Search This Blog

Thursday 26 April 2018

Prosedur Pembayaran Fidyah Di Pusat Kutipan Zakat

Lama tak bercerita. Hari ni nak cerita sikit pasal prosedur pembayaran fidyah di pusat kutipan zakat.

Fidyah ni ialah sesuatu yang perlu diberikan kepada fakir miskin berupa makanan sebagai tebusan kerana  meninggalkan puasa melangkaui tahun.

Biasa kita akan ikut makanan ruji. Di Malaysia, makanan rugi berupa beras. Maka kita punya kiraan berdasarkan secupak beras per tahun per hari.

Di Pusat kutipan zakat, mereka kira dengan cara ini:
Harga secupak beras semasa x tahun langkau x bilangan hari tertinggal

Harga secupak beras terkini (saya bayar tadi) RM1.75. Ini adalah harga di Pahang.

Tadi masa sampai depan Pusat Kutipan Zakat Kuantan, jam belum lagi 2petang. Mereka masih dalam waktu rehat tengahari. Maka kena tunggu dulu la sekejap.  Sebenarnya parking dekat situ selalu penuh. Kawasan dia macam bangunan lama sikit la. Di tengah bandar Kuantan. Depan Masjid Besar pulak tu. Memang kawasan yang sangat-sangat sibuk.

Sepanjang jalan saya berdoa supaya ada parking kosong dan dipermudahkan urusan saya hari ini. Alhamdulillah.. Allah makbulkan. Ini kali pertama saya pergi Pusat Zakat untuk bayar Fidyah. Kira macam pengalaman pertama la.. Hihihi

Alhamdulillah. Mudah je urusannya. Tak sampai 5 minit selesai. Mungkin sebab tak ada orang lagi masa tu. Baru buka lepas rehat kan. Semua fresh dan happy lagi. Haha

Saya sempat bertanya pada Ustaz yang uruskan hal ni.

"Boleh tak kita bayar fidyah di masjid-masjid berdekatan?"

"Boleh tapi lebih afdal kita beli beras atau makanan mengikut kiraan yang betul (jumlah sepadan) dan sedekahkan kepada orang miskin. Kalau takut jumlahnya tak sama, bayar saja kepada Pusat Zakat sebab Pusat Zakat memang akan agihkan wang Fidyah kepada orang miskin."

Jadi, kalau kita tak sempat ke pusat zakat, kita kira dengan kiraan yang betul, beli makanan atau keperluan orang yg memerlukan(miskin) dan sedekahkan kepada mereka.

Insyaallah semuanya tu Allah berkati sebab niat kita memang untuk tebus kesalahan kita yang lewat mengganti puasa.

Sebarang kemusykilan boleh rujuk Ustaz/mereka yang arif bab Zakat & Fidyah.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment