-bilau..So,my plan is....amalkan makan GLA Complex 3bulan nak tengok camne hasil setiap bulan..Ok ke tak 'Cik P' ni...

Harap-harap usaha kami berhasil!

See Ya!!