Search This Blog

Wednesday, 24 July 2013

Usaha dan Tawakal.....

Hari ni nak kata happy takde la sangat...nak kata sedih pon tak jugak. Biasa-biasa saja...

Sebenarnya siang tadi aku terima call daripada one of my BFF. Terkejut jugak sebab dah lama dia tak call.. dan aku of course jarang call kawan-kawan. Aku selalu sms je..[dasar kedekut!!! ke pokai?? mana-mana satu la kan...] Sebenarnya my BFF ni baru je pregnant selepas 3tahun kawen. I'm happy for her! really happy!!! 22 July birthday dia...macam biasa aku memang selalu wish.. Yeke selalu??hihihi... ye la kot kan...aku pon ingat-ingat lupe..tapi yang dekat-dekat dengan birthday aku memang aku ingat biasanya... 

Ceritanya...Dia memang teruja nak bergelar ibu. Ye..sangat teruja.. Dari cara dia bercakap pon dah tau.. memang tersangat excited kuasa lapan belas kot.. hihihi..sape tak excited kan dah lama tunggu tau-tau dapat berita gembira macam tu...dekat-dekat nak celebrate birthday lak tu..memang rezeki dia...syukur...

Satu lagi..dia ada ceritakan treatment yang dia buat sampai berjaya pregnant. Treatment dengan pakar kat hospital kerajaan je.. Dia ni jenis period tak teratur and overweight. So, perkara pertama yang doctor suruh buat ialah kurangkan berat badan. Seboleh-bolehnya dapat berat yang ideal supaya period normal. Sebab hormon tak stabil bila berat lebih. Dia berjaya turunkan 5kg je walaupon mengikut suggestion doctor 10kg.. Tapi kira ok la..dalam masa 3bulan 5kg.Dalam masa yang sama dia kena makan ubat hormon. Then kena ambil ubat subur jugak.. Dia berjaya pregnant selepas 6bulan ikut treatment tu.. Alhamdulillah...

Kesimpulannya...usaha tangga kejayaan.. Tanpa usaha, tak dapat apa.. Allah sentiasa mendengar doa kita...dan Allah sentiasa melihat usaha kita untuk mendapat sesuatu...Perancangan yang terbaik adalah perancangan Allah... Apa kita perlu dan apa yang kita mahu semuanya Allah tau... Be Positive!!!

Harap my BFF and her baby selamat.. Aku akan selalu doakan.. Insyaallah...

See Ya!! 

No comments:

Post a Comment