Fuh... Minggu ni saya sangat sibuk! Dengan cuaca yang sangat panas lagi lah membuatkan saya rasa macam nak demam dan sakit tekak. Huhuhu~~
Tapi masih boleh bertahan sebab saya mula amalkan minum Jus kunyit asam. Apakah??? Hehehe... Saya tengok resepi jamu orang Indonesia untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran. Sangat sesuai untuk perempuan yang aktif dan menjaga kecantikan. Kunyit bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah dalaman wanita seperti keputihan, tapi juga dapat menghaluskan kulit dan berfungsi sebagai antibakteria.
Wow!!! Banyak function kunyit ni ye...! Tapi dah berumur hampir 27tahun baru la saya teringin nak amalkan sebagai supplement harian. Itu pun sebab saya nak elakan jangkitan kuman supaya saya sihat menjelang majlis perkahwinan saya. Hehehe~~~
Apa pun... Nanti saya share resepi ramuan jamu atau Jus kunyit asam yang sedap tu ye!!
See ya!
No comments:
Post a Comment