Search This Blog

Friday, 26 July 2013

Kait Mengait

Wow!!! [Mata terbeliak...Asyik pandang sana sini..] Itulah reaksi saya setelah pijak masuk ke dalam kedai Hobby and Craft yang kecil dan comel. Kedai ni dekat je dengan office. So, waktu rehat semalam saya tak balik rumah untuk tido. Sebaliknya saya pergi ke kedai craft untuk beli benang bulu  kambing my adik yang tengah gile mengait snow cap! Kalau macam ni punye comel barang-barang hasil kait mengait ni... saya pon berkenan nak belajar.

Actually, tahun lepas lagi dah rajin bukak Youtube cara-cara mengait 1 jarum and 2 jarum. Sangat-sangat menarik!!! Tiba-tiba rasa suka sangat dengan aktiviti tu... Tapi tak pandai pulak..

Hari ni dah ada kat kampung. Tengok mak dan adik pandai mengait rasa jeles lak!! Terus pegang jarum kait dan belajar. Nampaknya... hasil bole la... Tak kemas sangat, tak cantik tapi dah pandai sambung-sambung tu pon dah rasa seronok!!

Jom sambung mengait before pegi bazar ramadhan...

See Ya!!

No comments:

Post a Comment