Tadi.. Masa keluar nak letak kain dalam mesin basuh, 'adik-adik' kat belakang rumah datang menyerbu. Semalam masa nak cuci kain takde pulak diorang datang serbu macam ari ni..Lapar la tu!! Ooo...dah lapar baru ingat kat kakak ye... Gigit kang baru tau!! 'Adik-adik' tu terdiri daripada si gemuk yang comel, si hitam yang kurus, si hitam yang bulat, si stokin yang pemalu dan ibu yang penyayang.. Malam ni lembu dan beruang serta ibu lagi sekor tak join pulak.. Selalunya diorang ni join venture bab makan-makan ni...
Semua kucing tu saya tak bela... Saya cuma bagi makan je kalau diorang lapar..Kenal diorang ni daripada diorang baby.. Sebab ibu dia beranak kat gerobok tepi rumah..Then masa ibu dia dalam pantang tu, saya cuma bagi ibu dia makanan sebab kesian kat ibu yang penyayang tu.. langsung tak keluar cari makan..takut anak dia hilang.. Haiwan pun sayang anak-anak.. Tapi manusia sekarang ni macam dah takde perasaan macam tu.. [Emosi sekejap]
Lepas tu diorang lesap sekejap.. Tau-tau dah ada kat belakang rumah pulak.. Tu yang sambung bagi makan.. Tapi jiran-jiran saya sangat baik.. mereka jugak bagi kucing-kucing tak bertuan ni makan. Alhamdulillah...Kami penghuni 3buah rumah [ 3 penjuru ] setiap hari bagi kucing-kucing ni makan.. Seronok tengok kucing-kucing ni gemuk dan sihat!
Tiba-tiba masa habis kelas tadi..abang saya balik sambil bising-bising. Ingatkan kenapa... Rupanya ada sekor anak kucing kesejukan..Dia jumpa tepi longkang. Kesian sangat!kitorang letak anak kucing yang kesejukan tu dalam kota, bungkus kain dan letak kotak tu tepi peti ais..[tepi peti ais kan panas...] harap anak kucing tu boleh survive.. boleh bagi berkawan kat belakang rumah nanti.. Ibu yang penyayang tu mesti akan tolong jaga anak kucing yang kesian ni....
Sayangi sesama makhluk Allah.... (^_____^)
See Ya!!
No comments:
Post a Comment