Search This Blog

Saturday 23 November 2013

Minumlah ESP Shaklee untuk Kesihatan Optimum!

Hari ni nak cite sikit pasal ESP from Shaklee.. Nape tetiba?? Sebab I baru je amalkan sejak 2, 3 hari ni.. Tu pon try yang bapak mertua punye. Cess!! Teruk tau! [cakap kat diri sendiri] Yela...I baru nak order. Dah bapak mertua minum jugak.. So, memang terbaek la untuk cuba kan... Macam trial set lak..

Memandangkan baru cuba beberapa hari.. Hasil yang maksimum belum lagi dapat diceritakan. Tapi seawal 2hari minum ESP ni.. apa yang I rasa, perut sangat-sangat selesa. I ni jenis perut suka meragam walaupon makan macam biasa je.. Lepas shake ESP and minum, senang je nak membuang sisa-sisa buangan waktu pagi. 2nd day minum ESP, I membuang 3kali untuk hari tu.. [maap le cite menda ni ye..hihihi..shame!] Maybe sebab dah 2 hari tak membuang. tu yang sampai 3kali. Bersihkan usus terus agaknya.. Yang lagi best.. Langsung tak sembelit or sakit perut. Masa I try minum teh herba untuk melancarkan my "Pou" [sisa buangan..hehehe] Fuhh...sakit gile...sampai setengah jam I dalam toilet. Pukul 2.30pagi okeh!! Masa tu pulak my bro & sis in law tengah tengok drama ulangan "Cinta di Abu Dhabi' ke hape tah tajuk dia.. Terus kena kutuk sebab habis 1 episod baru I keluar toilet!!!

Tapi.. Minum ESP ni perlu minum banyak air ye kawan-kawan.. Secara automatik memang kite akan rasa dahaga yang lain macam lepas minum ESP ni. [ni yang I rasa la..] Ini bagus untuk melancarkan ape yang tak lancar kat dalam badan kite ye..

Last but not least.. Tiba-tiba I rasa semangat untuk kuruskan badan. My target is 45kg, which is 10kg to loss my weight!! Rasanya bole ke?? Yakin Bole Pasti Bole!! Yeahh!!! Semangat!! Harap2 semangat ni tak terkubur begitu saja! I akan start semula ber'aerobic' walaupon tanpa my adik bongsu sebagai coach! hahaha [kakak yang teruk!]

Doakan saya! See ya!

Thursday 21 November 2013

Owh My........

Dua hari lepas, we alls (me & husband je) pegi makan nasi arab kat restoran on the way balik keje tu.. Lepas dah makan tu, husband perasan ada encik-encik JPJ yang tengah buat roadblock kat depan sikit dari restoran tu. Encik husband macam cuak je tengok encik-encik JPJ tu. Pastu I pon cakap kat dia... "La... nape lak abg nak takut.. Kita bukan buat salah pon.. Kete pon ok what.. Standard je kan.. Lesen pon ade.. Relax braderrrr" sambil nyanyi lagu rileks brader lagu Art Fazil Feat Imuda tu kan... Then Encik husband pon dah mula relax.. Dia selalunya gabra kalau bawak kete dia yang cermin agak gelap tu.. My kete ok.. standard JPJ je.. Hik3

Ok.. Dah habis makan and minum, kitorang pon terus naik kete [bayar dulu woiii!! kang kena maki dengan tokey kedai lak!!] Ceritanya... dah naik kete macam biasa la.. On aircond and radio. I sibuk berwhatsapp dengan kawan keje. Dia ada mintak pendapat sikit [Ewahhh...macam nko orang pentingsss je kan!!] Encik husband lak terus je..macam laju je lalu jalan yang ada roadblock tu... Tanpa kitorang sedar.. Kitorang dah buat salah. Tak pakai SEAT BELT !!! Owhh!!! Noooo!!! Aku dah mengucap masa sampai kat situ tapi air muka haruslah setenang air tasik kannnn... Dah berhenti tu.. Encik JPJ yang tahan tu mintak IC and lesen memandu my husband. Then dah bagi and dah check.. Semua ok. Yang salahnya sebab kitorang tak pakai seat belt. Okeh.. Masa encik JPJ tu tanya nape tak pakai seat belt, my husband bole bagi alasan macam vodo pon hade.. hahahaha.. ade ke patut dia cakap "baru lepas makan encik.. Lupe nak pakai.." I kat sebelah macam nak tergelak tapi ku tahan jebat! hahaha [terburai dalam hati je] sambil poyo2 tengok handphone yang memang hang masa tu. Hampeh!

