Tengok nama Satin pun dah tau result camne yg kita dapat lepas guna kan...? Macam kain satin bibir i ols okeh!
Tapi... bukan guna sekali dah jadi macam kain satin bibir u ols tu. Jangan la harap hasil yg cepat tau!
Dalam set ni. Ada Lip Balm & Lip Mask. Mula-mula pakai Lip Mask dulu. 10minit je. Tak payah lama-lama. Pastu scrub lip mask tu. Guna kain lembut or tisu. Cuci sampai bersih. Then sapu je Lip Balm. Saya biasa pakai malam. Esok pagi tu bangun tido bibir selembut sutera dah pun.. Ha.. bukan setakat satin tau!
Repeat kali ke-3 pakai lip mask ni. Baru nampak bibir makin kurang menggelupas. Bibir saya memang jenis cepat kering. Jadinya.. asal nampak macam kering sikit-sikit terus sapu lip balm. Pilihan lipstick pun kena tepat. Tak boleh pakai lipstick yg mengeringkan bibir. Kena pakai yg jenis creamy sikit. Kalau tak... bibir akan kering semula & meninggalkan kesan buruk pada kulit bibir.
Lip mask tu fungsi dia untuk menanggalkan sel dan kulit mati pada permukaan bibir. Lip balm pulak berfungsi untuk melembapkan bibir. Best combination!
No comments:
Post a Comment