Search This Blog

Friday, 7 June 2013

Review: Produk Pilihan Hatiku... [Nutox Oxyfusion dan Safi Rania Gold]

Hai semua...

Ececeh...Tajuk ala-ala bagus je ko!! Hahaha~~ Kali ni memang nak cerita pasal produk pilihan hatiku ini....

Untuk penjagaan muka saya suka produk Nutox Oxyfusion. Walaupun usia belum 3 series, tapi kite kena jaga dari awal lebih-lebih lagi kulit jenis combination. Ada kawasan yang berminyak, lembab dan ada yang kering berjeragat.. Fuh!! Memang susah nak jaga... Sebulan lebih guna produk ni... So, far kulit muka lebih lembut dan gebu. [ngeh3..perasan sikit!] Tapi aku guna campur dengan Safi Rania Gold...


Untuk penggunaan siang, selepas cuci muka guna Nutox Wrinkle Away Cleanser, spray toner [Astrigen] Best toner jenis ni sebab tak perlu kapas muka untuk sapu.. Cuma sembur dan tepuk-tepuk muka secara lembut.. [Auwww!!] Then sapukan moisturiser [Nutox Moisture Emulsion] Yang best moisturiser ni dalam bekas picit. Sangat halus dan cepat meresap. Memang sejuk je muka lepas settle 3 step ni...

Then, boleh sapukan Sunblock [Nutox jugak tau sebab ada SPF45] kalau setakat pergi ofis, lebih selesa pakai beauty krim jenama Safi Rania Gold. Sebab tak berminyak dan tak melekit. Memang menggebukan muka! Malam, Simple je...Lepas spray toner, sapu krim malam Safi Rania Gold. Sebelum ni malas nak pakai krim malam. Cuma beli untuk mak. Tapi tengok feedback daripada mak terus rasa teruja nak guna! Kulit mak jadi mulus dan sekata. Sedangkan mak cuma guna krim malam Safi Rania Gold sahaja!! So, semalam masa shopping, terus rembat krim malam. Saya pun nak kulit mulus macam mak!

Setakat ni, takde apa-apa masalah kulit muka lagi sejak menggunakan combination produk Nutox Oxyfusion dan Safi Rania Gold. Dua-dua berkesan... Combination yang hebat untuk kulit muka saya!!!

Nanti sambung cite produk penjagaan rambut pulak ye!

See Ya!!



No comments:

Post a Comment