Search This Blog
Friday, 6 January 2017
Review: Shampoo Himalaya Anti Dandruff
Dulu pernah review Shampoo Himalaya jugak. Tapi Himalaya Hair Fall Control. Tapi nak bagitau.. kedua-dua shampoo ni tersangat best. Mungkin sebab perlukan shampoo untuk mengurangkan kerak di kepala kot.. hihihihi.. Rambut kering dan gugur. Biasa la lepas bersalin hormon berubah dan perlukan shampoo dan multivitamin yg lain pulak untuk normalkan balik kondisi hormon. Semasa mengandung, guna shampoo lain. Mungkin masa tu hormon anak lelaki. Guna shampoo apa pun ok je. Bila dan habis pantang. Terus tak boleh guna shampoo tu lagi. Isk3... sedih sebab banyak lagi tau!
Ok.. berbalik pada shampoo Anti Dandruff ni.. Sangat berkesan untuk membuang kerak-kerak dan kelumumur di kulit kepala. Tapi pastikan lepas pakai shampoo ni.. wajib pakai conditioner tau!
Sebab apa??
Perlu pakai conditioner sebab shampoo Anti Dandruff mengeringkan kulit kepala dan rambut. Jadi, sapu conditioner pada rambut (pastikan tak kena kulit kepala ye...) Biarkan sekejap (dalam 2-4minit) kemudian bilas macam biasa.
Nak hasil yang lebih baik. Cuci rambut dengan air suam. Lepas dah bersihkan semua, baru siram air sejuk. Hasilnya rambut kekal lembut, licin dan tak mengerbang! Cubalah.
Owh.. lupa nak bagitau. Beli set ni dekat Watson masa ada promosi. RM18.00++ rasanya. Tapi memang tak sampai RM20.00 la.. Murah. Botol pun sangat2 comel. Kecik2 je.. Ini travel pack. So.. lepas ni.. kalau beli yg besar, boleh la refill jugak dalam botol kecik. Senang nak bawak travel.
Sedikit tips lagi.. Buatlah jadual untuk mencuci rambut anda. Contoh.. 2hari sekali atau 3hari sekali. Jangan terlalu kerap dan jangan terlalu jarak masa untuk mencuci rambut.
Harap cepatlah pulih keguguran rambut ni.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment