Search This Blog

Saturday 25 February 2017

Review: Krim Vitamin E Cosmoderm

Beli krim ni untuk parut operation masa bersalin secara czer itu hari. Masa bersalin anak sulung. takde pakai apa2 krim untuk parut. hasilnya.. parut sangat teruk. Kulit saya jenis kalau ada parut, parut tu timbul.. ada orang panggil keloid. parut timbul ni memang sangat buruk.. gelap dan macam garisan tebal... sedih hokeh!




Lepas bersalin anak ke-2. Doctor yg check parut tu pesan suh beli apa2 krim parut. sapu hari2. Jangan malas. Maka.. Lepas habis pantang.. terus serbu farmasi. Terbeli la krim ini... Lepas dapat nasihat daripada staf farmasi. Vitamin E sangat bagus untuk parut. Dia suggest makan vitamin E jugak. Semestinya saya pilih Vitamin E Shaklee. tapi... ada tapi la pulak... kejap makan. kejap tak. Lupa sokmo. huhuhu

Kesan daripada parut yg timbul masa bersalin anak sulung. Bila czer kali ke-2.. Pedih sikit la.. sebab doctor akan kikis/potong bahagian yg timbul tu dulu. Lepas tu baru mulakan proses czer untuk keluarkan baby. Ngeri bila difikirkan. Macam ayam kena siat kulit pulak rasa diriku ini...

Apa pun nak cerita feedback lepas guna krim Vitamin E ni.. Lepas 3 bulan guna.. sangat2 ok.. parut takde la nampak sangat. pastu parut tu tak gelap.

Yang paling penting, produk ni bebas paraben & SLES. Krim ni wangi sebab ada extrak rosehip jugak. Boleh pakai kat muka. Boleh jadi losyen tangan. Kira all in one. Berbaloi... Harga pun murah je..


Friday 24 February 2017

Review: Syampu Habbatussauda Nurraysa

Okeh. Hakak ni asyik tukar2 syampu je..  Hahaha.. Susah nak cari yg sesuai.

Kali ni nak review Syampu Habbatussauda keluaran Nurraysa Beauty. Syampu takde buih yg banyak. Kalau ada pun sikit & soft sangat buihnya. Mula2 tuang syampu kat tapak tangan... feeling macam.... omg.. syampu ke air ni?? Huahuahua.. Color dia jernih je.. very natural. Lepas gosok kat kepala.. baru la rasa best ke tak best.




Bahan-bahan yg terdapat dalam syampu ni...

1. Betaine
Agen yg menguatkan akar rambut. Mengandungi vitamin B.

2. Cuka Lemon
Mengurangkan kegatalan kulit kepala, mencegah keguguran rambut, kelumumur & rambut kering/kusam.

3. Cuka Delima
Mencegah keguguran rambut.

4. D Panthenol
Bahan meresap ke helaian rambut dan membuatkan rambut lembut & lembab lebih lama. Meningkatkan penghidratan kulit kepala serta mengurangkan gatal & radang kulit kepala.

5. Minyak Habbatusauda
Membantu merangsang pertumbuhan rambut, mengurangkan keguguran rambut serta menguatkan akar rambut dan juga memulihkan masalah uban.

6. Kalsium Ikan
Membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut baru.

7. Menthol Kristal
Memberi effect dingin & segar pada kulit kepala.

8. Salicilic Asid
Membantu mengurangkan masalah kelumumur dan menyingkirkan sel kulit mati.

Sepanjang guna syampu ni.. rasanya ok. sesuai dengan saya. Rambut pun lebih terurus. Takde la menggerbang je.. keguguran rambut masih ada tapi tak sebanyak sebelum ni. Kiranya saya suka syampu ni. Bau pun ok. Tak terlalu wangi. Tak terlalu kuat sangat macam syampu Ba*ang. Eh.. hihihi.. Apa pun hakak bagi 5 bintang!!

Jom cuba!

Tuesday 21 February 2017

Merancang Keluarga ~ Kaedah Perancang Suntikan Depo Provera

Bulan 12 yg lepas. Saya start tukar daripada pil Noriday kepada kaedah suntikan Depo Provera.

Suntikan ini bertahan 3bulan untuk 1 kali suntik. Disuntik dibahagian punggung. Sakit tak sakit sangat la.. Lebih mudah daripada makan pil. Tapi... Tapiiiiii.. period tak datang2 lepas suntik ubat ni..

Memang kesan yg ditekankan sebelum suntik hari tu adalah berkenaan haid akan sikit atau tiada langsung. Memang betul. Lepas suntik.. period tak kunjung tiba sehingga sekarang. sudah 2bulan. huhuhuhu...

Mungkin kena fikir cara lain untuk merancang atau teruskan dengan suntikan ni hingga 1 tahun??
Bulan depan kena follow up next appointment. Boleh buat pilihan baru untuk merancang keluarga. Kaedah suntikan ni senang tapi effect macam leceh jugak. Selera makan kadang2 meningkat. Tapi bila tak period memang hormon tak stabil dan menyebabkan berat badan pun sikit sebanyak naik.

Ok.. tak tau nak buat pilihan.. Mungkin kena makan pil semula lepas ni..

Friday 10 February 2017

Review: Minyak Rambut Buah Keras

Ok.. nak cite la kan. Lepas bersalin memang rata2 kaum hawa memang akan alami masalah rambut gugur macam daun beguguran dimusim luruh. Hamboiiiii... perumpamaan tak hengat ko!

Biasa 3 atau 4 bulan ke atas. Lepas tu.. akan ok tapi kalau kita tak buat apa2 mungkin rambut yg tumbuh tu sangat2 lambat dan terhasillah kawasan2 yang botak di atas kepala. BOTAK. perkataan yang sangat scary!!

Lepas bersalin anak sulung. Tak sempat nak recover dah pregnant pulak. Mak is superb busy. Maka tak sempatlah nak jaga rambut ke hapa. Tapi sempat lagi beli MINYAK RAMBUT BUAH KERAS. Hasil google dan window shopping kat Instagram. Beli je. Tak pakai. sehinggalah selepas bersalin anak ke-2 (setahun selepas je..) Lepas bersalin yang ke-2 ni. memang rambut gugur banyak sangat. Asal sikat rambut je.. ada la rambut berterbangan.

1st solution. Potong rambut. Bila rambut pendek memang senang nak urus. Senang nak cuci dan keringkan. Semuanya senang.

2nd solution. Korek balik minyak rambut yang beli dan perap kat dalam laci.

Ya... apa yang bagus tentang MINYAK RAMBUT BUAH KERAS ni...
Tak terlalu berminyak seperti minyak rambut lain. Biasa pakai minyak rambut yang lain, muka akan gatal2. Pastu rasa macam kulit kepala sangat2 lembap & berminyak. (ini pendapat saya la..)




Minyak ni dipakai selepas cuci dan keringkan rambut. Masa rambut kita tengah mengerbang tu.. elok sangat disapu minyak rambut. Sapu pada kulit kepala terutama tempat yang banyak kehilangan rambut. Lepas tu... lebih2 yang melekat kat tapak tangan tu kita sapu kat rambut yg kering.

Dengan penggunaan yang kerap & konsisten, Insyaallah memang berkesan. Selepas pakai selama 2minggu secara konsisten. Banyak anak rambut tumbuh kat kulit kepala. Memang ketara sangat. Lepas sebulan. Anak2 rambut tu dah mula panjang seinci lebih.

Memang puas hati sangat pakai minyak rambut ni. bau??? Takde la wangi sangat & takde la busuk. Ok2 je...

Alamak. Lupa sape penjual minyak ni. Tapi korang boleh cari kat Instagram kalau nak beli.