Search This Blog

Wednesday 24 August 2016

Bra Menyusu Murah (Maternity/ Breastfeeding Bra)

Dah dekat2 nak bersalin ni nak cite la sikit pasal persediaan.

Dulu masa anak 1st tak tau kat mana nak cari bra menyusu yang murah2.. dan memang tak sempat langsung. Sebab bersalin awal. Sekarang ni dah ade pengalaman, maka dapatla cari tempat jual bra menyusu murah.

Bra menyusu ni ade butang kat cup. Bra jenis lembut & takde wire (besi penyokong kat bawah tu) Ada yang bercorak & ada yang kosong je. Banyak yang comel2 tau! Mula2 survey kat online shop. Boleh tahan. Murah jugak. RM100 untuk 4 helai atau RM100 untuk 3helai.

Yg saya beli ni lebih3 murah lagi. RM8.90 je sehelai. Kat mana?? Kat Pasaraya Hari-hari je... Sebelum tu ada beli kat Pasaraya Ten Ten. Tapi mahal sikit. RM12.00 sehelai. Then pegi Hari-hari. Eh.. lagi murah & banyak pilihan. Siap ada corak2 lagi tau!. Memang pucuk dicita, ulam mendatang la.... Terus sambar 5 helai. Murah & jimat!

Kualiti? Ok. Puas hati. Material lembut & selesa. Dah pakai walaupun belum start menyusu. Hihihi

Rasa nak pegi beli lagi tapi tak tau la sempat ke idok ni..

Dah 39weeks ni... baby steady je kat dalam. macam seronok je dok kat dalam perut ummi ni. Tak nak keluar ke?? heheh

Monday 22 August 2016

Susu Anmum Lacta & Materna

Terbeli susu Anmun Lacta masa shopping barang anak2...


Dapat pulak free 2 sachet susu Anmum Materna. 1 perisa Vanilla, 1 perisa Coklat. Yang coklat tu sedap!

Sebelum ni banyak dapat sample susu Friso Mom daripada klinik W.Y.Ko. Sedap lemak berkrim!! 1 perisa je..

Susu Anmum ni kurang lemak berkrim tapi ok.. sedap jugak.. Dah nama susu ibu mengandung memang rasa pelik sikit. kui3

Anmum Lacta ni nak minum dalam pantang nanti. Nak tambah susu kata ko! Dah standby minum ESP Shaklee. Sambil doa nak banyak susu untuk anak kali ni... Semoga Allah makbulkan doa... Amin...

Nanti dah minum boleh update perkembangan & keberkesanan pulak. Nanti I buat review hokeh!

Saturday 20 August 2016

Review: Set Satin Lips by Mary Kay

Kali ni nak buat review Lip Balm & Lip Mask keluaran Mary Kay. Set ni dinamakan Satin Lips!
Tengok nama Satin pun dah tau result camne yg kita dapat lepas guna kan...? Macam kain satin bibir i ols okeh!





Tapi... bukan guna sekali dah jadi macam kain satin bibir u ols tu. Jangan la harap hasil yg cepat tau!

Dalam set ni. Ada Lip Balm & Lip Mask. Mula-mula pakai Lip Mask dulu. 10minit je. Tak payah lama-lama. Pastu scrub lip mask tu. Guna kain lembut or tisu. Cuci sampai bersih. Then sapu je Lip Balm. Saya biasa pakai malam. Esok pagi tu bangun tido bibir selembut sutera dah pun.. Ha.. bukan setakat satin tau!

Repeat kali ke-3 pakai lip mask ni. Baru nampak bibir makin kurang menggelupas. Bibir saya memang jenis cepat kering. Jadinya.. asal nampak macam kering sikit-sikit terus sapu lip balm. Pilihan lipstick pun kena tepat. Tak boleh pakai lipstick yg mengeringkan bibir. Kena pakai yg jenis creamy sikit. Kalau tak... bibir akan kering semula & meninggalkan kesan buruk pada kulit bibir.

