Search This Blog

Tuesday, 9 December 2014

Rahsia Mengurangkan Lemak dan Berat || Part 02 ||

Hai U ols! Ambik masa lama nak compile cerita kurang berat ni.. Al maklumlah... busy memanjang kata ko! yeke dok tak tau lah.. Macam tak busy tapi buat2 busy ada la kot.

Okeh.. back to main topic, jom saya nak share dengan korang2 semua [adakah yang sudi baca blog ni??] Cerita macam mana nak jaga dalaman dan kekal bertenaga walaupun kurus sikit daripada sebelum ni? [eh.. orang kurus takde tenaga ke?? Ada... sapa cakap takde.... ish ko ni!! ]

Untuk bahagian dalaman, saya prefer kepada jamu. Mak jamu i ols tau! Jamu ni macam2.. ada orang cakap panas dan boleh kecutkan rahim.. ada orang cakap tak sesuai untuk mereka yang rancang nak preggy.. macam2 la orang cakap. Then, saya pun macam biasa buat kajian sendiri.. melalui pembacaan la... pastu saya tanya lebih kepada tanya orang yang mahir dalam bidang jamu menjamu ni.. [jamu menjamu?? apakah?? tibai je la bahasa ye... maap cikgu bahasa]

Akhirnya setelah kaji banyak jenis jamu, saya pilih Jamu Susuk Dara (JSD).

Produk pertama saya guna adalah Masker Vagina (MV) dan Intim Gel (IG). Masa tu saya ada masalah keputihan sehingga terkena jangkitan kencing kotor. Tau je la kan sakitnya time nak kencing tu... Pastu demam on off... Memang sadis! Asyik ulang alik ke klinik je... Alhamdulillah... lepas cuba dua produk tu... saya beransur pulih. Camne rupa produk tu??
Packaging Terkini


Packaging masa saya beli dulu
Inilah rupa Masker Vagina (MV). Nampak sikit.. tapi pakai lama baru habis... Memang jimat. Berbaloi beli dengan harga RM25.

Ini pulak Intim Gel (IG). Yang ni pun kecik je.... Tapi berbaloi2.. sekali pakai sikit je.. Yang paling penting takde kesan sampingan negatif.

Kecik, kecik cili padi u ols! Tak percaya meh try sendiri...
Then... baru-baru ni saya try Jamu Pengantin Dara (JPD) pulak... Hasilnya best la... rasa
bersih je kat dalam tuttt.. kikikikiki~~
 
Disebabkan dah jatuh cinta dengan produk2 ni... saya pakai badge pink tu.... (agen JSD)

Then masa period, saya akan makan Coklat Love Habibi untuk melancarkan darah dan buang angin-angin jahat dalam badan.






Untuk buang lemak menggeleber sikit2 tu... saya sapu Medicated Deep Heat Lotion.. Lotion ni pakai sikit je panas berapi-api... Sapu kat kaki abah saya, dia cakap " eh...tak panas punnn... kata panas sangat... meh sapu lebih sikit" esoknya.... dia mengadu... panasnya kaki... tapi hilang lenguh2.. hihihi..penangan lotion JSD.





Tambahan produk bila dah kurang berat badan ni.... kena shake ni setiap pagi...

kredit pic google. sebab saya takde pic ESP dalam laptop ni.. Semua kat dalam tab. Tak transfer.
Memang sedap ESP ni... Shake dengan air strawberi, coklat, susu, nestum, milo, semua sedaplah!! Yang paling best.. kenyang. Pastu mengelakkan kulit kita kendur.. yela...kan kulit kita tegang masa menggemuk.. bila kurus yang tegang tu kendur sikit. Bila kita amalkan minum ESP Shaklee ni, akan menggalakkan sel baru yang sihat terhasil.

Inilah serba sedikit yang boleh saya share kat sini....

See ya!


Monday, 8 December 2014

Review: Revitalizing Shampoo by Shaklee

Hai.. Hari ni nak cerita-cerita pasal syampu pulak.. Syampu ni saya guna hampir 2 bulan.. Tak habis-habis lagi.. uhuk-uhuk2... jimat bebeno yek! Rasanya sekali bersyampu boleh tahan banyak jugak la tuang.. Tapi tak habis2 lagi.. Rasa berbaloi sangat beli ni.. walaupun first time nak beli tu kena la keluar duit RM60++.. tapi sekarang rasa berbaloi-baloi..

