Search This Blog

Monday, 30 November 2015

Pengalaman Bersalin

Sejak mengandung 7 bulan lagi memang kena selalu ulang alik klinik kesihatan untuk check up baby & mak baby. Memang penat sebab balik check up terus pergi kerja  pulak. Tapi demi anak mak relakan. [Dah macam tajuk drama je..]

21.08.2015

Tepat-tepat masuk 37minggu.. Darah tiba-tiba naik mengejut. Hari kejadian, saya pergi check up macam biasa kat klinik kesihatan Kempadang. Sampai giliran. Nurse bertugas terkejut sebab check je tekanan darah.. mencanak-canak naik. 150/100. Tinggi okeh. Ditambah pulak masa check air kencing sebelum tu dikatanya air kencing kita kotor! Air kencing memang la najis, hokeh! Then dia suruh rehat sekejap. Pastu amek lagi tekanan darah. Yang ni mak rasa macam alat tu rosak je!! Sebab second time check lepas berehat... 160/110. Kan gile tu!! Sepatutnya dah rehat makin turun.

Terus nurse call doktor. Doktor di klinik kesihatan Jalan Gambut. Doktor suruh pergi sana untuk dia check. Berangkat la ke sana dengan 2 orang nurse. Saya cuba slow talk untuk mintak pegi makan sebab lapar pulak rasa sebab pagi tu minum susu je sebelum pegi klinik. tapi... haramm! tak dapek!!

Sampai kat klinik kesihatan Jalan Gambut, doktor bagi ubat untuk turunkan tekanan darah.. tapi darah cuma turun 140/90. Masih tahap tinggi. Doktor bincang-bincang... Lepas tu refer kat doktor Hospital Kuantan (HTAA). Kena bawa ke bahagian kecemasan kat sana sebab dikira sebagai kes berisiko. Uhuks! Lapar okeh masa tu.

Sebelum kena bawak naik ambulance, kena cucuk ubat darah tinggi kat punggung. dua-dua belah. Sakit gilos!! Sekejap je naik ambulance dah sampai hospital. Sepanjang jalan tu dok whatsapp incik husband. Dia terkejut gile ah.. Tetiba je kena pergi hospital pulak. Memang terus kena sorong ke wad bersalin kecemasan.

Mula-mula cuma warded je.. Dengan harapan boleh balik makan nasi beriani. Huwaa.. harapan tinggal harapan. hampeh. Tak dapek hokeh! Darah memang tak turun-turun jugak. Pukul 11.45 pagi masuk wad. Doktor sakit puan datang check. termasuk check bukaan. kot-kot ade bukaan tapi taknak mengaku sakit. memang tak sakit la.. Memang takde bukaan. Sakit saje kena seluk. huhuhu..

Pukul 12.30 doktor pakar datang. Buat kira-kira dan check baby. Baby ok.. Mak dia je tak ok-ok. Makanya doktor pakar decide untuk buat operation pukul 3.30petang. Tu pun setelah dia kira berapa jam tak makan. Untuk buat operation bersalin, kena berpuasa 8jam. Sebelum tu dia kira berapa umur baby dalam perut. Ikut kata doktor pakar, baby dah masuk 37minggu. Paru-paru dah matang. Dah boleh lahir.

Hati mula tak tenang. Doktor-doktor dan nurse yang datang check semua suruh rest dan tidur sementara tunggu nak operation. Tapi.. tak boleh nak tidur. Sampai la pukul 3petang. Datang segerombolan (nurse dan doktor) penuh keliling katil. Ada yang amek tekanan darah. Ade yang amek darah. Prosedur kena bukak semua baju kain bagai. Pastu pakai baju bilik bedah je. Nurse pasangkan tiub untuk air kencing. Alhamdulillah semua mudah. Tak sakit. Tak boleh ade bendasing langsung ikut masuk bilik bedah. Rantai, anting-anting, getah ikat rambut.. semua kena cabut. Sebelum di tolak ke bilik bedah, kena minum sejenis cecair untuk elak muntah. sejuk semacam.. Ape-ape je la.. asalkan selamat. Sign surat untuk dibedah, kena sign sendiri. Tanggung risiko sendiri.Sempat salam suami mintak maaf dalam keadaan blur... dua-dua masih blur.

