Search This Blog

Saturday, 19 December 2015

Cara Mendapat Berat & Bentuk Badan Ideal

Badan yang berubah saiz memang buat kita rasa down. Bagi saya la. Memang stress tengok orang lain makan banyak tapi badan maintain je. Kurus. Slim melim. Hooiiii kau bela hantu raya ke?? Kata hati yang jahat. [sebenarnya lebih kepada cemburu dan hasad dengki] hohohoho~~

Jom kita terjah CARA MENDAPATKAN BERAT & BENTUK BADAN YANG IDEAL..

Fiuuuewww fiuuuewww... Tiup sikit.

Mula-mula kita kena kenalpasti masalah kita. Tanya diri...

"KENAPA SUSAH NAK TURUNKAN BERAT BADAN?"
"APA YANG KITA MAKAN SETIAP HARI?" -senaraikan apa yang kita makan setiap hari-
"BERAPA KALI BUAT SENAMAN DALAM SEMINGGU?"
"ADAKAH AKU KONSISTEN?"

Dan banyak lagi soalan yang boleh kita tanya. Cubala senaraikan.

Kita boleh keluarkan baju-baju dan seluar-seluar lama di zaman kurus, comey lotey kite. Try masuk. Silap-silap sebelah kaki pun tak boleh masuk kat seluar tu.. wakakaka!! Fikir..Untuk menyahut seruan menteri-menteri yang nak kite berjimat. Maka kite perlu kurus untuk membolehkan kite pakai semula pakaian lama. Kan jimat. tak payah beli baju baru. Semangat!

Berbalik pada soalan pertama. Kenapa ye? Adakah sebab cara hidup kita yang sibuk? atau kita memang jenis susah nak berhenti makan. Tak menyahut, "Makan setelah lapar, berhenti makan sebelum kenyang." Jadi, kita perlu tukar habit buruk. Sekali sekala boleh la duduk sejam kat meja makan. tapi kalau setiap hari? Memang tak boleh tolong hokeh!

Soalan ke-2. Senaraikan makanan setiap hari. Kalau dalam senarai tu banyak sangat makanan berlemak dan makanan segera. AWAS! Perlu tukar diet harian. Lebihkan sayur. Kurangkan makanan berlemak dan bergoreng. Banyakkan makanan rebus, stim dan sebagainya. Boleh Google resepi makanan sihat.

Ke-3. Senaman. Ye... Ini sangat perlu untuk kite-kite yang nak turunkan berat dan nak badan cantik macam JLo atau KimK.. Ehhh.. hihihi~~ Apa senaman yang selalu kite buat. Joging? Jalan laju? Jalan kaki 1000 langkah? Zumba? Ye.. saya pilih ZUMBA! Ini cara paling efektif bagi saya. 15minit menari Zumba boleh keluarkan peluh yang banyak. Seminggu 2 atau 3 sesi Zumba dah cukup.

Ke-4. Konsisten. Betapa pentingnya konsisten. Sebab kalau buat sesuatu tak konsisten, susah nak dapat hasil yang baik. Seperti tidak bersungguh-sungguh kata ko. Yang penting jangan berhenti berusaha. Contoh kalau bersenam. Jangan buat separuh jalan. Bersenam hari ni bukan boleh kurus terus hokeh! ko hengat lemak tu senang ke nak cair?

Maaf cakap la ye.. Kalau kita guna apa-apa produk pun, belum tentu berkesan kalau kita tak konsisten. Ingat tau!

Usaha saya yang nak jimat tapi nak dapatkan berat yang ideal. Saya amalkan makan ini:

  • ESP Shaklee
  • Herb-lax Shaklee
  • Omegaguard Shaklee
Extra : Senaman 2 atau 3 kali seminggu.

Sesuai untuk mereka yang inginkan bentuk badan ideal sesuai dengan usia dan tinggi.

See ya!

Nota: Saya Pengedar Shaklee Kuantan dan Bera. Whatsapp: 0169868286

Wednesday, 2 December 2015

Review: Produk Terbaik Semasa Berpantang || Jamu Jalinan Cinta

Pengalaman berpantang selepas bersalin adalah pengalaman baru bagi saya. Ye la kan... first time! First time bersalin takkan lah dah 5 kali berpantang pulak kan?? kui kui kui~~

Sebulan pertama saya berpantang kat rumah mak mertua. Hanya baring-baring. Hari-hari makan ikan bakar, nasi putih dan serbuk lada hitam. Selepas 2 minggu baru ada sayur rebus. Lepas tu tambah pulak menu sup ikan haruan dan ikan haruan bakar. Baru la seronok sikit time makan.

Bersalin caeser (secara pembedahan) ni berbeza dengan mereka yang bersalin secara normal. Kita tak boleh nak urut bahagian perut untuk mengeluarkan darah-darah kotor. Maka, darah kotor yang keluar tak lancar. Selepas 30 hari berpantang, saya mula makan

Jamu Jalinan Cinta JSD.

Tujuannya untuk:
  • Mengecutkan rahim
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Memanaskan rahim bagi mengelakkan darah beku
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka bersalin
  • Membuang angin dalam badan
Kenapa saya makan selepas sebulan berpantang?
Sebenarnya tak kisah nak makan bila-bila. Seawal 2 minggu lepas bersalin pun boleh. Tapi kena tengok kondisi anak kita jugak. Kalau anak tak tahan panas dan ada penyakit kuning selepas dilahirkan. Lebih baik tunggu sehingga sebulan.

Hasilnya, darah kotor keluar dengan sangat lancar. Orang cakap darah bantal sebab struktur darah yang keluar tu berketul dan warna merah gelap. Alhamdulillah.. keluar semua dengan lancar tanpa rasa sakit.

Badan pun rasa ringan dan bertenaga walaupun kerap bangun malam untuk susukan anak. Ditambah lagi tak berurut langsung. Alhamdulillah.. takde masalah lain sepanjang tempoh berpantang. Cuma luka pembedahan perlu dijaga dengan baik. Perlu jaga kebersihan disekitar luka untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Alhamdulillah.. dapat melepasi tempoh berpantang dengan jayanya.

Monday, 30 November 2015

Pengalaman Bersalin

Sejak mengandung 7 bulan lagi memang kena selalu ulang alik klinik kesihatan untuk check up baby & mak baby. Memang penat sebab balik check up terus pergi kerja  pulak. Tapi demi anak mak relakan. [Dah macam tajuk drama je..]

21.08.2015

Tepat-tepat masuk 37minggu.. Darah tiba-tiba naik mengejut. Hari kejadian, saya pergi check up macam biasa kat klinik kesihatan Kempadang. Sampai giliran. Nurse bertugas terkejut sebab check je tekanan darah.. mencanak-canak naik. 150/100. Tinggi okeh. Ditambah pulak masa check air kencing sebelum tu dikatanya air kencing kita kotor! Air kencing memang la najis, hokeh! Then dia suruh rehat sekejap. Pastu amek lagi tekanan darah. Yang ni mak rasa macam alat tu rosak je!! Sebab second time check lepas berehat... 160/110. Kan gile tu!! Sepatutnya dah rehat makin turun.

Terus nurse call doktor. Doktor di klinik kesihatan Jalan Gambut. Doktor suruh pergi sana untuk dia check. Berangkat la ke sana dengan 2 orang nurse. Saya cuba slow talk untuk mintak pegi makan sebab lapar pulak rasa sebab pagi tu minum susu je sebelum pegi klinik. tapi... haramm! tak dapek!!

Sampai kat klinik kesihatan Jalan Gambut, doktor bagi ubat untuk turunkan tekanan darah.. tapi darah cuma turun 140/90. Masih tahap tinggi. Doktor bincang-bincang... Lepas tu refer kat doktor Hospital Kuantan (HTAA). Kena bawa ke bahagian kecemasan kat sana sebab dikira sebagai kes berisiko. Uhuks! Lapar okeh masa tu.