Lip mask tu fungsi dia untuk menanggalkan sel dan kulit mati pada permukaan bibir. Lip balm pulak berfungsi untuk melembapkan bibir. Best combination!

Friday 19 August 2016

Review: Minyak Herba Asma Mujarab

Nak cite sikit pasal minyak herba asma mujarab ni.

Alkisahnya. Si Andrian Jazli ni memang mudah sangat berjangkit batuk & selesema. Sampai berkahak. Kena guna nebulizer untuk cairkan kahak. Sejak kecik memang mudah sangat dia berjangkit & lambat baik pulak tu. Sampai kena pegi klinik. Sampai kena tahan untuk sedut kahak. Huhuhuhu~~ Kesian sangat.

Satu hari tu.. ada sorang kawan suami mention nama suami kat facebook pasal minyak ni. Ada satu page jual minyak ni. Suami terus mintak saya order minyak ni. Kami cari pengedar di Kuantan. Senang nak amek barang. Nak cepat. Kebetulan masa tu memang Andrian tengah batuk2 berkahak dan selalu muntah susu lepas batuk.

terus beli 2 botol. tamak! hahahaha... Tapi sampai sekarang ni. Guna 1 botol pun tak abis2 lagi. Botol kecik je. tapi berbaloi sangat rasanye. Kadang2 ummi Andrian pun guna jugak minyak ni. Best. Memang best. Harga RM39 sebotol. kena goncang dulu sebelum guna tau. Herba dia pekat kat dalam. ada effect mint sikit2. Berangin sikit. Tapi memang selesa. Boleh jugak gantikan minyak telon anak time kehabisan minyak telon.

Pagi2 lepas mandi. Memang sapu minyak ni kat tapak kaki, betis, dada, pusat dan belakang Andrian. Alhamdulillah. Andrian serasi dengan minyak ni. Kalau dia batuk2 cepat2 sapu mnyak ni kat dada dia.

Untuk ummi Andrian pulak. Sapu kat kaki, dada & belakang bila rasa badan berangin, kaki kebas2 dan pedih ulu hati. Alhamdulillah.. lega sikit...

Pastikan beli yg original ye....
Lupa nak tengok berapa ml minyak ni. Tapi sekarang ni dah guna sebulan pon macam banyak je lagi...

Thursday 18 August 2016

Makanan Korea

Ini cerita makan-makan semalam. Korean food u ols! hamboih.. keje kat sini memang susah nak kurus la. Selalu ada party makan, makan, makan & makan.. fuhhh (lap peluh)

Makan-makan ni sempena i ols nak beranak. Eh.. boleh pulak kan. Mak buyung takde la ngidam sangat. Tapi buyung2 extra tu yg mengidam lebih. Ni pon ada plan nak pegi makan-makan kat luar pulak. Sabar je la ye...





Selamat menjamu mata ye u ols!

Semua makanan ni kitorang order dari orang melayu yg belajar masak masakan korea. Original resepi korea dengan tambahan rasa tekak melayu yg suka pedas. Tapi memang terangkat air tangan akak ni. Dia pun cuma buat bila ada tempahan makanan korea je. Tapi rasanya hari2 ada tempahan. Bahan-bahan dia memang original korea. Harga sangat-sangat berpatutan. Siap ada delivery lagi. Puas hati sangat2..

Hari ni pulak sebenarnya ada check up. Bersedialah ye.. Mungkin berat naik banyak. Hahahaha~
(berdebar pulak)

Oooo.. lupa pulak. Balik je malam tadi. Perut rasa semacam je. Sakit2. Pegi membuang. Lega kejap. Pastu macam ada lagi. Berbaring-baring sambil bagi tido anak. Ingatkan dah nak bersalin. Hahaha
Macam2 hal. Makan banyak sangat. Pastu makan lambat. Angin pun dah start terperangkap kat dalam. Telan 2 bijik Peppermint Ginger Plus Shaklee. Lega sikit. Terkentut-kentut. Sebelum tido telan 4bijik  Ostematrix + 2bijik B complex. Pagi tadi bangun membuang dengan jayanya.. No more sembelit  bagai. Sepanjang pregnant ni memang amalkan makan vitamin Shaklee. Sama je macam pregnant yg 1st. Alhamdulillah. Berkesan. Nak makan jamu bagai kena tunggu lepas bersalin la ye..

Pagi ni start minum ESP Shaklee semula. Dengan niat nak banyak susu lepas bersalin nanti. Balik ni kena singgah beli hollicks la.. Ramai yg kata minum hollicks susu banyak nanti. Rasa pun sedap. Boleh campur dengan ESP. Yummmmyyyyy!

Banyak pulak cite hari ni...

Wednesday 17 August 2016

Andrian Jazli ~ 12 Bulan

Lagi beberapa hari lagi si bulat ummi nak masuk setahun. Perkembangan dia?? Alhamdulillah... Andrian Jazli semakin lasak. Semakin bijak. Terbaru.. Dah boleh melangkah 2, 3, 4 langkah. Alhamdulillah.

Memang betul sangat kita tak boleh nak bandingkan perkembangan setiap baby. Perkembangan mereka sangat-sangat berlainan. Setiap baby adalah unik. Macam tu jugak kita. Sejak kecik sampai besar. Perkembangan kita tak sama. Ada yang cepat ada yang lambat.

Macam Andrian ni.. Mula-mula kita tengok perkembangan dia macam slow sikit. Salah satu sebab mungkin dia lahir tak matang. Belum sampai masa untuk lahir dah terpaksa keluar tengok dunia. So, kena amek masa adapt semua benda. Tak macam baby yang memang lahir matang.

Andrian tak merangkak. Dia cuma mengensot je. Lama jugak... Masuk umur 11 bulan baru ada keinginan nak bangun berdiri dan cuba-cuba memanjat. Sekarang ni boleh meniti dan berjalan dengan berpaut sebelah tangan. 2, 3 hari lepas dah boleh menapak 2,3 langkah tanpa berpegang apa-apa. Ummi, walid & Ibu happy tengok perkembangan Andrian.

Perasaan seorang mak?? Dah tentu seronok sangat!

Monday 15 August 2016

Menghitung Hari

Berdebar menunggu hari.
Camni rupanya perasaan berdebar menunggu sakit nak bersalin. Ni belum berdebar menahan sakit nak bersalin. Huhuhuhu

Kali ni memang pengalaman baru. Masa anak sulung. Pregnant sehingga tepat 37weeks je.. Pregnant kali ni..(sehingga sekarang) masuk 38weeks. nak tido malam agak susah. Kalau dah duduk nak bangun memang payah. Dah baring lagi la payah nak bangun. Uhuk2..

Perut lebih besar. Tu pon faktor jadi berat segala benda. Peha, pinggang & belakang dah mula sakit2. Dugaan... Harap bertabahlah sehingga bersalin nanti. Harap semua dipermudahkan...

Tolong Doakan!
Thanks!!

Thursday 11 August 2016

Berdikari & 2nd Pregnancy...

Pregnant kali ni memang banyak berdikari. Segalanya buat sendiri. Suami kerja tempat baru. Tak boleh nak teman pegi check up ke ape ke.. check up tak kisah sangat. Sebab dari anak sulung memang suka pegi sendiri. Tapi time check up kat hospital. Tu yang tak syok. Kena cari parking sorang2. Stress... Pastu, seminggu sekali kena handle anak sorang2. huhuhu~

Memang menjadikan diriku supermom!

Takpelah.. Kena kuat demi anak2.

Letih pun tetap pegi keje. Wah.. memang salute dengan diri sendiri kali ni. Tak sangka diusia ni semakin matang ni.. Semakin bertenaga & kurang manja!!

