Search This Blog

Thursday 30 May 2013

Vitamin dan ......

Hai semua...

Memula nak wish besday my bro dulu memandangkan hari rajin menaip ni pada 30 May. Maka saya dengan rela hati wish dulu untuk dia.. Tu pun kalau dia rajin baca blog ni.. hehe~~ Then nak wish kat blog ni besday2 daripada bulan 2 sampai bulan 5 ni.. Februari-4 dan 5- besday anak buah dan kakak ipar. Mac-2 dan 16- besday my husband tersayang... sorry wish kat blog lambat.. Kan kite sibuk uruskan majlis masa tu...[alasan..] dan besday kakak tersayang.. April - besday anak-anak buah..Girls.. May-27 dan 30- besday boys adik and abang...

Itu saja.. So, now masuk pada tajuk asal.. Vitamin. Start makan vitamin dengan agak berdisiplin tahun lepas[2012] tapi berhenti kejap sebab xselera nak makan terus vitamin tu. Beli dari farmasi dekat dengan ofis ni je.. Vitamin B Complex + C jenama apa ye...lupa pulak.. lepas tu beli vitamin C 500mg jenama Blackmores. Rasa yang kurang best. Macam plastik.. Then try kaji-kaji macam mana nak beza vitamin organik dan sintetik.. Ada sesetengah orang cakap bezanya tengok pada packing. If ada sachet benda biji-biji macam dalam kasut baru beli tu.. [tak tau benda tu apa, tapi kegunaannya lebih kurang macam nak kekalkan kekeringan or elakkan terjadi lembapan or menyerap lembapan]. If ada thats mean vitamin tu tak organik. Maybe ada campuran sintetik sikit.. Sebab tu ia memerlukan bantuan untuk serap lembapan..

Citenye...abang saya makan vitamin jenama Shaklee [ Ginger Peppermint ] Lepas tu bermulalah research kat tenet pasalvitamin Shaklee ni.. Kitorang order pulak Herbalax dan Lecithin sebab nak kurus.. Hahaha~~ Sengal!! Tapi menjadi tang cuci perut tu.. Memang abis semua benda2 busuk dalam perut keluar.. Lepas tu saya dah sanggup nak makan... Time cuti je makan.. Heheh~~

Tak habis kat produk tu je.. Saya beli pulak B Complex, Vita-C, Zinc Complex dan GLA Complex.. Untuk pengetahuan, GLA dan B Complex sesuai untuk kesuburan dan tenaga bagi perempuan.. Saya pun baru tau.. Hihihi~ Tu yang sambar jugak tu. Mulanya beli B Complex dengan Zinc sebab nak lebatkan rambut & nak tambah tenaga je.. Tiba-tiba dapat info GLA bagus untuk control hormon perempuan. Terus beli jugak. Vitamin C Shaklee jenis chewable je ada stok. Sedap jugaks!

[semua gambar adalah ihsan google je..nak snap malas lak..]

Ni lah dia B complex yang saya suka..saya suka...saya suka......
B complex ni untuk menambah selera makan.  Menukarkan makanan tercerna menjadi tenaga. So, kalau amek supplement ni pastikan buat kerja ye.. supaya anda tidak gemuk!! Hahaha.. Nama pun B complex.. So dah complete dengan semua jenis vitamin B termasuk asid folik tau!! tu yg saya sukaaaaa...

Ini pulak GLA complex. Yang ni ada minyak bunga matahari,GLA-gamma linolenic asid [tergeliat lidah mak menyebutnya!!] dan vitamin E.. Sangat elok untuk menjaga kecantikan kulit dan menstabilkan hormon perempuan.. [ yang ni tak makan lagi sebab belum period. Ha...mengikut kata yang pengedar ni.. kena makan masa hari first period sampai sehari sebelum hari subur..-bagi yang plan nak pregnant. Bagi yang nak stabilkan hormon, makan je sampai period stabil,baru makan macam nak plan pregnant ]
Ha... Vita-C chewable.. Bole la daripada takde kan... Yang ni pon ok jugak... ada 100mg.. Kalau rasa nak makan 500mg sehari makan la 5bijik.. kan?? kan??
Zinc Complex ni ade 15mg zinc, alfafa dan kalsium... Bagus untuk kita-kita yang kurang makan makanan berkhasiat.. Terutama my husband yang tak minum susu. hehehe... mulanya beli ni share dengan adik sebab kitorang research kat tenet pasal keguguran rambut. Memandangkan saya mengalami keguguran rambut serius, jadi saya perlu makan zinc ni untuk pulihkan dari dalam disamping gunakan produk luaran[shampoo]. Lepas tu saya ada terbaca info yang zinc ni bagus jugak untuk kaum lelaki untuk suburkan dan tambah sperma sihat. So, apalagi...saya paksa my husband makan zinc complex ni.hihihi~~ untuk kesihatan takpe kan paksa dia makan.... yang best..dia ok je makan ni..macam tambah tenaga je saya tengok! ahaks!!


