Lepas bersalin. Doktor atau jururawat akan datang tanya kita.
"Nak merancang guna kaedah apa?"
Dan....
Mereka akan bagi risalah kaedah merancang keluarga.
Lepas tu mereka akan terangkan setiap 1 jenis kaedah.
Antaranya..
1) Pil perancang (banyak jenis pil. tapi suggestion Noriday)
2) Kaedah kalendar (rancang sendiri jika period teratur. boleh tahu waktu subur. Elakkan bersama semasa subur.)
3) Suntikan Depo Provera untuk 3bulan sekali
4) Kondom
5) Implanon (implan di lengan) untuk 3tahun.
Kaedah 1 - 4 adalah PERCUMA
Kaedah 5 perlu kos RM500 di klinik LPPKN & RM600 di klinik swasta sekitar Kuantan, Pahang.
Maka.....
Untuk kali ni... saya memilih untuk menggunakan pil. Saya ambil pil semasa hari ke-53.
"note: kali pertama bersalin, saya tak menggunakan apa2 perancang keluarga. Kononnya merancang sendiri. Tapi gagal. Sebab lepas habis pantang memang betul-betul subur rupanya. Doktor pun ada cakap, selepas bersalin dengan kaedah pembedahan (caeser) memang percent subur lebih tinggi daripada mereka yg bersalin secara normal. tapi semua tu rezeki daripada Allah"
Pada mulanya nak pasang implan. Sebab tu survey kat Klinik LPPKN. Sebab murah RM100 daripada klinik lain. Tapi setelah buat penelitian, kaedah 1, 3 dan 5 adalah sama. Iaitu menggunakan hormon sintetik untuk mengganggu hormon asal untuk mengelakkan kehamilan. Kos untuk 1 bulan bagi kaedah implan adalah lebih kurang RM14 sebulan. Harga pil perancang jika beli di farmasi jugak lebih kurang sama. Sama juga dengan kos suntikan Depo Provera. Bagi saya macam rugi kalau saya pasang implan sebab saya cuma ada 1 peluang saja lagi untuk mengandung dan hormon sintetik dalam implan memberi kesan yg hampir sama dengan kaedah 1 dan 3. Diulangi.. Semuanya adalah HORMON SINTETIK. Bezanya tak perlu fikir pasal ubat atau sebagainya selama 3 tahun.
Pil perancang yang saya ambil adalah Pil Noriday. Pil ini untuk ibu menyusu supaya susu tak drop katanya. Mula- mula tu memang susu biasa je. Tapi bila anak dah start tak menyusu siang hari.. Susu berkurang jugak. Direct feeding memang meningkatkan pengeluaran susu badan.
Selepas seminggu makan pil Noriday. Saya period. Iaitu pada hari ke-60 selepas bersalin. Normal period bermaksud period dengan warna darah dan bilangan hari yg normal. Tapi.....
Selepas seminggu habis period. Saya period semula. Iaitu pada hari ke-21 pengambilan pil. Period kali ni juga normal. Habis pada hari ke-28 pengambilan pil.
Sebelum terlupa. Pil Noriday perlu di makan setiap hari pada masa yang sama. Pil ini ada 28biji sepeket. Perlu teruskan makan pil walaupun period. Tak boleh skip walaupun sehari. Mengikut pembacaan saya. Pil ini bertindak selama 24 jam untuk 1 biji pil. Maksudnya, jika kita makan pada pukul 8 pagi. Pil ini akan menyebarkan hormon sintetik dalam badan kita sehingga pukul 8 pagi keesokkan harinya. iaitu selama 24jam.
Saya makan pil ni pukul 9 pagi. Lebih selamat daripada makan pada waktu malam. Itu pun kadang- terlajak hingga pukul 11 pagi. hehe.. Tapi kebanyakkannya on time.
Kesannya....
Selama 2 bulan makan pil Noriday.
> Period kelam kabut. (2 kali sebulan)
> Berat naik 2kg ++
> Selera makan meningkat
> Keputihan
> Kadang kala sakit kepala
> Emosi kelaut
**Plan nak ambil suntikan pulak lepas ni..
Pesanan saya (memanjangkan pesan mak mertua)
"Jika kita makan pil perancang, jangan lupa amalkan jamu juga. Jamu yang ada base manjakani atau herba2 terpilih untuk melancarkan haid dan menghilangkan keputihan. Juga perlu menjaga kebersihan bahagian intim dengan memilih feminine wash yg mempunyai pH sesuai."
nota kaki: Nanti saya share jamu apa yg saya makan dan feminine wash apa yg saya guna.
Asslm.. Klu x menyusu blh ke mkn pil noriday ni.
ReplyDeleteAsslm.. Klu x menyusu blh ke mkn pil noriday ni.
ReplyDeleteboleh
Deleteasslam nk tnya lpas habis paket 28 hri tu.kna truskan dgn paket lain or berhenti dlu?
ReplyDeletePil noriday kena mkn setiap hari tanpa henti.. Selepas habis 28biji utk 28hari terus sambung peket baru.
DeleteMenyusu boleh makan pil noriday. Sangat digalakkan oleh nurse.selepas habis 28biji. Terus sambung peket baru. Non stop.
ReplyDeleteKlau ank tak menyusu boleh minum pil noriday tak
ReplyDeletesalam..sya baru jer makan pil noriday selepas 19 hari sya dtg haid..adakah itu normal..pil teruskan juga pengambilan..mohon penerangan
ReplyDeleteSalam. Hai. Lebih baik puan bertanya kepada doktor/nurse. Tapi masa saya makan pil ni. Memang period sangat awal means cycle sangat2 pendek. Tak sampai 28hari.
DeleteSy mkn pil ni hanya skli jak dtg haid lps tu anak sdh 9bln xdtg haid da..anak fullbreast
ReplyDeleteSalam... Nak tanya... Klo makan pil tu habis 9 biji datang bulan macam mana ye kena berhenti apa teruskan...
ReplyDeleteKalau selepas bersalin, boleh terus ambil pil noriday ka?
ReplyDeleteSaya nak berhnti makan norriday ni sbb tk.kena dgn badan sy..susu brkurang kesian bby
ReplyDeleteSalam.. bgaimana klo tesilap arah panah makan pil noriday??
ReplyDelete