Search This Blog

Monday 19 May 2014

Kifarah atau Pengalaman?

Alhamdulillah... Kitorang berdua selamat. Terkedu sekejap selepas kejadian.. Nak menangis pon takde airmata. Nak menjerit, takde suara. Semua tersekat kat kerongkong. Semuanya berlaku dengan pantas. Sepantas kilat!

Apa yang berlaku? Sebenarnya saya terlibat dengan accident kecik bersama adik. Ceritanya, kitorang balik dari majlis convocation adik yang lain. Balik tu kitorang ikot jalan kampung sebab nak cepat sampai. Hujan lebat sangat. Tak sangka pulak jalan licin sangat sebab air bukit melimpah ke jalan. Kereta tak boleh nak kawal sampai tergelincir ke arah bertentangan. Nasib baik takde kereta lain. Sebab nak elak dari masuk jalan orang, saya pusing stereng ke kiri. Terus tergelincir ke penghadang besi kat tepi jalan tu. Kitorang bernasib baik lagi sekali sebab sempat balas stereng ke kanan semula. Kalau tak mesti hentakan kuat kat depan kereta tu sampai boleh pecah depan kereta. Apa pon kereta tu rosak jugak la bahagian bumper depan dan sebelah kiri belakang kemik sikit. Yang paling penting kami berdua selamat. Ya Allah.. Terima kasih tak terhingga kerana melindungi kami. Entah apa nasib kalau kereta terjunam kat gaung ke.. apa ke... Nasib baik tak melibatkan pengguna jalan raya yang lain. 

Apa pon.. inilah pengalaman yang paling menginsafkan. Terdetik macam2 perasaan selepas kejadian tu.. Rasanya tak cukup lagi amal ibadat sebelum menutup mata. Bersyukur sebab masih lagi diberi peluang untuk bertaubat, untuk menambah amal ibadat. Ataupun ini kifarah atas kesalahan yang kite tak perasan? Hanya Allah yang tau...