4 Ogos 2016
36weeks 1day.
Ikot perkiraan doktor la..
Hari ni check up di Klinik Kesihatan je. (Permatang Badak, Kuantan)
Terkejut. Isnin timbang berat 60.6kg. Khamis dah naik 61.5kg. Wahhhhh... Sekejap je dekat sekilo. Ataupun sebab dah dekat2 sangat nak due date ni.. berat cepat naik. Atau sebab malam tadi makan burger McD??? Erkkkkk.. tetiba teringat Sunday Mango semalam. Tak habis lagi. Balik ni kena ingt makan Sunday Mango!
Lepas balik check up, singgah makan. Of course sorang-sorang la.. Lepas makan kete tak boleh start pulak.. Adehhhh... Dah la suami outstation. Nak tak nak call jugak dia untuk inform. Rupanya bateri dah out! 1st time hadapi situasi ni sorang2. Call adik & abang. Abang datang tolong. Alhamdulillah.. tinggal berdekatan dengan adik beradik ni memang bagus. Sorang ada masalah ramai yang tolong.
Abang datang pick up. Tolong lock semua kete tu. Then pegi pinjam kete adik untuk pegi tempat keje. Sebelum masuk keje, sempat pegi beli bateri baru. RM170! huhuiiii.. Nasib baik la jenis bawak duit lebih. Takde la kes kena pegi bank pulak nak beli bateri kete.. lega.
So, petang ni boleh la buat "mak secara kebetulan". Balik keje amek adik & boleh pegi pos laju. Silap2 boleh pegi beli barang sikit. Ada je nak beli time duit nazak2 ni.. Hihihi
Ha... Pagi tadi pun ada jugak dugaan. Nyaris2 terlanggar kete depan yang sama2 brek mengejut. Tapi kete depan tu memang dasyat. Sampai berasap tayar dia punye brek kete. I ols is ok lagi. Brek sikit je sebab tak bawak laju sangat. Kawasan macam tu memang orang bawak kete macam hampeh. Memang kena hati2. Alhamdulillah. Takde ape berita buruk. Nasib baik lori kat belakang tu pun slow je. Kalau tak... tak tau la apa nasib kami berdua. (bawak anak kecik kat seat belakang) Mujur anak duduk dalam car seat baby. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment