Hari ni check up Andrian 1 tahun 9 bulan. Alhamdulillah semua normal. Cuma Andrian punya suhu badan berhaba. Nurse ingat demam. Tapi sebenarnya budak2 ni memang jenis badan berhaba. Panas. Walaupun tak demam.
Dapat ubat cacing sebotol. Tapi bagi kemudian2 la.. Tunggu dia sihat betul. Selsema ada lagi tu sikit-sikit. Aidan pun semakin sihat. Tidur pun lena semacam je... Bangun awal. Berak pagi2. Semakin sihat la tu. Risau pulak sebab banyak kes budak2 batuk selsema kena jangkitan kuman. Insyaallah lepas ni kita makan vitamin ye anak2.. Cuma korang ni leceh sikit nak bagi makan vitamin. Benda tak berkhasiat kemain lagi berkenan nak makan. Geram!
Mula-mula sampai. Behave. anak sapa la baik je ni.. |
Adrian Jazli 1 tahun 9 Bulan |
No comments:
Post a Comment