Search This Blog

Friday, 17 March 2017

Review: Saloon Rambut D' Nor Beauty Saloon ~ Kuantan

Nak cerita pasal saloon. Lama tau tak pergi manjakan kepala kat saloon. Last pun masa muda mudi dulu. Hahaha... Dulu2 sebulan sekali pegi cuci rambut kat saloon. Memang best bila orang lain tolong cuci rambut kita.. Lega rasa.... Ringan kepala. Plus rambut pun rasa sihat je...

Sejak pindah Kuantan. Tak tau saloon mana nak pegi. Tak tau jugak saloon mana best. Kat sini tak ramai geng bapok bukak saloon. Kalau ada pun I ols tak tau.. hahaha.. kenapa suka geng bapok??? Taste kecantikan diorang lain macam sikit! Ok.. mak insaf. tak pegi dah kat tempak bapok.. hahaha
(read: bapok = trans gender)

Ada beberapa saloon yang kakak saya suggest. Tapi macam tak best. Last lepas pindah ke Bukit Rangin Kuantan. Ada la kakak suggest pegi saloon jiran dia. Dekat je.. I pun semangat nak pegi. Tapi 1st time nak pegi gunting rambut. Awal sangat kot... Tutup... (muzik sedey....)

D'Nor Beauty Saloon (sorry gambar tak berapa cantik)


Ok.. 2nd time nak potong rambut... Cuba-cuba je pegi. Masa tu petang. Alhamdulillah bukak. Alang-alang potong.. Terus buat treatment. RM 50.00 je potong sekali cuci + treatment. Wah... memang best tauuuu...

Bila ambil pakej ni.. automatik kena lalui macam ni....

> Potong rambut ikut gaya yang kita nak.
- masa I nak potong rambut pendek. Dengan masalah rambut menipis dan gugur ni.. Kak Nor (owner kedai) suggest potong ikut gaya Janna Nick (sila google).

> Cuci
- Cuci rambut guna syampu yg ada peppermint. Berangin kepala. Lega rasa... Siap urut-urut lagi...

> Treatment
- Treatment rambut & kulit kepala ni guna sejenis ubat rambut yg juga berangin. Abis 1 kepala kena lumur dengan ubat ni..sejukkkkkk...

> Stim rambut (stim kepala)
- hahaha.. stim kepala macam kelakar. yang ni bosan. Lama jugak nak tunggu abis stim tu..

> Cuci
-Lepas habis stim rambut... Cuci lagi sekali. Cuci segala ubat2 rambut tu.. Kulit kepala rasa segar dan bersih.

> Blow
- proses keringkan rambut. Biasa rambut kita akan diletakkan sedikit krim rambut tanpa bilas. macam vitamin rambut tu.. lepas tu blow lagi.. then rambut kita akan beralun.. lembut dan wangi!
Feeling retis!

Siap.. itu je step dia.. tapi makan masa sejam jugak la..

Harga murah dan service tip top. Kak Nor memang lemah lembut orangnya. Tapi tenaga mengurut kepala memang power.

Nak cuba?? Boleh la pegi ke D'Nor Beauty Saloon. Area Kedai Bukit Rangin-Permatang Badak, Kuantan, Pahang.

1 comment: