Search This Blog

Wednesday 26 April 2017

Royal V Lagi

Semalam tekad beli lagi 2 botol Royal V. Buat stok terus.
Dah lama jugak botol lama tu habis. Atau hanya perasaan lama sebenarnya tak.. heheh
Sejujurnya.. Jangan berjimat semasa minum Royal V. Kenapa?
Sebab... Jika minum tak ikut dos, tak merasa la kesannya. Begitulah ye..
Please ikut dos. Dos adalah ikut umur pengguna.

Refer Dos pengambilan Royal V pada pamplet:
Wanita Berusia 18-30tahun:
> Minum 1 sudu besar 2kali sehari (pagi & malam) sebelum / selepas makan.
Wanita Berusia 31-49tahun:
> Minum 2 sudu besar 2 kali sehari (pagi & malam) sebelum makan.
Wanita Berusia 50tahun ke atas:
> Minum 2 sudu besar waktu pagi, minum 3 sudu besar waktu petang sebelum makan.

Serius nak bagitau.. minum Royal V ni memang membantu saya sebagai ibu yg bekerjaya + berniaga pulak.. dengan anak2 kecik2 yg sangat aktif.. memang perlukan sesuatu untuk tambah energy. Tido lewat, bangun awal.. memang lemau..

Pembelian Royal V sebagai reward untuk diri sendiri yg penat bekerja seharian..
Serius tak tipu. Beli & minumlah kalau korang rasa lemau. Dijamin membantu korang.

Ha.. lagi satu... lepas amalkan Royal V (baru 1 botol) pergi berurut... surprisely makcik tukang urut tanya..

Makcik A: Minum/makan apa2 jamu ke?
Me: Err... Minum Royal V. Pastu ada la makan vitamin sikit...
Makcik A: Bagus la tu.. teruskan je... Sebab urat2 semua ok ni.. Lembut je nak urut. Peranakan pun ok je ni...

Tengok.. Makcik tukang urut pun cakap bagus amalkan Royal V..

Thursday 6 April 2017

Review: Royal V by Jamu Ratu Malaya

Akhirnya yang ditunggu telah tiba..
Cik P muncul setelah 2 bulan menghilang.
2 bulan tanpa period rasa macam pelik.
Walaupun sebelum ni 9 bulan tak period ok je. hahahaha
Poyo je kan!

Seperti yang saya ceritakan dulu.. Jika kita ambil perancang jenis injection (suntikan Depo), memang haid kita akan terganggu dan terlalu sikit. atau tiada haid langsung.

Setelah 2bulan tak datang haid, saya cuba minum Royal V by JRM. (read: Jamu Ratu Malaya). owner produk ni Bonda Rozita Ibrahim juga pengasas Sendayu Tinggi. Alhamdulillah.. haid kembali muncul. Badan pun rasa ringan dan selesa.


Kesan yang saya rasa setelah minum Royal V ni..

> 1 minggu pertama saya amalkan minum sesudu pagi & sesudu malam.. Badan ringan. Bangun pagi pun segar je..

> Minggu ke-2. Masa ni start minum 2 sudu pagi, 2 sudu malam. badan lebih bertenaga. tak mengantuk di tempat kerja walaupun waktu malam kerap bangun untuk susukan anak. tidur pun agak lewat sebab uruskan rumah selepas balik kerja.

> Minggu ke-3. Perut semakin kempis. Berat badan turun 1kg. Alhamdulillah...

> Yang paling penting.. Aset kewanitaan memang semakin mantap & ketat. Ini memang suami yang cakap... Bukan suka2 nak taip kat sini.. hihihi (malu2 kucing)

> Kesan lain.. mula2 minum agak banyak keputihan yang keluar. Lepas 2 minggu tiada keputihan lagi.





Sebotol 250ml sahaja. jika minum 2 sudu 2 kali sehari memang tak sampai sebulan dah habis.

Harga RM60 sebotol. (harga semasa promosi)