Sebelum kena bawak naik ambulance, kena cucuk ubat darah tinggi kat punggung. dua-dua belah. Sakit gilos!! Sekejap je naik ambulance dah sampai hospital. Sepanjang jalan tu dok whatsapp incik husband. Dia terkejut gile ah.. Tetiba je kena pergi hospital pulak. Memang terus kena sorong ke wad bersalin kecemasan.

Mula-mula cuma warded je.. Dengan harapan boleh balik makan nasi beriani. Huwaa.. harapan tinggal harapan. hampeh. Tak dapek hokeh! Darah memang tak turun-turun jugak. Pukul 11.45 pagi masuk wad. Doktor sakit puan datang check. termasuk check bukaan. kot-kot ade bukaan tapi taknak mengaku sakit. memang tak sakit la.. Memang takde bukaan. Sakit saje kena seluk. huhuhu..

Pukul 12.30 doktor pakar datang. Buat kira-kira dan check baby. Baby ok.. Mak dia je tak ok-ok. Makanya doktor pakar decide untuk buat operation pukul 3.30petang. Tu pun setelah dia kira berapa jam tak makan. Untuk buat operation bersalin, kena berpuasa 8jam. Sebelum tu dia kira berapa umur baby dalam perut. Ikut kata doktor pakar, baby dah masuk 37minggu. Paru-paru dah matang. Dah boleh lahir.

Hati mula tak tenang. Doktor-doktor dan nurse yang datang check semua suruh rest dan tidur sementara tunggu nak operation. Tapi.. tak boleh nak tidur. Sampai la pukul 3petang. Datang segerombolan (nurse dan doktor) penuh keliling katil. Ada yang amek tekanan darah. Ade yang amek darah. Prosedur kena bukak semua baju kain bagai. Pastu pakai baju bilik bedah je. Nurse pasangkan tiub untuk air kencing. Alhamdulillah semua mudah. Tak sakit. Tak boleh ade bendasing langsung ikut masuk bilik bedah. Rantai, anting-anting, getah ikat rambut.. semua kena cabut. Sebelum di tolak ke bilik bedah, kena minum sejenis cecair untuk elak muntah. sejuk semacam.. Ape-ape je la.. asalkan selamat. Sign surat untuk dibedah, kena sign sendiri. Tanggung risiko sendiri.Sempat salam suami mintak maaf dalam keadaan blur... dua-dua masih blur.

Sampai kat pintu masuk bilik bedah, doktor pakar bius dah tunggu. suruh sign document untuk bius separuh badan. menggigil tangan sign surat. Sebenarnya memang dah start menggigil masa doktor dan nurse datang ramai-ramai nak bawak ke bilik bedah tu lagi. Menggelatar lutut, gigi semua ade la! Alhamdulillah... semua yang bekerja petang tu sangat-sangat baik dan professional. Mungkin lepas rehat lama. Hari Jumaat la katakan. Doktor bius pun masih berbaju melayu dan sampin lagi ko! Smart! Hahaha.. sempat lagi tu.

Di sorong masuk bilik bedah lepas tu kena angkat atas katil bedah. Katil tu kecik giler kot! risau tergolek je. Nasib la saya ni tak berapa besar. Muat-muat je. Air dah pasang masa kat wad. Kat bilik bedah diorang pasang alat tekanan darah. Pastu suruh bangun peluk bantal untuk cucuk ubat bius. 2 orang nurse tolong pegang belakang. Doktor suruh baca bismillah, selawat dan mengucap kalimah Syahadah. Alhamdulillah.. Tak sakit. Kebanyakan pengalaman orang lain cakap sakit. Alhamdulillah.. Syukur... Cuma memang rasa ubat tu cepat masuk. Masa doktor cucuk tu rasa sebelah kaki kebas. Tak sampai 2minit rasa lagi sebelah kaki kebas.

