Untuk kali ke-2. Konon-kononnya nak bersalin normal. Walaupon tau banyak risiko. Sebenarnya bila baca2 term & condition, sama je bersalin normal atau tak untuk kali ke-2 ni. Bergantung pada apa yg Allah dah tentukan.
Kali ke-2 ni pengalaman berbeza sikit. Kali pertama dulu bersalin mengejut. Tak rancang. tak tau. tak sakit. tiba2 bersalin. Kali ni.. awal2 dah kena refer hospital sebab dah due. Due 31 Ogos (anak merdeka la sangat!) Kena masuk wad sehari sebelum due. Bermaksud, 30 Ogos dah check in. Semua sebab ada GDM masa mengandung. Jadi, kata doktor tak boleh lebih due date.
30 Ogos 2016
Pagi2 dah bersiap pegi hospital. Mula2 kena pegi dekat Pusat Bersalin Risiko Rendah (Low Risk). Daftar kat sana. Bukan daftar suka2. Kena pulak check bukaan la bagai. Sempat kena interview dengan nurse2 kat situ. Macam2 hal.. Yg tak best masa check bukaan. Tak sakit apa masa datang tu. Memang takde bukaan la kan. Dah la yg check tu doktor pelatih. LELAKI! uhuk2. tak suka!
Then ada doktor perempuan ni. Dia memang incharge bilik bersalin. Dia terangkan lagi sekali risiko untuk bersalin normal. Ok.. mak dah cuak. Confident level turun 10%.
Siap semua procedur, boleh pegi masuk wad. Ada nurse pengiring bawak 3 orang yg nak check in. Jalan la naik tingkat 1 HTAA. Dah dapat katil. Suami pon tak boleh lama2 teman. kena datang waktu melawat pulak.
Duduk kat wad ni memang bosan. asyik iklan bisnes & main games je. Hahaha.. Pastu ada la student2 kedoktoran datang interview. Macam2 diorang ni. Siap ada lecturer diorang sekali datang. Ada ujian rupanya.. Layankan je la...
Dudukla dengan kesedihan kat wad mengenang anak kat rumah. Dengan harapan sakit nak bersalin tu datang sendiri. Malangnya.. tak sakit2 jugak. Malam tu.. orang katil depan 2 2 bergilir sakit. lepas sorang kena masuk labor room. pastu sorang lagi pun menyusul. Huh! senangnya diorang bersalin. Mak is sabau jela...
31 Ogos 2016
Pagi2 subuh nurse dah pesan mandi awal2 sebab nak masuk ubat. Sebab tak sakit2 kan. kena la masuk ubat. uhuk3... siap punya awal. last2 pukul 7 lebih baru panggil pegi bilik rawatan. Tunggu giliran dengan redha. sebelum masuk ubat. Doktor check jalan. Katanya 1cm dah. then doktor masukkan ubat. Dos = separuh. maksudnya 1.5. dos orang lain 3.0. Tak boleh masuk full dose sebab baru lagi operation tahun lepas. tak nak terlalu sakit sampai tak boleh tahan. takot effect kat rahim yg berjahit tu.. risiko pecah sebab sakit meneran. macam tu la doktor bagitau.
Lepas masuk ubat. Kena baring 1 jam. lepas 1 jam baru boleh bangun, makan & lain2. tengahari tu.. ramai yg bersalin. kesan ubat tu cepat kat diorang. Yela.. diorang masuk full dose. me?? hahaha.. tak rasa ape pun. maka.. pukul 2 kena pegi bilik rawatan semula. Doktor check jalan & masuk ubat lagi. Masa check jalan still tak gerak. 1cm lagi. Doktor tolong bukak jalan. Sampai 2cm je. sakit hokeh!
Lepas masuk ubat kali ke 2, baru rasa sakit tu.. Memulas sekali sekala macam senggugut. kadang2 lebih sakit daripada senggugut. Ok je la.. sebab sakit tu on off... Nurse dah start check jantung baby. Malam tu.. memang tak boleh tido. Orang katil depan sakit sangat sampai tak senang duduk. last2 pukul 2 pagi kot kena tolak masuk labor room. pastu boleh tido kejap je. sakit tiba2 kuat sangat sampai rasa macam ada keluar something.
1 September 2016
Masa tu dah nak subuh. Pegi toilet. tengok ada darah macam period. Pastu Doktor check jalan still tak gerak. Doktor tengok result check jantung baby. Memang contraction kuat. Tapi jalan tak buka jugak.
Tengahari tu doktor pakar ronda kawasan. Then dia review i punye kes. Doktor biasa dah start nak suruh pegi czer je. tapi doktor pakar cakap tunggu dulu. sebab baby takde masalah. boleh bagi overdue. Lagipun dah over 1 hari & baby ok je..
Petang pulak check jalan lagi. Doktor lain pulak check. dia cakap dia tolong bukak sampai 3cm. then dia booking labor room untuk esok pagi. Balik kat katil nurse datang cucuk ubat tahan sakit.Cucuk kat bontot. uhuk.. cepat pulak kesan ubat tu. Memang hilang rasa contraction. Bangun pegi amek air. Masa jalan balik ke katil tu.. tiba2 rasa melayang-layang. Nasib baik sempat sampai katil. terus tertido tak sedar diri. Kesan ubat tu memang dasyat. tak boleh baring. memang confirm tertido. Nurse cakap ubat tu bagi kita relax. Macam ubat penenang orang gila jugak kot.. hahaha..
2 September 2016
Pagi tu nurse suruh siap2 nak masuk labor room. Pegi sana. 1st time tengok keadaan labor room hospital. Rasa berdebar2. Doktor datang check bukaan. Eh.. 1.5cm je. kebetulan doktor pakar datang. Dia bagi pilihan. nak teruskan bersalin normal atau nak czer. Kalau nak bersalin normal kena masuk ubat. pastu cucuk epidural sebab tak nak bagi terlalu sakit masa contraction tu. fikir2 rasa macam sama je dengan czer. Confident level merundum 100%. Doktor panggil suami. Suami pun tak sanggup dengar perkataan sakit bersalin tu. Sebab dia sendiri tengok masa kat wad ada yg sakit sangat sampai menggelupur. Pastu tak sempat2 nak bersalin. Dia pun setuju nak czer jugak. (eh.. i ols yg kena czer tau!)
Ok.. dah dapat keputusan. Balik semula ke wad. Tapi dah kena start puasa. Doktor plan pukul 3 petang masuk bilik bedah. Ok.. dah dapat baju color biru (sebelum ni pakai baju pink). Baju biru ni untuk pesakit yg nak ke bilik bedah. takde butang. Ada tali je kat belakang. ikat2 camtu je.. seksi u ols! hahaha. duduk je senyap2 kat katil. dalam pukul 2.45petang. Nurse2 dah datang. masukkan air, tiub kencing dan macam2 prosedur lagi. kena naik sendiri ke katil stretcher (yg nak tolak kite ke bilik bedah tu) Tengah kelam kabut tu.. suami sampai. Amek barang2. Dah salam2 suami.. terus ditolak ke bilik bedah.
Sampai sana macam biasa prosedur doktor bius dan nurse2 lain kat bilik bedah. Eh.. semua macam biasa. Hihihi.. pengalaman yg sama tahun 2015. Juga di hari Jumaat. Cuma tarikh berbeza. Situasi kali ni lebih tenang sebab takde penyakit darah tinggi. Hahaha...
Tapi.. bius kali ni macam tak bius je.. Mungkin ubat berlainan atau berlainan dos. entah la... Doktor tak bagitau pulak. Cuma bagitau pasal bius je. Lepas kena cucuk. Macam biasa test. Tapi macam tak rasa pun ubat bius tu dah berkesan. Kali ni doktor cina lelaki dan sorang doktor melayu perempuan. Masa operation bermula.. Rasa segala benda yg doktor buat tapi tak rasa sakit. Terus buat andaian yg ubat bius ni menyebabkan deria rasa sakit sahaja yg koma sekejap. Eh.. apa istilah tah. Haha.. Deria rasa yg lain masih ada. Setiap lapis kulit yg dipotong tu terasa dipotong tapi tak rasa sakit langsung. Cuma masa doktor nak keluarkan baby.. rasa sakit kat dada sebab ganas betul doktor lelaki tu tekan kat bahagian atas perut. sampai rasa nak putus nafas. Baby kali ni besar. Sebab tu amek masa sikit nak keluarkan. Doktor perempuan tu sempat lagi bagitau pasal keadaan rahim (uterus) yg normal. Sebab doktor kat labor room curious pasal bentuk rahim yg menyebabkan kesukaran untuk bersalin normal. Lagi 1 kedudukan baby yg hampir nak songsang dan sejarah ada baby songsang sebelum ni.
Tepat pukul 3.32petang. Jumaat. 2 september 2016. Baby selamat lahir secara pembedahan. Alhamdulillah... Lega. pukul 4 petang baru siap jahit dan tunggu sekejap dalam bilik bedah yg sejuk tu. Tunggu wad postnatal sedia nak terima pesakit baru. Diorang tengah kemas2 la tu.. Sementara menunggu tu.. dengar la nurse dok bersembang macam2.. Cerita pegi pasar malam la. Nak balik dak pegi shopping la. amek anak la.. macam2 cerita. Semua happy sebab dah abis shift petang. Kitorang (ummi & baby) pesakit terakhir untuk shift tu. Sambil2 menunggu jugak. Nurse bagi baby menyusu. AAlhamdulillah.. adik(baby) memang pandai menyusu. Sempat la dia kenyang masa kat dalam bilik bedah tu. Hampir pukul 5 petang baru ditolak keluar dari bilik bedah. Masa tu nampak la suami dengan beg2 macam orang nak meniaga tepi jalan. hahaha
Ahmad Aidan Zayyan Bin Mohd Fazli Day 1 3.36kg |
Day 1- Tak nak dibedung. Cuba jaya menghisap jari. |
tetiba seriau teringat kisah 2014 dan 2015, coming soon Ogos 2017. hehe
ReplyDeleteczer jugak ke? semoga selamat semua.. saya next tak tau la bila pulak. planning 2020 kot.. tunggu hero2 besar. hehe
Delete