Search This Blog

Saturday 25 June 2016

Tak Bangun Sahur!

Huh.. Gara-gara mimpi masuk kelas biola.. Tak sedor nak bangun sahur. Hampeh betol. 1 umah la tak sahur. Cik abang pon 1 hal. Alarm bunyik tak kejut kita. Dah la kita ni mengharapkan dia nak bangun pagi. Dia pulak boleh tido lambat malam tadi. Tu pasal bila alarm bunyik pukul 4 dia pon tak sedarkan diri. Haishhh...

Sedar-sedar anak nangis nak susu pukul 6 lebih. Lepas tu alarm untuk bangun pegi kerja bunyik pukul 6.30. Huwaaaaaaaa

Takpelah.. harap ummi & baby kuat untuk hari ni. Semalam sebelum tido ada minum milo. Heheh...

Tuesday 21 June 2016

Cerita Anak Sulung ~Andrian Jazli~

21.06.2016.

Alhamdulillah.. Genap 10bulan Ahmad Andrian Jazli bersama Ummi & Walid. Dah pandai macam2 sekarang ni.

10 bulan : Dah mula pandai mengensot (duduk sambil gerak), menyusur pun laju semacam je. Dah mula nak memanjat. Berdiri pun tak berapa kukuh lagi. Merisaukan ummi je tau! Kuat mengamuk kalau tak bagi barang. Sangat2 la garang.. hahaha.. Suka main kasar2. Tah ikut sape la perangai tu. Dah banyak kali jatuh katil sebab menyusur laju sangat! Tak boleh lepa langsung! (lepa = abai)

Bangun pagi dah pandai mintak susu. Ayat dia.. " Mi.. apa...." baca: Ummi.. Lapar.. hahahaha.. mulut memang macam popcorn meletup-letup! Banyak cakap tapi kadang2 tak tau dia bebel apa. Sejak umur 6bulan, mula ikut2 apa kita cakap. Tapi betul2 bunyi bila masuk 8bulan. sebelum tu basic2 macam ibu, mama, ummi, abah, ayah je yg faham.. Tapi sekarang ni dah macam2..

Sejak dalam pantang, Andrian memang jenis tidur awal dan bangun awal. Time dia tidur, selepas Maghrib. Bangun time Subuh. Tengah malam memang wajib bangun minum susu. Sebab Andrian perut kecik. sekali minum susu cuma 4oz je.. paling lapar pegi la 5oz.. kalau tak.. memang minum sikit2.. 2 hingga 3jam sekali kena bangun buat susu dia. Andrian memang tak menyusu badan. Sejak dalam pantang lagi memang susu badan kurang dan memang dia tak nak menyusu. Huhuhu.. Terpaksa la exercise bangun buat susu. Bergilir-gilir dengan walid dia.

Friday 17 June 2016

Kesian Nenek Tak Bersalah #gosip

Ni bukan cerita pasal nenek sendiri. Ini cerita pasal sorang aunty (boleh panggil nenek jugakla sebab umur dah 70++) kat ofis I kerja ni.

Kesian dia ni tau. Dah la dah tua. Pastu selalu jadi mangsa usik2 geng2 ofis. Dah la dia ni duduk sorang2. Masih bekerja. Ada adik tapi tinggal jauh daripada dia. Nak kesian tu memang la ade jugak jauh di sudut hati ni.. Tapi bila mengenangkan perangai dia yang tak boleh blah. Macam tak berapa nak kesian pulak. kehkehkeh...

Kadang tu.. macam semalam. Dia lalu lalang depan kitorang pon.. kitorang dah potpetpotpet. Pasal baju dia la.. pasal kasut dia la.. pasal tu la ni la... macam2 la.. ape la kan.. Kadang2 dia lalu je. takde buat ape2 pon kne kutuk jugak. Hahahaha.. memang sedey tau!

Ni semua sebab 1 masa dulu.. Masa kitorang baru2 keje.. Dia la batu api paling besar kat ofis ni. Bila tau cerita memang geram hokeh. Tapi memikir dia orang tua.. malas nak amek port sangat.  Malas nak gaduh. At the end.. Pot pet pot pet ngusik je la. Tak tau dia faham ke tak. Hahaha

Apa pon.. tak seronok kalau dia takde. Sebab takde bahan nak ketawa and suka2. Tak meriah orang kata. Nanti mengantuk buat keje.

Wednesday 15 June 2016

Selipar Putus Punca Mengantuk

Apakah???

Hahaha.. Ni nak cite sikit. Eh... tiba-tiba terbayang kopi panas semalam. Sedap pulak. Hoiii.. puasa oiii..

Sambung cite..
Kisahnya, pagi tadi selipar kat ofis ni putus. Selipar tu yg pakai dalam ofis. Jaga kulit kaki u ols! Then.. Semalam selipar ofis mate putus. So, kitorang decide time rehat nak pegi beli selipar baru. Yg pasti murah je hoiii.. Kat kedai RM2 je. (sejak GST tambah jadi RM2.12). hampeh. Tapi still murah la.. Tempat lain semua RM5 ++. ok la kan??

Bukan masalah GST yg nak diceritakan. Masalahnya. Bila dah keluar.. mula la meleret-leret beli macam-macam. Ok.. yg tu 1 hal. Yg tak boleh tahan. Bila balik ofis. Waktu rehat pun dah habis. Time buat keje tu.. mengantuk la pulak. Ni la padahnya tak tido waktu rehat. Ini semua sebab selipar putus la ni.. Adoiiii.. helppppp...

Tuesday 14 June 2016

Cerita Lipstick Mary Kay

Hari ni cerita melawa. Mak yong nak cite pasal favorite lipstick dia. Eh.. eh.. sejak bila pandai berlipstick bagai nih? Sejak2 rajin melawa (masa tu habis pantang kat si sulung gemuk bulat tu). Terus rajin pakai lipstick. Rajin jaga kecantikan. Sayang laki kate ko!

Masuk je keje dengan pantas mengorder lipsctick Mary Kay. True Dimension Lipstick.




Inilah rupanya.. Ada cite kelako pasal lipstick ni.
Ape yang kelako?
Ha.. meh nak cite.

Alkisah orang tak penah pakai lipstick Mary Kay. Bentuk dia unik sikit. Maksud unik tu... tang nak bukak lipstick. Kena tekan atas. Tarik bawah. baru la keluar batang lipstick tu. I dengan ofismate ni memang tahap jakun. Tak penah melawa sangat. Ni 1st time beli lipstick mahal la jugak.. Hahahaa..

Dok belek2 lipstick tu nak bukak. Last2 hentam sajala labu.. wakaka~~

Warna lipstick ni I pilih merah hati. Cantek sangat tau!. Tapi bila apply kat bibir. Macam ada rasa daun teh je... Ok la.. not bad. Dah macam pakai pelembab bibir je bila kita apply lipstick ni. memang tak mengeringkan bibir macam sesetengah lipstick kat pasaran. Tu yang I suko! Al maklumlah.. bibir I jenis kering kontang sampai menggelupas. Kadang2 luka sebab jari gatal nak korek bibir kering tu.

Apa pun.. memang puas hati dengan lipstick ni. Best! nak cuba? Boleh google Beauty Consultant Mary Kay yang terdekat dengan kawasan anda.

Tata..

Monday 13 June 2016

Detox Part 1

Salam Ramadhan..

Hari ni nak cerita sikit pasal detox. Bukan la detox yang macam orang lain dok beria buat tu. Ni detox paling simple. Cuci usus kata orang kampung macam I ni..

Al kisahnya.. Ada la sorang kakak kat ofis ni dok sebok nak gemuk.. nak gemuk.. Nak suggest produk takut tak berkesan pulak kat dia. Sebab dah macam-macam produk dia makan semua macam so-so je untuk dia..

So, dengan hati-hati.. I suggest dia buat detox dulu. Pelik kan?? Biasa orang gemuk je yang rajin berdetox. Tapi sekarang ni I rasa dia memang perlu detox sebab usus dia dah banyak sangat tersumbat dengan produk2 yang dia makan sebelum ni.

I suggest dia makan HERBLAX SHAKLEE.

Ye.. Produk ni memang I puas hati sangat. Sebab mula2 I nak makan vitamin dulu pun I start makan Herblax ni jugak. Kesan dia memang superb! Bukan nak promote lebih. Tapi itulah hakikatnya. Hihihi..

Tak cuba tak tahu kan?

So, kakak ni setuju nak makan Herblax dulu sebelum nak makan produk lain untuk gemuk. Harap berjaya la proses cuci usus dia nanti..