At  the same time masa encik JPJ dok cerita kesalahan kitorang tu.. Dia cakap je "Ha.. Dua-dua tak pakai seat belt. Salah ni.. Sorang RM300 ni kalau kena saman." Terus I tarik seat belt and pakai. My husband pon buat benda yang sama.. hahaha.. Vongoks hokeh!! Bole selambe je nko buat perangai camtu eh! Maybe encik JPJ pon tergamam dengan perbuatan kitorang yang melampaui batas tu terus lepaskan je tanpa saman. Hahahahhahahahaha... Saya suka! saya suka! saya suka!

Disebabkan masing-masing berjaya selamatkan diri dan keluarga..[hape merepek tah] I celebrate with beli baju kurus untuk my husband. tapi sebenarnya I cuma bg RM 40 je.. Hihihi.. Balance dia bayar.. Kih3..

Ape pon good luck dear! semoga dapat kecikkan perutmu yang semakin comel tu!! hihihii

See ya!!

Thursday 14 November 2013

Sentap Sekejap..

Hai..

Hari ni rasa seperti di 'kencing' & dicincang hidup-hidup. [ehh!! erkk..whatever!]

Bukan ape.. Rasa macam kena tipu bahasa sopannya.. Nak kata betul-betul kena tipu tak jugak. tapi seperti ditipu.. Nampak tak bezanya di situ.. Perasaan tu macam agak sentap la jugak kan. Mana taknya.. Tak sengaja nampak apa yang patut tak payah nampak. Tapi dah Allah nak tunjuk kan.. Kena nampak jugak dan perlu hati-hati lepas ni. Harap dapat penjelasan berkenaan masalah ni. Masalahnye.. Aku ni jenis cepat sangat berfikiran negatif. Bila nak tarik balik aura positif tu terpaksa la fikir dah rezeki dia.. Allah nak suruh kite bekerja lebih keras la tu.

So, start from today, aku tak akan mudah percaya kata-kata orang lagi. Terutama salesman kat ofis. Huh! Menyirap tau! Dengan laki aku sekali rasa menyirap! Terbaek la abang sebab sekepala.. Hihihi.. Laki bini sentap!

Dengan luahan perasaan ini.. Aku berharap rezeki aku terbuka lebih luas kat luar sana. Semoga orang yang menganiaya kami tau yang kami hanya percaya pada rezeki yang Allah turunkan. Bukan mereka yang bagi rezeki kepada kami. Allah adil. Tak kan ada pilih kasih. Sekian..

Salam sentap.. :p

Wednesday 13 November 2013

Update TTC

Hai Semua..

Masih lagi dengan status TTC. Huhuhu.. Takpe.. Cuba lagi dengan penuh istiqamah ye..

Hari ahad lepas adalah Day-1 untuk cycle baru. Awal 2 hari untuk cycle ni.. Dengan harapan cycle kali ni ada hasil.. Tapi kalau takde, usaha lagi dan lagi dan lagi.....

Yang penting terus berdoa dan berusaha. Allah knows the best for us. Trust Him.

See Ya!

Rezeki Sentiasa Ada

Datang dan pergi dalam kehidupan adalah sesuatu yang normal.. Begitu juga kat ofis ni. Selepas sorang masuk, sorang pula keluar.. Ye.. rezeki sentiasa ada dimana-mana... Asalkan Allah nak turunkan rezeki, dimana pun kita berada tetap ada rezeki kita. 

Bagi kawan-kawan yang dapat keje baru tu.. selamat bekerja dengan lebih rajin dan dedikasi ye.. Good luck u alls!! I je masih di sini. masih lagi meneruskan perjuangan bersama company ini.. Semoga rezeki kami di sini juga sentiasa bertambah..

Semoga berjumpa lagi kawan-kawan... :)

See ya!

Thursday 7 November 2013

Owh..Dah Bersarang!!

Bersarang hae pulak blog ni..

Ape nak buat.. takde idea nak menulis... Bersama perasaan malas sepanjang hari. Balik keje terus ngantuk tahap cipan. huhuhu.. Nape la malas sangat sekarang nih!

Hurm... berharap dapat keje yang lebih stabil lepas ni..

Salam tahun baru hijrah 1435.. Umur meningkat dengan peningkatan tahun.. Semoga ada sesuatu yang terbaik menanti di hadapan..

See Ya!