Buat masa ni, saya cuma makan B Complex dan Vita-C [setiap hari]. Zinc Complex saya makan seminggu 3kali... Untuk B Complex saya makan pagi before breakfast sebab saya ni cuma breakfast milo panas masa dekat ofis.. Tak sempat sokmo nak makan kat rumah. Jadinya saya akan makan B Complex sebijik dengan air tapis beroksigen [abang saya guna penapis air beroksigen kat rumah..amek je air dari situ..hehehe]. Vita-C saya amek selepas lunch. Balik lunch tu kunyah-kunyah Vita-C macam makan gula-gula masam.. Lebih baik daripada sebelum ni saya suka makan asam atau gula-gula selepas lunch. Zinc saya suka amek sebelum tido.. Tapi tadi saya ada baca elok jugak amek pagi2..tapi elakkan minum dengan susu.. my husband pon saya sumbat zinc sebelum tido. ngeh3.. Sikit lagi info pasal zinc ni.. dapat meningkatkan daya penumpuan... So, adik-adik yang sedang belajar pon elok amek zinc ni..

Wah.. dah macam peniaga promote barang pulak saya ni.. Saya nak tunggu sebulan dua untuk dapat kesan daripada mengamalkan Vitamin-vitamin ni semua...

Note: Actually, untuk kesuburan optimum lelaki perlu amalkan vitamin E dan Zinc.. [Tapi Vitamin E mahal la pulak.. Tak cukup budget nak beli sekali sebab gaji masuk lambat dan payment part time job pon lambat..Ni je yang cukup duit buat masa ni.. Hihihi~ Alhamdulillah...]

See Ya!!

Wednesday 29 May 2013

Trying To Conceive.....[ 1st Appointment ]

Hai semua...

Tetiba rasa nak cite pasal appointment kat Hospital Pakar Al-Farabi.. Tiba-tiba kitorang terfikir nak cuba checkup kat hospital setelah hampir 4 bulan berkahwin...First pergi register then terus buat appointment. Lepas tu dapat date untuk datang jumpa doctor. [Psttt... Mesti mintak kat nurse tu nak doctor perempuan..hehehe... takde la malu sangat..kan....]

Kitorang dapat date 4.5.13. So, pagi-pagi da tercegat kat sana.. Dapat nombor giliran yang ke-3 kalau tak silap.. Lupa.. Tu la.... Dah berzaman  baru nak buat entry ni.. Kih3.. Tak lama tunggu kena panggil untuk check tekanan darah. Lepas dah rekod-rekod tu kena tunggu lagi untuk jumpa doctor pulak.

Tunggu punya tunggu.. Tetiba rasa nak terkencing.. Tapi tahan je sebab dah nak sampai giliran jumpa doctor. So, masa jumpa doctor tu tengah menahan-nahan rasa nak terkencing.. Hihihihi~~ Teruk!!

Doctor macam biasa.. mestila tanya kenapa sesibuk nak jumpa dia.. Ceewahhh.. Saya bayar tau nak jumpa doctor nih!! [poyo!!] Cite punya cite.. Dari A sampai Z... Bla bla bla....... Then, its time to checkup. Sebelum tu doctor ada tanya, dah lama buang air ke baru buang air.. Aku pun jawab dah lama. Dalam hati cakap saay rasa nak terkencing ni doctor... Pastu doctor cakap bagus sebab senang nak tengok keadaan rahim..[ Terus buat muka lega...hahahaha~~ ] Doctor cuma buat ultrasound biasa tu je.. Tengok keadaan uterus, tiub fallopio and ovari kiri dan kanan... Semua ok cuma ada sedikit fibroid di tepi dinding uterus sebelah luar. kecik je doctor cakap tapi aku tengok dekat imej ultrasound tu macam besar je... Doctor cakap cuma 3cm. Ambil masa 10 tahun untuk membesar tahap kena operate buang sebab mengganggu. kalau setakat kecik ni takpe.. kata doctor la kan... Harap-harap camtu la..

