Search This Blog

Thursday 16 October 2014

Resepi Ayam Goreng Kunyit feat Halia

Dah lama tak update blog.. tetiba nak bagi resepi pulak...

Okeh, dipendekkan citer.. ni la resepi Ayam Goreng Kunyit featuring Halia. Resepi ni saya belajar dari kakak saya. Tapi dia tak letak sayur warna warni tu.. saya je menambah2..hihi~

Bahan-bahan:
1. Ayam yang telah selamat disembelih 😆
2. Halia
3. Bawang putih
4. Garam
5. Kunyit
6. Bahan perasa tambahan
7. Minyak masak


Cara-cara:
1. Ayam dipotong dadu. Gaulkan dengan kunyit dan garam..


2. Ayam yg dipotong dadu tadi perlu digoreng sehingga masak atau garing. Terpulang pada citarasa masing-masing.


3. Potong halia dan bawang putih. Nampak tak kat situ ade kunyit hidup.. saje je tambah kunyit tu bg kuning sikit... tak nak letak pun takpe.


Nak tambah sikit cili padi pun boleh... pedas2 sikit.

Kacang, pucuk jagung & cili besar.. bahan untuk mewarnai masakan ni... heheh~

4. Tumbuk halia & bawang putih.. kunyit yg comel tu pun tumbuk sekali. Kalau rasa malas, boleh blend je ye... kalau korang nak tambah cili padi, tumbuk jugak sekali.. 


5. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg ditumbuk tadi.. selepas naik bau, boleh masukkan aksesori warna warni pulak ye... kacau2 sikit.. masukkan garam & bahan tambah perisa secukup rasa la ye...


6. Last sekali masukkan ayam goreng tadi & gaul... tadaaaa... dah siap ayam goreng kunyit + halia.. sesuai untuk korang2 yg suka buang angin!


Selamat mencuba!


Nak cuba Mealshake untuk anak2? 
Contact saya..
Ida : 016986286
SID: 999279
Fb: Safa Rida Abu Bakar
Pengedar sah Shaklee di Kuantan ( Kempadang, Pantai Sepat, Taman berjaya Permai, Sg. Soi, Tanjung Lumpur, Sg. Isap )