 
Perubahan pada rambut:

  • Semakin sihat (kurang gugur)
  • Lembut
  • Tak bercabang
  • Lebih terurus
  • Tak mengerbang
Cara guna:
  1. Basahkan rambut
  2. Tuangkan syampu atas tapak tangan
  3. Usapkan pada rambut
  4. Urut kulit kepala dan ratakan syampu
  5. Biar seketika dan bilas sepenuhnya
Semasa awal penggunaan, rambut macam kasar sikit. Semakin hari, semakin lembut, lembut dan lembut! Auwww! I like!!

Cubalah ye...


Eeda fazly 0169868286
Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Special delivery area Kuantan

* Turut Menyediakan Service Penghantaran & Tempahan Nasi Lemak dan Makan Pagi ke pejabat-pejabat & rumah-rumah serta kedai-kedai area Kuantan, Pahang *

Wednesday, 19 November 2014

Dilema $_$

Di persimpangan dilema... wah.. macam tajuk lagu daaa....

Ye.. Ini betul-betul-betul... Memang saya dalam persimpangan dilema.. Antara kehendak sendiri & pandangan orang lain... Last, luah kat blog.. kesian blog... tak tau nak tolong fikir.. (gile.. ngee~~) kesian-kesian-kesian...

Kehendak sendiri :
1) Nak fokus kepada bisnes
2) Nak menimba ilmu masakan (segala jenis kuih-muih & makanan lain)
3) Nak bekerja dengan masa sendiri. Sempatla masak untuk husband. Nanti ada anak, sempat jaga anak sendiri.
4) Nak tentukan income sendiri. Kerja lebih gaji lebih.
5) Company sendiri, sendiri kerja, sendiri uruskan..

Tu antaranya la... kang kalau list semua, mau 5 hari 5 malam tak habis..

Kehendak / pandangan sekeliling (terutama husband & parents):
1) Kerja sendiri income tak tetap
2) Tak yakin boleh
3) Macam mana nak bayar rumah kalau income macam Chipsmore (tak tetap)
4) Risau bisnes separuh jalan

Tu pon antara alasan yang diberi la bila saya suarakan rasa hati yang tak nak bekerja bawah orang..

Hurmmm... so, what to do???

Note: Beberapa hari saya Solat Istikharah.. tapi belum dapat jawapan yang pasti. Saya akan tunggu sehingga dapat jawapan.. walaupun setiap hari kat tempat keje rasa nak hantar surat resign... huwaaa!!!

Saturday, 15 November 2014

Hujung Minggu || Kenduri Kahwin

Musim mengawan kenduri kawen telah tiba!

Maka marilah kita sama-sama gantung periuk belanga. Pakai baju lawa-lawa, pegi makan free... (hehehe... maksud saya makan kenduri...)

2 kali hujung minggu pegi kenduri kawen. Wah... kenyang perut suka hati... tapi musim hujan ni kena hati-hati... takot keracunan makanan tempat kenduri... jangan main sental je makanan depan mata.. tengok-tengok jugak tahap kebersihan. (Pesanan penaja)

Sempat lagi posing dengan anak sedara

Selamat pengantin baru kakak...
Gojes kan pengantin!! Rasa nak bergambar kawen lagi la.....


See ya!

Friday, 14 November 2014

Cerita Sengat Menyengat! Auwwwww!!

Hari ke-3 disengat tebuan..
This is my first experience kena sengat tebuan.. huhuhu~~ Biso bonar.. Biso bonar... Nyanyi sikit bagi ada mood nak tulis nih!

Kena sengat dengan seekor tebuan yang beberapa kali ganda kecilnya daripada kita, itu pun dah menangis menahan sakit. Bayangkan kalau tebuan tu besar! Fuhhhh... boleh mati terus kot.. Nasib baik seekor je yang tersesat sangkut kat kain saya. Kalau beberepa ekor.. mau masuk wad la nampak gayanya.. Alhamdulillah...

Kes ni bukan terjolok sarang tebuan. Tapi tebuan jolok sarang saya. Memang menyirap! Elok-elok nak mencangkung je.......... Ngapppppp! Diberinya 1 ciuman tajam menusuk kalbu gitu.. hahaha.. melompat-lompat la saya kesakitan. Ingatkan kena gigit semut api. Alih-alih tengok tebuan yang boleh tahan besarnya tengah pening-pening lalat sebab terkepit. Apa lagi.. terus.... Piappppp! Tamatlah riwayat tebuan tanah itu.. Sekian... Hihihi~~

Rasa bisa tebuan ni berbeza sikit dengan bisa lipan. Tapi lebih sakit daripada kena sengat lipan. Lipan sengatan dia sakit sekejap. tapi bisa tu kita boleh rasa menjalar kat urat... Sebab tu kalau kena sengat lipan, contoh kat tangan, kena ikat dulu sebelum dapatkan rawatan supaya bisa tak terus menjalar ke jantung dan doktor akan terus inject ubat. Berbeza dengan sengatan tebuan. Bisa tu rasa lambat sikit menjalar. Lebih terasa sakit mencucuk-cucuk macam kena tikam pisau. Pastu rasa macam kena cili pedas, panas dan menyengat! Sampai keluar air mata sebab tak tahan sakit. dan doktor cuma akan beri rawatn kecemasan kalau kena sengat lebih daripada 3 ekor tebuan. Kalau seekor je tak kira kecemasan lagi. Cuma sakit yang kita rasa tu buat kita cemas la... Tak tahan oiiiii!

