Alhamdulillah..
Allah izinkan perasaan redha tu muncul dalam hati ini.
Allah beri rasa sabar dalam setiap apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Allah tolak rasa marah, benci, sakit hati, tak cukup dan macam-macam perasaan negatif dalam diri.
Alhamdulillah.. syukur.. syukur..
Ceritanya.. Sejakaal bulan ni (May 2017), saya mula cuba berubah. Banyak istighfar. Banyak berdoa supaya Allah lembutkan hati sendiri untuk lebih bersyukur dan bersabar dengan segala dugaan. Banyak dengar ceramah2 motivasi keluarga. Alhamdulillah. Segalanya boleh berubah. Allah Maha mendengar. Setiap doa kita adalah permintaan kita. Allah mengasihi kita. Sebab tu Allah beri kita peluang untuk terus bahagia.
Sebelum ni secara jujur. Saya selalu memendam rasa. Selalu rasa tak cukup dalam setiap perbelanjaan rumah, diri sendiri, anak2. Selalu rasa terbeban. Selalu rasa macam suami tak adil. tak nak bagi duit lebih. Selalu rasa tertekan setiap kali nak beli barang.
Tapi.. selepas berfikir positif. Buat bajet belanja. Paling penting selalu fikir, "tak apa lah... ada duit kongsi sama2.. susah senang sama2.." Magic nya.. lepas fikir macam tu.. rasa macam suami sangat pemurah. Ada je benda dia beli untuk saya dan anak2. Selalu bagi duit lebih untuk belanja makan. Dan rasa sentiasa cukup untuk kami anak beranak. Lagi best suami semakin rajin tolong cuci pinggan, jaga anak... Alhamdulillah...
Paling penting rasa happy je sekarang ni.. Dah takde stress2 lagi. Hidup semakin ceria gitu!
No comments:
Post a Comment