Hai semua...
Tetiba rasa nak cite pasal appointment kat Hospital Pakar Al-Farabi.. Tiba-tiba kitorang terfikir nak cuba checkup kat hospital setelah hampir 4 bulan berkahwin...First pergi register then terus buat appointment. Lepas tu dapat date untuk datang jumpa doctor. [Psttt... Mesti mintak kat nurse tu nak doctor perempuan..hehehe... takde la malu sangat..kan....]
Kitorang dapat date 4.5.13. So, pagi-pagi da tercegat kat sana.. Dapat nombor giliran yang ke-3 kalau tak silap.. Lupa.. Tu la.... Dah berzaman baru nak buat entry ni.. Kih3.. Tak lama tunggu kena panggil untuk check tekanan darah. Lepas dah rekod-rekod tu kena tunggu lagi untuk jumpa doctor pulak.
Tunggu punya tunggu.. Tetiba rasa nak terkencing.. Tapi tahan je sebab dah nak sampai giliran jumpa doctor. So, masa jumpa doctor tu tengah menahan-nahan rasa nak terkencing.. Hihihihi~~ Teruk!!
Doctor macam biasa.. mestila tanya kenapa sesibuk nak jumpa dia.. Ceewahhh.. Saya bayar tau nak jumpa doctor nih!! [poyo!!] Cite punya cite.. Dari A sampai Z... Bla bla bla....... Then, its time to checkup. Sebelum tu doctor ada tanya, dah lama buang air ke baru buang air.. Aku pun jawab dah lama. Dalam hati cakap saay rasa nak terkencing ni doctor... Pastu doctor cakap bagus sebab senang nak tengok keadaan rahim..[ Terus buat muka lega...hahahaha~~ ] Doctor cuma buat ultrasound biasa tu je.. Tengok keadaan uterus, tiub fallopio and ovari kiri dan kanan... Semua ok cuma ada sedikit fibroid di tepi dinding uterus sebelah luar. kecik je doctor cakap tapi aku tengok dekat imej ultrasound tu macam besar je... Doctor cakap cuma 3cm. Ambil masa 10 tahun untuk membesar tahap kena operate buang sebab mengganggu. kalau setakat kecik ni takpe.. kata doctor la kan... Harap-harap camtu la..
Lepas selesai semua... Doctor cakap semuanya ok cuma belum ada rezeki dan masih boleh terus usaha secara normal disamping makan supplement macam asid folik. Aku pulak tambah sikit makan vitamin b complex with asid folik and extra makan asid folik yang doctor supply 60biji untuk 2bulan tu.. So, sekarang ni still makan semua tu untuk mencuba nasib.. Then bulan ni nampaknya setakat hari ni [29.5.13] aku dah miss period 9hari... Owh ya.. cycle period aku sangat panjang = 40hari every 1cycle.. Baru aku perasan masa kira-kira ikut kalendar yang aku tanda waktu period tu.. hihihi.. Sendiri pun tak perasan sebab tak pandai kira.. Doctor cakap its normal sebab setiap cycle pun macam tu.. Nak check upt tapi takot takde... so biarkan dulu sampai betul-betul ready.
Doakan kami ada rezeki...
See ya!!
No comments:
Post a Comment