Search This Blog

Wednesday, 3 February 2016

Untuk Kali Ke-2

Untuk kali ke-2.

Sepantas ini. Ye.. Rezeki Allah tiada siapa boleh sangkal. Kali ni penuh kejutan! Sangat-sangat tak sangka secepat ni Allah bagi rezeki. Yang disangka macam dulu.. Susah nak lekat. Tapi kali ni sangat mudah walaupun dah macam-macam cara untuk mengelak.

Beza yang sangat ketara mengandung buat pertama kali dan kali ke-2. Kali pertama mengandung.. semua orang excited. Tertunggu-tunggu baby lahir. Tapi kali ke-2. Semua orang terkejut. Ada yang cakap cepatnya. Ye.. memang cepat. Kami suami isteri pun terkejut. Tak sangka. Masa check dah masuk 8 weeks. Almost 2 months!!

Pengalaman kali ke-2 ni buatkan saya lebih kental. Banyak kecaman. Tapi biasa la.. Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Kita tak mengandung pun bising. Kita mengandung pun ada jugak cakap-cakap. Tak tau mana yang nak ikut.

Lebih baik buat tak tahu je. Pasrah. Pengalaman kali ni membuatkan saya lebih banyak muhasabah diri je. Abaikan kata-kata negatif. Fokus pada kesihatan sendiri & anak-anak.

Yang paling penting jumpa pakar dan follow nasihat pakar.

Alhamdulillah.. masih boleh teruskan kandungan ni. Lepas UPT positif. Terus buat appointment untuk jumpa Dr.Ko. (Klinik W.Y.Ko. Pakar Perbidanan & Sakit Puan). Alhamdulillah.. kami suami isteri bersyukur dengan rezeki ke-2 ni. Walaupun yang sulung masih kecil. Tapi perancangan Allah adalah yang sangat-sangat baik. Itu saja yang boleh fikir sekarang ni. Soal rezeki, juga hanya pada Allah tempat kita meminta.

Risiko yang orang selalu cakap-cakap ialah:

" Awak bersalin operate. Kena tunggu 2 tahun baru boleh pregnant lagi. Nanti perut terburai baru tau" Okeh.. Ayat ni ngeri.

>>>> Bila refer kat doktor pakar. Doktor cakap " Luka bersalin operate akan pulih sepenuhnya 3bulan. Jadi jangan risau untuk mengandung semula selepas 3bulan."

Memang kalau boleh elakkan. Tapi nak kalau dah lekat takkan kita nak buang pulak? Banyak-banyak berdoa je semoga semua dipermudahkan dan selamat.

Kepada yang bising-bising tak tau apa punca tu... Tolonglah jaga hati & perasaan orang. Lagi-lagi kite yang preggy ni memang hati tisu....

No comments:

Post a Comment