Kepada Incik Husband, thanks sebab bawak jugak saya pegi klinik. Walaupun sebab terlalu sakit saya lupa bawak IC. hihihi~ Nasib tak kena marah sebab awak kesian kat saya kan??

Sebenarnya my husband demam malam tu sebab kena hujan masa kerja. Tapi disebabkan kes kecemasan... [saya menangis kesakitan], demam dia terus lari menjauh. Dia segar bugar bawak kereta nak pegi klinik. Thanks so much!! Muah3.. hihihi~

Sekarang ni yang tinggal cuma bengkak dan kesan sengatan je. tapi boleh tahan bengkaknya! Besar peha kita u ols!! baru je rasa nak peha kurus.. alih2 bengkak sebelah.. Kalau bengkak je takpe jugak. Ni siap gatal-gatal lagi.. Sama macam kena gigit nyamuk. Tapi bengkak 1 peha. Tambah pulak urat naik.. Lagi ngeri!!! Tak sanggup nak tengok..

Sapu ubat je la dengan harapan cepat surut bengkak ni. Dan janganlah gatal-gatal. tak selesa.. Huhuhu~~

Psst: Saya dapat petua, sapu ubat gigi yang dicampur cuka pada tempat bengkak. InsyaAllah bengkak tu akan surut.. Jom cuba!


See ya! (^_^) Have a Nice Day!

Eeda fazly 0169868286
Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Special delivery area Kuantan

* Turut Menyediakan Service Penghantaran & Tempahan Nasi Lemak dan Makan Pagi ke pejabat-pejabat & rumah-rumah serta kedai-kedai area Kuantan, Pahang *

Thursday, 13 November 2014

Rahsia Mengurangkan Lemak dan Berat || Part 01 ||

Hari ni nak cite pasal pengurusan (menjadi kurus.. bukan urusan...) hihihi..

Tahun lepas, masa tengah fokus nak kurus... hasilnya... hampeh... tak kurus-kurus. Lagi naik ada la... sabar je la kan...

Jogging dengan jayanya... jogging kat pantai, jogging kat taman, jogging kat tasik, jogging kat taman perumahan... fuh.... dah macam tayar melantun-lantun atas jalan raya dan taman.. ee... mencik!

Bulan puasa hari tu (bulan6 - 7).. start bulan tu la peristiwa berat turun ni terjadi. Sebenarnya dah tak fokus nak kurus. Cuma fokus puasa je... (ataupun fokus cari makanan?? Toinkkk) hiew~hiew~hiewww~~~

Ok..abis je bulan puasa, timbang berat...okeh..turun 6kg..okla kan..maintain je dengan berat 50kg selama 2bulan.. baru2 ni pakai baju semua longgar, baju yang dulu sempit tak muat nak masuk, sekarang senang je nak bolos. Seluar yang dulu melompat-lompat nak pakai sebab ketat (last2 tak jadi pakai) senang je nak sarung... wowwwww! Apakah?? Ok...saya suka!!! Dengan semangat timbang berat lagi... 48kg... oooo patutla... *lompat bintang!!!*


Drumstick yang lebar pun boleh kecik tau!! Sekarang ni seluar tu dah tak boleh pakai sebab longgar sangat.. tak payah bukak zip pun boleh sarung! Jangan tak percaya!!

Apa saya buat untuk kurangkan lemak???

Saya guna semua cara... moden dan kampung..

Cara moden: makan & minum supplement. Mestilah vitamin dari Shaklee.. sebab organik!

Cara kampung : makan jamu, bersenam, aktif - banyak bergerak, bangun awal pagi. Tido awal jugak.. elakkan tido siang terlalu lama... pakai losyen panas untuk buang lemak... hihi

Yang paling penting, jaga solat... solat 5 waktu tak boleh tinggal.. mintak doa dengan Allah untuk kesihatan & kebahagiaan...

Alhamdulillah.. usaha berhasil... sekarang ni badan rasa sihat, ringan & paling penting dalaman pun terjaga.

Macam mana saya jaga dalaman?? Nanti saya sambung cerita ye...


