Search This Blog

Friday, 29 July 2016

Trimester ke-3

34 weeks ++

Pregnant kali ni:
> Kaki tak bengkak (Alhamdulillah)
> Perut lebih besar daripada pregnant kali pertama. (orang tua2 kata perut dah kembang)
> Disebabkan perut besar. Lebih berat. Masuk 3rd trimester ni kalau dah duduk or baring susah nak bangun. Jalan pun macam peguin je rasanye.. hahaha~~
> Makan apa saja. Semua ok. Boleh terima.
> Pedih ulu hati sangat2 terutama 3rd trimester ni.. Setiap malam sebelum tido kena sapu minyak yg berangin kat dada. baru lega boleh tido.
> Kaki krem tapi kurang daripada pregnant yg 1st.

Monday, 18 July 2016

34 Weeks Pregnancy

34weeks

Betul orang kata. Lain anak lain rasa semasa mengandung. Memang tepat sangat pengalaman mereka2 yg sebelumnya dah alami situasi ni..

Minggu ni masuk 34weeks pregnancy. Minggu lepas tak berapa sihat. Batuk + selesema. Memang terseksa time mengandung dan tak sihat. Tapi itulah pengalaman dan dugaan yg perlu dilalui. Mengandung anak sulung tahun lepas, dugaannya tak sehebat mengandung kali ni. Allah Maha Adil. Mengandung anak sulung, Dia beri masa enjoy! makan apa saja. buat apa saja. pegi mana2 dengan happy. Orang lain tak sihat (batuk, selesema & demam)  sikit pun tak jangkit. Imun sangat kuat!

Berbeza tahun ni... masuk kali ni.. 2 kali kena jangkitan selesema sepanjang mengandung. Makan tak boleh sebarang makan. Nanti sakit badan. Sekarang ni masalah pedih ulu hati menjadi2. Tak boleh makan pedas & berminyak. Nanti susah diri sendiri. Makan durian pun tak boleh nak enjoy macam tahun lepas. baby tak gemor! Dannnnn... ada 1 masalah sejak seminggu yg lepas. sampai ke hari ni tak settle. Sakit di tulang rusuk. menyucuk2 dan sangat2 tak selesa. Mungkin baby besar sikit daripada abang dia. hihihi.

Kesimpulannya...
Anak 1st: Susah nak lekat (usaha macam2 untuk mengandung) tapi senang masa mengandung.
Anak 2nd: Senang nak lekat (tau2 ada je..) tapi time mengandung banyak cabaran..

Berkenaan berat badan...
Kali ni tak naik banyak. mungkin letih dan kurang makan. Letih sebab bekerja + jaga anak kecik. Tido selalu tak cukup. Berat masa buat buku pink. 53kg. Berat sekarang 60.3kg. tak sampai 10kg bertambah untuk pregnant kali ni. Dah nak cukup 9 bulan ni.. Harap kesihatan saya & baby baik sehingga masa melahirkan nanti. Nak bersalin 31 Ogos!! Tak nak bersalin awal..

Doa-doakanlah ye...

Alhamdulillah.. Syukur..

Alhamdulillah.. rezeki kami sekeluarga. Suami dah dapat kerja baru. Alhamdulillah.. rezeki anak2... Allah dah tetapkan rezeki setiap anak yg lahir. begitu jugak dengan rezeki kita. Semua dalam tangan Allah.

1st time suami keje outstation. Walaupun cuma 2hari. tapi rasa macam lama. Sebab selama kawen 3tahun lebih ni.. Inilah kali pertama berdikari terutama lepas dapat anak. Berdikari dari sudut menjaga anak waktu malam dan menghantar anak sebelum pegi keje.

Alhamdulillah dengan jayanya dapat berdikari.

Hari ni.. 18/7/2016. Suami dapat offer kerja lagi. Rapid Kuantan pulak. Tapi dia dah seronok keje dengan tempat sekarang walaupun baru bekerja 3hari. Mungkin Allah dah tetapkan. Takpe.. bagi peluang dekat orang yang betul2 takde keje kan.. Mungkin rezeki orang lain pulak kat situ.. Jangan tamak.

Dalam 2, 3 hari ni.. Alhamdulillah.. sales jamu dan vitamin pun makin bertambah. Tak sangka page busuk2 i ols pun ada jugak customer. Alhamdulillah.. syukur...

Friday, 1 July 2016

Anak Bujang Demam

Dalam dok sibuk siapkan keje sebelum raya.
Sempat lagi mak orang ni menghupdate blog. Kui3~

Citenye... Anak bujang sorang tu demam batuk selesema. Demam dah kebah lama. Tapi batuk & selesema tak pulih lagi. Ummi is risau hokeh. Dah la nak dekat raya ni. Nak bawak pegi shopping lagi. Memandangkan keadaan anak yg batuk2.. macam takde mood nak pegi mana2. Kesian kat anak. Takut kena infection pulak kalau bawak keluar. Dah la macam2 penyakit menular sekarang ni. Anak jenis sensitif ni leceh sikit.

Malam tadi batuk dia dah kurang. Bangun pagi... mula2 ok je.. Lepas dia capai Bobby the Bear dia... Gigit je terus batuk. Okeh.. Allah dah bagi petunjuk punca2 anak batuk & selesema tak baik2 adalah habuk pada mainan dia. Mainan lain semua Ummi dia dah cuci sebelum main. Bear busuk dia rupanya pusat pengumpulan habuk dan bakteria!

Terus capai bear tu letak kt bilik sebelah. Ingat nak cuci dengan Steam Q Iron je. Di sebabkan kesuntukan masa.. Tinggal gitu je kat bilik tempat iron baju.

Tadi.. Cik Tam (mak sedara Andrian a.k.a my adik) whatsapp.

Cik Tam: Huiii.. Busuknya Bobby Andrian ni!! Macam bau kucing tak mandi.
Ummi: (Blur... ) owhhhh.. Bear tu ke? Busuk ke? (Baru teringat yg Andrian suka gigit bear tu)
Cik Tam: Ye... Busuk gila. Tang kepala paling busuk.
Ummi: hahahahha... Andrian selalu gigit kepala bear.
Cik Tam: Nak kena cuci ni....
Ummi: Tapi bear tu ade loceng kat dalam. Plus kat dalam tangan bear tu ade bijik2 macam pasir2 tu..
Cik Tam: Esok I ols cuci guna tangan. Lepas kering baru guna Steam Q Iron.
Ummi: Okeh.. teruskan usaha.

Macam tu la citenye.. Bila Cik Tam yg prihatin rajin nak cuci bear Andrian. Alhamdulillah.. Ringan keje Ummi.

Dah la esok kena keje sebab nak siapkan invoice sebelum cuti raya..... Uhuk3...

Semoga Andrian cepat sihat ye sayang... Ummi & Walid sayang sangat anak bujang kami..


Update:
Andrian makin fasih sebut Abah, Babah, Papa, Mama...
Walid.. Ummi... Memang takde dalam senarai. Mi.. kadang2 ade la. Time dia lapar.... uhuk2.