Lepas tu baring semula. Tengok Jam kat dinding bilik bedah tu dah pukul 3.45petang. 15minit procedure cucuk-cucuk semua tu. Eh.. macam mana boleh clear mata ni?? Boleh nampak jam kat dinding pukul berapa. Biar betul! Tu la yang saya rasa. Saya ni rabun jauh. Biasa dengan jarak yang sama memang tak nampak langsung. Tapi hari tu Allah bagi saya nampak jam pukul berapa.

Doktor pakar bius tanya saya. Rasa lagi tak kaki? Dengan yakin saya cakap rasa. Dia suruh angkat kaki kiri dan kanan. Saya cakap boleh. Entah terangkat ke tak tak tau la...
Doktor tu cakap,"Sakit tak kat perut?" Masa tu memang rasa macam pedih-pedih sikit kat perut. Saya jawab la rasa pedih-pedih je kt perut. Doktor tu cucuk pulak bahu dengan jarum. Dia cakap, "Rasa macam ni ke?" Ye.. tepat sekali.. Pastu doktor tu cubit pulak bahu.. Sakit hoiii.. Sentap mak! Hahaha.. Doktor tanya, " Sakit kat perut macam kena cubit ni tak?" Jawapannya tak. Doktor bius tu terus cakap ok.. teruskan kat doktor bedah. Eh.. bila masa ada doktor bedah ni? Tak perasan pulak. Rupanya memang diorang dah start pun. Patutla bau hangit-hangit je.. Doktor bius pesan.. nanti mungkin sakit sikit masa diorang nak keluarkan baby. Sebab diorg akan tekan perut. Perut tak bius. Pinggang ke bawah je. Masa tu rasa sejuk yang teramat sangat. Siap mengadu kat doktor tu.. Doktor.. saya sejuk sangat la... Nurse tambah selimut atas dada. Pastu letak pemanas. Lega... Doktor cakap.. awak boleh tidur ataupun buat la ape yang rasa nak buat. Takkan nak mengait bunga pulak kan.. Doktor suruh banyak-banyak berzikir. Banyak-banyak berdoa. Mengucap, berselawat...

Alhamdulillah.. pukul 3.56petang. Dah dengar baby menangis. Menjerit-jerit tu.. Kelam kabut nurse bawak pergi cuci. Alhamdulillah.. Baby boy berat 2.515kg datang tengok mak dia yang tengah kena jahit perut ni.. Nurse bagi cium baby dan pujuk baby bagi diam. Menangis kuat sangat. Marah kot sebab tengah selesa dalam perut ummi dia.

Selesai semua dalam pukul 4.30petang.

Di tolak ke wad. Suami ade tunggu kat luar menyambut bini dan anak dia. Dia la yang sama-sama dengan nurse tolak katil ke wad.

Alhamdulillah....

Ahmad Andrian Jazli Bin Mohd Fazli
Day 1
2.515kg

Menguap. Huarghhhh!


Tuesday, 3 November 2015

Tanda-tanda Awal Mengandung

Tanda-tanda pregnant yang saya rasa:

1. Pelahap - sebelum ni pelahap jugak..tapi takde la sampai tak sempat nak pelawa orang lain makan.. ni tahap pelahap paling maximum. Orang lain baru nak mintak sikit tengok2 dah licin..

2. Pening & muntah - pening berpusing-pusing sampai baring pon rasa pening. Muntah. Tak bole bangun sebab pening sesangat!

3. Badan panas - suhu badan meningkat sikit. Doc ckp mcm early stage untuk demam.

4. Bulu tumbuh subur - segala jenis bulu tumbuh subur.. tetiba bole ade bulu kt jari. Sebelum ni takde.. bulu ketiak cepat panjang. Baru je semalam cabut..ari ni ade lagi yg tumbuh.. giler ah! Rambut terasa lembut & subur serta mengurai terbuai-buai bila ditiup angin. Melebih hokeh!

5. Sakit breast - puting pon asyik tegang je..breast sakit dan berat. Ari-ari pun sakit macam nak period. Tapi tak period pun..

6. Mengidam nak makan sup tulang.

7. Period lewat seminggu lebih... then check upt positif..

Thursday, 8 October 2015

Cerita 9 Bulan :: Part 2

Sambungan....

14.01.2015

Lepas dah confirm check UPT.. Petang tu husband ajak pegi klinik untuk sahkan lagi betul ke tak pregnantnya.. punya lah excited kan.. tapi takut-takut.. sebab tu nak jugak confirm kat klinik.

Petang tu selepas balik kerja, kami ke klinik  Al-Farabi (Kuantan) untuk scan. lepas tunggu turn.. sampailah masa kami.. hihihi~~ Kelakar sebab doktor ingatnak scan baby mestilah perut besar. Sekali yang masuk slim-melim gitu! (masa tu slim la...huahuahua)

Doktor pun tanya ala kadar., pastu keluarkan benda bulat (kalendar untuk tentukan berapa minggu kandungan tu.. tak tau nama apa benda tu) Kira-kira.... doktor cakap 5 minggu 5 hari. Pastu scan... Hasilnya nampak la kantung kecik bulat comel... Alhamdulillah... Husband dengan muka sangat teruja depan doktor tu.. sampai tergelak doktor tu. Nasib la doktor tua sikit.. Memahami jiwa bakal ayah dan ibu yang sangat excited.. kih3..

06.02.2015

Buat buku pink! Buat kat klinik beserah (Kuantan) seperti permintaan incik abang. Macam-macam la dia tu.. follow je. Makin teruk rasa alahan tu.. tapi i ols chill je.. hahaha.. enjoy this moment kate ko!

24.02.2015

12 minggu (3 bulan) seperti kiraan doktor. Perut dah nampak sikit. Minggu ni scan baby di klinik. Dah nampak baby! Excited!! Kali ni dah nampak bentuk baby. dah ada kepala, tangan, kaki, tali pusat, badan... lengkap la semua. happy macam nak nangis!

29.05.2015

Sekejap je masa berlalu. Dah masuk 25minggu (6 bulan). Time ni kena cucuk kancing gigi kali pertama.. Ok.. takde la sakit sangat. biasa je.. Cuma lenguh2 tangan je. Baby pun sihat je... Tendang2 macam biasa. Alhamdulillah..

12.06.2015

Mak Pak dah excited nak scan baby. Pegi la merayau ke Klinik W.Y.Ko. Time turn untuk scan tu... Baby tido pulak. Sabar je la Mak Pak & Doktor. Kejut-kejut baby memang tak nak bangun. Dapat tengok sipi-sipi je la.. Boleh la daripada takde. Scan 4D & 2D. Nampak jantina. Its a Boyyyyy!

Paknye memang happy terlajak la! Memang nak sangat anak lelaki katanye....

16.06.2015

First time kena minum air gula... Huwaaa! Tak sedap hokeh!. Berat naik banyak sangat sepanjang pregnant ni. Terpaksa hadap air gula tu. Lagi tak best bila result fail.. huwaaaaaa!!! Dah sangkut tu kena la buat BSP 2minggu sekali. Nasib baik tahap rendah je.. Kena control diet je..

Alhamdulillah bulan puasa ok je.. Cuma ade la jugak rasa lapar yang melampau sampai kena buka puasa. Sikit je... Total ponteng puasa 5hari je.. kikiki~~

28.06.2015

Hari malang di bulan puasa. Tergelincir kat depan pintu bilik air di rumah mertua.. wakakakaka.. sakit kaki I hokeh! Alhamdulillah.. baby kuat. Takde pape pon. Maintain je.. baby memang aktif.

Minggu ni minggu ke-29. Start kira gerakan baby. Alhamdulillah... baby memang ok je gerak.

06.07.2015

Minggu ni baby mula suka mengeras. Sakit jugak. terutama time nak tido. Ada suami yang baik tolong picitkan bila kaki krem ataupon perut mengeras dan badan berangin.. Alhamdulillah.

