Sambungan....
14.01.2015
Lepas dah confirm check UPT.. Petang tu husband ajak pegi klinik untuk sahkan lagi betul ke tak pregnantnya.. punya lah excited kan.. tapi takut-takut.. sebab tu nak jugak confirm kat klinik.
Petang tu selepas balik kerja, kami ke klinik Al-Farabi (Kuantan) untuk scan. lepas tunggu turn.. sampailah masa kami.. hihihi~~ Kelakar sebab doktor ingatnak scan baby mestilah perut besar. Sekali yang masuk slim-melim gitu! (masa tu slim la...huahuahua)
Doktor pun tanya ala kadar., pastu keluarkan benda bulat (kalendar untuk tentukan berapa minggu kandungan tu.. tak tau nama apa benda tu) Kira-kira.... doktor cakap 5 minggu 5 hari. Pastu scan... Hasilnya nampak la kantung kecik bulat comel... Alhamdulillah... Husband dengan muka sangat teruja depan doktor tu.. sampai tergelak doktor tu. Nasib la doktor tua sikit.. Memahami jiwa bakal ayah dan ibu yang sangat excited.. kih3..
06.02.2015
Buat buku pink! Buat kat klinik beserah (Kuantan) seperti permintaan incik abang. Macam-macam la dia tu.. follow je. Makin teruk rasa alahan tu.. tapi i ols chill je.. hahaha.. enjoy this moment kate ko!
24.02.2015
12 minggu (3 bulan) seperti kiraan doktor. Perut dah nampak sikit. Minggu ni scan baby di klinik. Dah nampak baby! Excited!! Kali ni dah nampak bentuk baby. dah ada kepala, tangan, kaki, tali pusat, badan... lengkap la semua. happy macam nak nangis!
29.05.2015
Sekejap je masa berlalu. Dah masuk 25minggu (6 bulan). Time ni kena cucuk kancing gigi kali pertama.. Ok.. takde la sakit sangat. biasa je.. Cuma lenguh2 tangan je. Baby pun sihat je... Tendang2 macam biasa. Alhamdulillah..
12.06.2015
Mak Pak dah excited nak scan baby. Pegi la merayau ke Klinik W.Y.Ko. Time turn untuk scan tu... Baby tido pulak. Sabar je la Mak Pak & Doktor. Kejut-kejut baby memang tak nak bangun. Dapat tengok sipi-sipi je la.. Boleh la daripada takde. Scan 4D & 2D. Nampak jantina. Its a Boyyyyy!
Paknye memang happy terlajak la! Memang nak sangat anak lelaki katanye....
16.06.2015
First time kena minum air gula... Huwaaa! Tak sedap hokeh!. Berat naik banyak sangat sepanjang pregnant ni. Terpaksa hadap air gula tu. Lagi tak best bila result fail.. huwaaaaaa!!! Dah sangkut tu kena la buat BSP 2minggu sekali. Nasib baik tahap rendah je.. Kena control diet je..
Alhamdulillah bulan puasa ok je.. Cuma ade la jugak rasa lapar yang melampau sampai kena buka puasa. Sikit je... Total ponteng puasa 5hari je.. kikiki~~
28.06.2015
Hari malang di bulan puasa. Tergelincir kat depan pintu bilik air di rumah mertua.. wakakakaka.. sakit kaki I hokeh! Alhamdulillah.. baby kuat. Takde pape pon. Maintain je.. baby memang aktif.
Minggu ni minggu ke-29. Start kira gerakan baby. Alhamdulillah... baby memang ok je gerak.
06.07.2015
Minggu ni baby mula suka mengeras. Sakit jugak. terutama time nak tido. Ada suami yang baik tolong picitkan bila kaki krem ataupon perut mengeras dan badan berangin.. Alhamdulillah.
08.07.2015
Hari ni 30 minggu 4 hari. Time untuk scan baby. Baby menyongsang. Kepala kat atas kaki kat bawah. Hokeh.. Patutla sakit lain macam kat bahagian atas perut tu.. Selalu rasa senak je...
25.07.2015
Shopping barang baby untuk kali ke-2. Semua barang dah ada.. dah boleh pack untuk bawak pegi hospital.
Kaki bengkak.. kadang-kadang naik gatal-gatal kat jari tangan dan kaki..
13.08.2015
Scan baby 36 weeks. Doktor anggarkan size baby 2.2kg je.. Kecik dari umur. Risau jugak.. Sampai kena refer hospital. Darah pulak tak stabil.. Naik turun. Kena monitor tekanan darah pulak sekarang ni...
19.08.2015
Scan baby kat hospital (HTAA). Baby still melintang. Berat baby 2.5kg. Ok.. Cuma masalah baby melintang tu belum settle. Doktor bagi next appointment untuk tengok baby dah pusing ke belum. Kalau baby masih melintang.. doktor akan bagi tarikh untuk czer je.. masih berharap baby akan balik keadaan normal.
21.08.2015
Tak sempat tunggu next appointment.. Baby dah selamat lahir....
Alhamdulillah....
Bersambung dengan pengalaman bersalin pulak ye.....
No comments:
Post a Comment