Hai semua...
Memula nak wish besday my bro dulu memandangkan hari rajin menaip ni pada 30 May. Maka saya dengan rela hati wish dulu untuk dia.. Tu pun kalau dia rajin baca blog ni.. hehe~~ Then nak wish kat blog ni besday2 daripada bulan 2 sampai bulan 5 ni.. Februari-4 dan 5- besday anak buah dan kakak ipar. Mac-2 dan 16- besday my husband tersayang... sorry wish kat blog lambat.. Kan kite sibuk uruskan majlis masa tu...[alasan..] dan besday kakak tersayang.. April - besday anak-anak buah..Girls.. May-27 dan 30- besday boys adik and abang...
Itu saja.. So, now masuk pada tajuk asal.. Vitamin. Start makan vitamin dengan agak berdisiplin tahun lepas[2012] tapi berhenti kejap sebab xselera nak makan terus vitamin tu. Beli dari farmasi dekat dengan ofis ni je.. Vitamin B Complex + C jenama apa ye...lupa pulak.. lepas tu beli vitamin C 500mg jenama Blackmores. Rasa yang kurang best. Macam plastik.. Then try kaji-kaji macam mana nak beza vitamin organik dan sintetik.. Ada sesetengah orang cakap bezanya tengok pada packing. If ada sachet benda biji-biji macam dalam kasut baru beli tu.. [tak tau benda tu apa, tapi kegunaannya lebih kurang macam nak kekalkan kekeringan or elakkan terjadi lembapan or menyerap lembapan]. If ada thats mean vitamin tu tak organik. Maybe ada campuran sintetik sikit.. Sebab tu ia memerlukan bantuan untuk serap lembapan..
Citenye...abang saya makan vitamin jenama Shaklee [ Ginger Peppermint ] Lepas tu bermulalah research kat tenet pasalvitamin Shaklee ni.. Kitorang order pulak Herbalax dan Lecithin sebab nak kurus.. Hahaha~~ Sengal!! Tapi menjadi tang cuci perut tu.. Memang abis semua benda2 busuk dalam perut keluar.. Lepas tu saya dah sanggup nak makan... Time cuti je makan.. Heheh~~
Tak habis kat produk tu je.. Saya beli pulak B Complex, Vita-C, Zinc Complex dan GLA Complex.. Untuk pengetahuan, GLA dan B Complex sesuai untuk kesuburan dan tenaga bagi perempuan.. Saya pun baru tau.. Hihihi~ Tu yang sambar jugak tu. Mulanya beli B Complex dengan Zinc sebab nak lebatkan rambut & nak tambah tenaga je.. Tiba-tiba dapat info GLA bagus untuk control hormon perempuan. Terus beli jugak. Vitamin C Shaklee jenis chewable je ada stok. Sedap jugaks!
[semua gambar adalah ihsan google je..nak snap malas lak..]
Ni lah dia B complex yang saya suka..saya suka...saya suka......
B complex ni untuk menambah selera makan. Menukarkan makanan tercerna menjadi tenaga. So, kalau amek supplement ni pastikan buat kerja ye.. supaya anda tidak gemuk!! Hahaha.. Nama pun B complex.. So dah complete dengan semua jenis vitamin B termasuk asid folik tau!! tu yg saya sukaaaaa...
Ini pulak GLA complex. Yang ni ada minyak bunga matahari,GLA-gamma linolenic asid [tergeliat lidah mak menyebutnya!!] dan vitamin E.. Sangat elok untuk menjaga kecantikan kulit dan menstabilkan hormon perempuan.. [ yang ni tak makan lagi sebab belum period. Ha...mengikut kata yang pengedar ni.. kena makan masa hari first period sampai sehari sebelum hari subur..-bagi yang plan nak pregnant. Bagi yang nak stabilkan hormon, makan je sampai period stabil,baru makan macam nak plan pregnant ]
Ha... Vita-C chewable.. Bole la daripada takde kan... Yang ni pon ok jugak... ada 100mg.. Kalau rasa nak makan 500mg sehari makan la 5bijik.. kan?? kan??
Zinc Complex ni ade 15mg zinc, alfafa dan kalsium... Bagus untuk kita-kita yang kurang makan makanan berkhasiat.. Terutama my husband yang tak minum susu. hehehe... mulanya beli ni share dengan adik sebab kitorang research kat tenet pasal keguguran rambut. Memandangkan saya mengalami keguguran rambut serius, jadi saya perlu makan zinc ni untuk pulihkan dari dalam disamping gunakan produk luaran[shampoo]. Lepas tu saya ada terbaca info yang zinc ni bagus jugak untuk kaum lelaki untuk suburkan dan tambah sperma sihat. So, apalagi...saya paksa my husband makan zinc complex ni.hihihi~~ untuk kesihatan takpe kan paksa dia makan.... yang best..dia ok je makan ni..macam tambah tenaga je saya tengok! ahaks!!
Buat masa ni, saya cuma makan B Complex dan Vita-C [setiap hari]. Zinc Complex saya makan seminggu 3kali... Untuk B Complex saya makan pagi before breakfast sebab saya ni cuma breakfast milo panas masa dekat ofis.. Tak sempat sokmo nak makan kat rumah. Jadinya saya akan makan B Complex sebijik dengan air tapis beroksigen [abang saya guna penapis air beroksigen kat rumah..amek je air dari situ..hehehe]. Vita-C saya amek selepas lunch. Balik lunch tu kunyah-kunyah Vita-C macam makan gula-gula masam.. Lebih baik daripada sebelum ni saya suka makan asam atau gula-gula selepas lunch. Zinc saya suka amek sebelum tido.. Tapi tadi saya ada baca elok jugak amek pagi2..tapi elakkan minum dengan susu.. my husband pon saya sumbat zinc sebelum tido. ngeh3.. Sikit lagi info pasal zinc ni.. dapat meningkatkan daya penumpuan... So, adik-adik yang sedang belajar pon elok amek zinc ni..
Wah.. dah macam peniaga promote barang pulak saya ni.. Saya nak tunggu sebulan dua untuk dapat kesan daripada mengamalkan Vitamin-vitamin ni semua...
Note: Actually, untuk kesuburan optimum lelaki perlu amalkan vitamin E dan Zinc.. [Tapi Vitamin E mahal la pulak.. Tak cukup budget nak beli sekali sebab gaji masuk lambat dan payment part time job pon lambat..Ni je yang cukup duit buat masa ni.. Hihihi~ Alhamdulillah...]
See Ya!!
waa... semangat!! sy pun makan zinc complex,,rambut dah X gugur lagi.lembut je rambut nie. Kelemumur pun hilang.. gatal2 kepala pun hilang..(bukan kutu yea)..hihihi...btw lawat blog sy : www.nurimanqhaisara.blogspot.com
ReplyDeleteI found it when I was looking for a different sort of information but I am very interested in the article, It is nice to read such kind of good posts I like your work keep it up!
ReplyDeleteb vit complex