08.07.2015

Hari ni 30 minggu 4 hari. Time untuk scan baby. Baby menyongsang. Kepala kat atas kaki kat bawah. Hokeh.. Patutla sakit lain macam kat bahagian atas perut tu.. Selalu rasa senak je...

25.07.2015

Shopping barang baby untuk kali ke-2. Semua barang dah ada.. dah boleh pack untuk bawak pegi hospital.

Kaki bengkak.. kadang-kadang naik gatal-gatal kat jari tangan dan kaki..

13.08.2015

Scan baby 36 weeks. Doktor anggarkan size baby 2.2kg je.. Kecik dari umur. Risau jugak.. Sampai kena refer hospital. Darah pulak tak stabil.. Naik turun. Kena monitor tekanan darah pulak sekarang ni...

19.08.2015

Scan baby kat hospital (HTAA). Baby still melintang. Berat baby 2.5kg. Ok.. Cuma masalah baby melintang tu belum settle. Doktor bagi next appointment untuk tengok baby dah pusing ke belum. Kalau baby masih melintang.. doktor akan bagi tarikh untuk czer je.. masih berharap baby akan balik keadaan normal.

21.08.2015

Tak sempat tunggu next appointment.. Baby dah selamat lahir....

Alhamdulillah....

Bersambung dengan pengalaman bersalin pulak ye.....



Sunday, 6 September 2015

Cerita 9 Bulan :: Part 1

Last entry tahun lepas bulan 12.. almost 9 bulan berlalu. Hehe~~

Ye.. takde sape tanya tapi nak cite jugak kat blog tak seberapa ni. Nak jugak tinggal kenangan kat sini. Ceeewahh!

Bulan Januari. Anniversary ke-2 kami suami isteri. Hadiah paling berharga adalah....
Yesss.. i'm pregnant!! Memang tak sangka langsung. Biasa tertunggu-tunggu nak check upt. Tapi kali ni macam malas-malas je nak check. 

Malam sebelum peristiwa check upt tu... i ols dengan rajinnya buat lempeng pisang. Nak dijadikan cite. Pisang tu daripada pokok belakang rumah. Peram kat tepi dapur. Kebetulan musim tikus masuk umah. Pisang tu separuh tandan dah kena makan tikus. Tapi sebab sayang sangat dengan pisang tu.. ( i ols suka pisang!) Amek jugak yang selamat tu untuk buat lempeng. Sedap! Tambah pulak adik i rajin wat teh O panas. Lagi ngam makan dengan lempeng pisang. Fuhhh.. ohsem!!

Esoknya kat ofis. Tengah buat keje tetiba rasa macam pening-pening lalat je... ok.. takpe. Relax je. Buat lagi keje. Tapi sampai 1 tahap rasa macam pening nak muntah je. Nasib sempat pegi toilet. Termuntah-muntah kat situ. Gile lah!

Tengah hari tu balik rumah terus. Call husband suruh amek sebab tak larat sangat. Pening kepala berpusing-pusing. Balik rumah pun terus baring je. Tak boleh bangun langsung. Tidur sampai petang.

Dalam hati cuma ingat kena penyakit kencing tikus je sebab semalam makan pisang yang berebut dengan tikus. Terus search kat internet pasal simptom penyakit kencing tikus. Ni lagi 1 keje gile. Hahaha~~

Bangun tidur tu terus whatsapp abang yang sama-sama join makan lempeng pisang. Dia cakap dia ok je. Takde muntah pun... aikkk.. pelik!

Ok.. malam tu bincang-bincang untuk check upt esok pagi. Pagi tu.. sebelum solat subuh check la.. memang cepat je naik double line tu. Perghhhh! Macam mimpi hokeh!! Tak penah dapat double line masa rajin nak check upt dulu... nangis! Terus pegi tunjuk kat husband yang tengah mamai baru bangun tido. Sama-sama nangis! Syukur... Alhamdulillah...

Bersambung... 
Penat pulak menaip kat fon ni.. suh husband amek laptop kat umah sewa dia asyik lupa je... geram! (Tapi sayang! Auww!) Haha