Search This Blog

Monday 21 October 2013

Pengalaman Berbaring di Ruang Legar Kuantan Parade

Tajuk macam gempak.. Tapi memang gempak pon.. Hihihi.. Sebenarnya nak catat sikit pengalaman menderma darah buat kali pertama. Ceritanya semalam, saya pegi ke Kuantan Parade dengan tujuan nak beli losyen mustajab pati halia brand Dunia Herbs tu.. Tu je tujuannya..

Tapi.... Tengok-tengok kat ruang legar tu ada buat kempen derma darah... Terus rasa membuak-buak nak try derma.. Memang dah lama niat nak join derma darah. Tapi satu waktu dulu tak dapat derma sebab masalah kekurangan berat badan. So, suarakan la hasrat hati yang suci murni ini kat suami.. Dia ok..memang izinkan tapi dia kata mesti makan nasi dulu.. Oh..baru ingat dari pagi keluar rumah belum makan ape-ape lagi.

So, terus pegi makan. lepas makan terus isi borang untuk derma darah. Sebenarnya nak derma darah ni bukan senang tau! Kena lalui beberapa saringan. Mula-mula kena jawab beberapa soalan peribadi dan kesihatan semasa diri kita. Then, baru lepas ke kaunter seterusnya iaitu timbang berat dan check darah. Ala...yang cucuk jari sikit ambil sample darah tu... Dah tau jenis darah dan petugas tu check ketumpatan darah kita ok ke tak... Kalau tak ok tak lepas ye kawan-kawan.. Alhamdulillah... saya lepas ujian tu..

Seterusnya kena beratur pulak untuk check tekanan darah. [nampak tak ramai sangat orang berhati mulia.. memang agak lama jugak beratur tu sebab ramai orang yang tunggu turn] Sampai giliran, Alhamdulillah...sekali lagi lepas.. Tekanan darah normal dan doktor bertugas bagitahu darah yang akan diambil adalah sebanyak 350ml. Standard bagi perempuan katanya...

Akhir sekali, pegi kaunter akhir untuk ambil buku merah [buku kecik yang biasa tengok orang bawak time derma darah tu!] buku tu dilabel dengan jenis darah kite, then petugas tulis nama dan cop sekali menandakan kite menderma satu kali.

Tunggu katil kosong. Lepas tu bolehla baring di tengah-tengah ruang legar Kuantan Parade tu tanpa segan silu... hehehehehe~~


Hasilnya...Inilah darah saya yang berjaya dikumpulkan dalam masa tak sampai 5 minit. Baru je nurse cucuk salur darah dah dapat hampir setengah beg. Alhamdulillah..Hilang kerisauan takut darah lambat keluar.. Berkat zikir semasa gerak-gerakkan tangan untuk mengepam darah keluar... Syukur sangat... Pengalaman pertama kali menderma darah memang sangat mengujakan!! 

Selain derma darah, dapat ilmu baru. Nurse yang in charge tu [perempuan chinese yang tegas tapi ramah] banyak pesan pada saya. Katanya salur darah saya yang besar terletak ditepi lengan. Jadi, selepas jarum dicabut, saya perlu tekan dulu dengan kapas selama 10 minit. Jangan lipat siku. Selepas 10minit, dah ok boleh bangun. Diorang akan tampal plaster pada lengan. Then balik rumah, jangan angkat barang berat. Jangan sapu minyak angin atau minyak panas pada tempat berkenaan. Jika terjadi lebam, perlu tuamkan dengan ais. 

Selepas dengar semua tu, barulah saya tau kenapa satu waktu dulu saya mengalami salur darah pecah sampai lebam separuh tangan. Rupanya sebab salah cara dan tak mendapat nasihat yang betul tentang penjagaan salur darah jenis kat tepi ni..

Tapi malam tadi saya dah tersilap langkah. Disebabkan saya tak rasa sakit pada lengan, saya lupe nak jaga salur darah saya.. Huhuhuhu :( Saya teruja nak pakai losyen pati halai punye pasal sampai tersapu pada lengan. Aucchhhh!!! Memang menyakitkan. Tak sampai seminit salut darah di bahagian lengan yang masih belum pulih tu telah mengembang sampai naik biru dan sekali tengok macam nak meletup!! Dengan keadaan kesakitan tu, saya sempat pegi cuci lengan dengan sabun untuk hilangkan kesan losyen tu. Alhamdulillah stop rasa sakit. Tapi salur darah tu tetap mengembang. So, saya tuamkan dengan ais yang dibungkus dengan tuala kecik. Huhuhuhu... Memang tak sangka akan jadi macam tu. Tak sempat snap gambar sebab keadaan yang sangat kelam kabut. Balutan ais tu saya pakai sampai pagi sebab salur darah saya terasa sangat panas semalam. Pagi tadi hingga sekarang kesan lebam masih ada cuma salur darah dah tak membengkak. Alhamdulillah..

Selamat Menderma Darah..

Doakan saya pulih! See ya!!

Monday 14 October 2013

Salam Aidil Adha...

Hai.. Just nak wish Selamat Hari Raya Aidil Adha aka Selamat Raya Korban aka Selamat Raya Haji kepada semua..

Semoga ibadah kita semua diberkati Allah. Semoga korban kali ni memberi lebih makna kepada kita.

See ya!!