Lepas selesai semua... Doctor cakap semuanya ok cuma belum ada rezeki dan masih boleh terus usaha secara normal disamping makan supplement macam asid folik. Aku pulak tambah sikit makan vitamin b complex with asid folik and extra makan asid folik yang doctor supply 60biji untuk 2bulan tu.. So, sekarang ni still makan semua tu untuk mencuba nasib.. Then bulan ni nampaknya setakat hari ni [29.5.13] aku dah miss period 9hari... Owh ya.. cycle period aku sangat panjang = 40hari every 1cycle.. Baru aku perasan masa kira-kira ikut kalendar yang aku tanda waktu period tu.. hihihi.. Sendiri pun tak perasan sebab tak pandai kira.. Doctor cakap its normal sebab setiap cycle pun macam tu.. Nak check upt tapi takot takde... so biarkan dulu sampai betul-betul ready.

Doakan kami ada rezeki...

See ya!!

Thursday 23 May 2013

Owh!! What a Scary Night!!!

Hai semua.. Tajuk je nak gempak kan...

[Menaip blog sambil diiringi bunyi-bunyian daripada encik suami yang tidur kat atas katil...] Lalalaa...~~~

Ha... Citenye... My little sis and I nak ke kedai makan ambil bungkusan yang di order oleh our sis before dia pergi mengajar malam tadi... Al kisahnya dek kerana terlalu excited bawak kete abah [auto] dan jugak nak cepat sampai, saya telah melanggar traffic light merah dengan tidak sengaja... Diulangi.. DENGAN TIDAK SENGAJA..

Yelah... Hari-hari lalu guna jalan yang sama untuk pergi keje, haruslah dan boleh baca jadual traffic light tu kan.. Entah kenapa malam ni nasib suam-suam kuku... Hampeh pulak traffic light tu.. Buat gila pulak dia!! Tak pasal-pasal jangkaan jadi meleset 100%. Lain pulak yang dia bagi jalan. Tapi kerana dah terlajak, teruskan je la.. Takkan nak berhenti tengah-tengah jalan... lagi nahas ko!! Alhamdulillah....we all selamat pergi dan pulang ke rumah... Alhamdulillah... Syukur ya Allah.... Kau selamatkan perjalanan kami..

Apa yang dapat dibuat kesimpulan di sini.. Jangan hafal traffic light punya jadual yang biasa.. Tengok betul-betul, berhenti dulu jika merah.. jangan redah je sebab agak-agak traffic light sisi lain... Bila traffic light buat gila, ko jugak yang kena kang!! Ingat tuh!! [kata pada diri sendiri dan orang lain yang sama perangai]

Traffic light oh francis traffic light....

See ya!!

Monday 20 May 2013

Kongsi Tips Malam Ini...

Hai semua...

Malam ni sesaja nak update  plus luahan hati sikit...

Macam biasa, malam ni sambil berkelas tuisyen, sempat lagi online blog. Sementara tunggu bebudak ni siap latihan, sempatla cikgu bukak blog and update blog yang makin berhabuk tanpa sebarang kata-kata...

Malam ni buat survey pasal bagaimana untuk mendapatkan zuriat atau anak atau baby... Macam-macam tips  yang saya dapat. Sangat berguna untuk saya dan suami yang tengah ber'TTC' ni.. Walaupun masih baru berkahwin, tapi memandangkan umur kami yang ujung-ujung ni..[hehehe...terasa tua pulaks!ahaks!!]
So, dengan rela hati saya menggoogle cara-cara untuk mendapat zuriat..

Apa pun, saya akan cuba cara pertama dulu memandangkan banyak yang suggest cara tu.. Cara apa??? Minum susu kambing campur kurma. Jom cuba sesapa yang tengah teringin nak dapatkan baby!! [Termasuklah I...]

Tapi mengamalkan supplement bseperti asid folik dan multivitamin yang lain tetap perlu okeh!! Vitamin apa?? Yang tu kita bincang kemudian... Cik abang dah belikan nasi lemak ni.. Lapar pulak rasanya.. Jom Makan!!!

See Ya!!!

Thursday 16 May 2013

Update Blog Berhabuk..

Wuhuuuu...lamanya tak update blog.. Berhabuk!

Sebenarnya tak tau nak taip apa...Memandangkan hari ni Hari Guru, so I wish Happy Teacher's Day kat semua guru dalam dunia ni..

Cite pasal hari guru, malam tadi paling memenatkan sebab terkejut dengan tempahan hari guru last minute. Jahit jugak walaupun simple. Menggelupur siapkan tempahan felt. Fuh..Siap jugak la walaupun rasa tak kreatif langsung...

Kalau ikot kan jadual, malam ni ade kelas...tapi memandangkan cik abang cayang tak kebah2 demamnya...dok merengek nak makan [wat cite lebih..hehehe] maka, cancel kelas dan masuk dapur untuk masak... Lagipun sejak cik abang cayang tak sihat [dalam 2,3 hari ni] memang rasa macam tak sihat jugak..sebab kurang perhatian kan..hahaha.. Poyo okeh!!

See ya!!