Korang macam mana? Mungkin lebih hebat lagi dugaan korang berbanding saya. ;)

Thursday 4 August 2016

Dugaan di Hari Check Up

4 Ogos 2016

36weeks 1day.

Ikot perkiraan doktor la..

Hari ni check up di Klinik Kesihatan je. (Permatang Badak, Kuantan)
Terkejut. Isnin timbang berat 60.6kg. Khamis dah naik 61.5kg. Wahhhhh... Sekejap je dekat sekilo. Ataupun sebab dah dekat2 sangat nak due date ni.. berat cepat naik. Atau sebab malam tadi makan burger McD??? Erkkkkk.. tetiba teringat Sunday Mango semalam. Tak habis lagi. Balik ni kena ingt makan Sunday Mango!

Lepas balik check up, singgah makan. Of course sorang-sorang la.. Lepas makan kete tak boleh start pulak.. Adehhhh... Dah la suami outstation. Nak tak nak call jugak dia untuk inform. Rupanya bateri dah out! 1st time hadapi situasi ni sorang2. Call adik & abang. Abang datang tolong. Alhamdulillah.. tinggal berdekatan dengan adik beradik ni memang bagus. Sorang ada masalah ramai yang tolong.

Abang datang pick up. Tolong lock semua kete tu. Then pegi pinjam kete adik untuk pegi tempat keje. Sebelum masuk keje, sempat pegi beli bateri baru. RM170! huhuiiii.. Nasib baik la jenis bawak duit lebih. Takde la kes kena pegi bank pulak nak beli bateri kete.. lega.

So, petang ni boleh la buat "mak secara kebetulan". Balik keje amek adik & boleh pegi pos laju. Silap2 boleh pegi beli barang sikit. Ada je nak beli time duit nazak2 ni.. Hihihi

Ha... Pagi tadi pun ada jugak dugaan. Nyaris2 terlanggar kete depan yang sama2 brek mengejut. Tapi kete depan tu memang dasyat. Sampai berasap tayar dia punye brek kete. I ols is ok lagi. Brek sikit je sebab tak bawak laju sangat. Kawasan macam tu memang orang bawak kete macam hampeh. Memang kena hati2. Alhamdulillah. Takde ape berita buruk. Nasib baik lori kat belakang tu pun slow je. Kalau tak... tak tau la apa nasib kami berdua. (bawak anak kecik kat seat belakang) Mujur anak duduk dalam car seat baby. Alhamdulillah..

Monday 1 August 2016

Check Up di O&G HTAA

Alhamdulillah.. Settle check up di HTAA. Kali pertama drive sendiri ke hospital.
Alhamdulillah.. Doktor dan doktor pakar bagi keizinan untuk cuba bersalin normal. Sebab semua ok masa check tadi walaupun polisi HTAA -"boleh bersalin normal selepas bersalin czer lebih 18bulan". Apa pun tadi.. doktor O&G berbincang bersama doktor pakar. Selepas tengok rekod pregnant kali ni. Diorang cakap boleh try bersalin normal. Lagipun takde rasa sakit pada bekas operation yang lama tu.. Cuma risiko tetap ada walaupun apa cara bersalin yang kita pilih. Risiko 0.5% - 1.0% lebih kurang. Macam rendah. Tapi semua tu bergantung pada Allah. Insyaallah. Tadi pun sbebelum doktor pakar buat keputusan, dah doa dalam hati. "Allah sebaik-baik perancang. Apa yang terbaik hanya dari Allah. Aku redha apa pun keputusan kali ni.."

Keputusan check up hari ni:

  • Tekanan darah - OK
  • Berat - OK
  • Kedudukan baby - OK
  • Berat / besar baby - OK
  • Air ketuban - OK
Berharap dapat bersalin normal. Tinggi harapan ni. Sebab baby tak songsang or melintang ke apa kali ni. Harap sakit sendiri sebelum kena paksa bersalin. Semoga Allah makbulkan doa.