Sampai kat pintu masuk bilik bedah, doktor pakar bius dah tunggu. suruh sign document untuk bius separuh badan. menggigil tangan sign surat. Sebenarnya memang dah start menggigil masa doktor dan nurse datang ramai-ramai nak bawak ke bilik bedah tu lagi. Menggelatar lutut, gigi semua ade la! Alhamdulillah... semua yang bekerja petang tu sangat-sangat baik dan professional. Mungkin lepas rehat lama. Hari Jumaat la katakan. Doktor bius pun masih berbaju melayu dan sampin lagi ko! Smart! Hahaha.. sempat lagi tu.

Di sorong masuk bilik bedah lepas tu kena angkat atas katil bedah. Katil tu kecik giler kot! risau tergolek je. Nasib la saya ni tak berapa besar. Muat-muat je. Air dah pasang masa kat wad. Kat bilik bedah diorang pasang alat tekanan darah. Pastu suruh bangun peluk bantal untuk cucuk ubat bius. 2 orang nurse tolong pegang belakang. Doktor suruh baca bismillah, selawat dan mengucap kalimah Syahadah. Alhamdulillah.. Tak sakit. Kebanyakan pengalaman orang lain cakap sakit. Alhamdulillah.. Syukur... Cuma memang rasa ubat tu cepat masuk. Masa doktor cucuk tu rasa sebelah kaki kebas. Tak sampai 2minit rasa lagi sebelah kaki kebas.

Lepas tu baring semula. Tengok Jam kat dinding bilik bedah tu dah pukul 3.45petang. 15minit procedure cucuk-cucuk semua tu. Eh.. macam mana boleh clear mata ni?? Boleh nampak jam kat dinding pukul berapa. Biar betul! Tu la yang saya rasa. Saya ni rabun jauh. Biasa dengan jarak yang sama memang tak nampak langsung. Tapi hari tu Allah bagi saya nampak jam pukul berapa.

Doktor pakar bius tanya saya. Rasa lagi tak kaki? Dengan yakin saya cakap rasa. Dia suruh angkat kaki kiri dan kanan. Saya cakap boleh. Entah terangkat ke tak tak tau la...
Doktor tu cakap,"Sakit tak kat perut?" Masa tu memang rasa macam pedih-pedih sikit kat perut. Saya jawab la rasa pedih-pedih je kt perut. Doktor tu cucuk pulak bahu dengan jarum. Dia cakap, "Rasa macam ni ke?" Ye.. tepat sekali.. Pastu doktor tu cubit pulak bahu.. Sakit hoiii.. Sentap mak! Hahaha.. Doktor tanya, " Sakit kat perut macam kena cubit ni tak?" Jawapannya tak. Doktor bius tu terus cakap ok.. teruskan kat doktor bedah. Eh.. bila masa ada doktor bedah ni? Tak perasan pulak. Rupanya memang diorang dah start pun. Patutla bau hangit-hangit je.. Doktor bius pesan.. nanti mungkin sakit sikit masa diorang nak keluarkan baby. Sebab diorg akan tekan perut. Perut tak bius. Pinggang ke bawah je. Masa tu rasa sejuk yang teramat sangat. Siap mengadu kat doktor tu.. Doktor.. saya sejuk sangat la... Nurse tambah selimut atas dada. Pastu letak pemanas. Lega... Doktor cakap.. awak boleh tidur ataupun buat la ape yang rasa nak buat. Takkan nak mengait bunga pulak kan.. Doktor suruh banyak-banyak berzikir. Banyak-banyak berdoa. Mengucap, berselawat...

Alhamdulillah.. pukul 3.56petang. Dah dengar baby menangis. Menjerit-jerit tu.. Kelam kabut nurse bawak pergi cuci. Alhamdulillah.. Baby boy berat 2.515kg datang tengok mak dia yang tengah kena jahit perut ni.. Nurse bagi cium baby dan pujuk baby bagi diam. Menangis kuat sangat. Marah kot sebab tengah selesa dalam perut ummi dia.

Selesai semua dalam pukul 4.30petang.

Di tolak ke wad. Suami ade tunggu kat luar menyambut bini dan anak dia. Dia la yang sama-sama dengan nurse tolak katil ke wad.

Alhamdulillah....

Ahmad Andrian Jazli Bin Mohd Fazli
Day 1
2.515kg

Menguap. Huarghhhh!


No comments:

Post a Comment