Note: saya pengedar sah Shaklee area Kuantan ( sg.soi, kempadang, tanjung lumpur, pantai sepat, taman berjaya permai, peramu ) dan seluruh malaysia... pos laju kan ada.... boleh hantar sampai ke pintu rumah anda..

Eeda fazly 0169868286
Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Special delivery area Kuantan

Thursday, 16 October 2014

Resepi Ayam Goreng Kunyit feat Halia

Dah lama tak update blog.. tetiba nak bagi resepi pulak...

Okeh, dipendekkan citer.. ni la resepi Ayam Goreng Kunyit featuring Halia. Resepi ni saya belajar dari kakak saya. Tapi dia tak letak sayur warna warni tu.. saya je menambah2..hihi~

Bahan-bahan:
1. Ayam yang telah selamat disembelih 😆
2. Halia
3. Bawang putih
4. Garam
5. Kunyit
6. Bahan perasa tambahan
7. Minyak masak


Cara-cara:
1. Ayam dipotong dadu. Gaulkan dengan kunyit dan garam..


2. Ayam yg dipotong dadu tadi perlu digoreng sehingga masak atau garing. Terpulang pada citarasa masing-masing.


3. Potong halia dan bawang putih. Nampak tak kat situ ade kunyit hidup.. saje je tambah kunyit tu bg kuning sikit... tak nak letak pun takpe.


Nak tambah sikit cili padi pun boleh... pedas2 sikit.

Kacang, pucuk jagung & cili besar.. bahan untuk mewarnai masakan ni... heheh~

4. Tumbuk halia & bawang putih.. kunyit yg comel tu pun tumbuk sekali. Kalau rasa malas, boleh blend je ye... kalau korang nak tambah cili padi, tumbuk jugak sekali.. 


5. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg ditumbuk tadi.. selepas naik bau, boleh masukkan aksesori warna warni pulak ye... kacau2 sikit.. masukkan garam & bahan tambah perisa secukup rasa la ye...


6. Last sekali masukkan ayam goreng tadi & gaul... tadaaaa... dah siap ayam goreng kunyit + halia.. sesuai untuk korang2 yg suka buang angin!


Selamat mencuba!


Nak cuba Mealshake untuk anak2? 
Contact saya..
Ida : 016986286
SID: 999279
Fb: Safa Rida Abu Bakar
Pengedar sah Shaklee di Kuantan ( Kempadang, Pantai Sepat, Taman berjaya Permai, Sg. Soi, Tanjung Lumpur, Sg. Isap )


Wednesday, 6 August 2014

Bebas Fibroid! Alhamdulillah...

Alhamdulillah..dah selamat berpuasa. Selamat Hari Raya. Walaupun lambat wish. Dah lama tak menaip rasanya..

Awal bulan Ramadhan, dapat berita gembira!! Alhamdulillah...eh... ehh... bukan berita gembira nak dapat baby.. masih berstatus TTC lagi..

Berita gembiranya...
Hari ke 2 puasa, period. Tapi macam bermasalah + awal sangat. Hari ke-25 dah period. Padahal biasanya lambat sangat2. Pastu sikit je.... rasa risau yang melampau, terus pegi check kat klinik. Kali ni survey klinik pakar sakit puan sekitar kuantan. Alhamdulillah..jumpa klinik pakar sakit puan yang dekat sangat2 dengan ofis. Klinik W.Y.Ko. Berhadapan dengan kedai Kota Motor. Senang je nak cari. Tepi jalan besar elok lepas traffic light simpang 4 kat ofis je..keluar sikit dah nampak klinik tu..

Doktor tu lelaki. Cina. Huhuhuhu..pasrah!! Tapi doktor tu sangat berpengalaman dalam bidang sakit puan. Ramai yang pegi situ. Tunggu dalam setengah jam baru dapat jumpa doktor. Then, doktor scan.

Doktor: Okeh, kita kena scan dulu.. sebab period awal ni ada 2 kemungkinan, 1. U memang period. 2. U pregnant.
Me: ooo.... okeh!
Doktor: okeh..scan ni menunjukkan u memang tak pregnant. So, forsure u period cuma darah sikit mungkin sebab dinding uterus nipis. Tak banyak darah.
Me: oooo.. (mulut terlopong lagi) doktor, last year, saya ada scan kat klinik al Farabi. Doktor kat situ cakap saya ada fibroid luar rahim sebelah kanan.
Doktor: ha?? Kejap...(sambil godek2 & scan betul2) takde... takde... tengok sini.. semua clear!!
Me: what?? (Menjerit dalam hati sambil blur) betul ke doktor? Clear??

Alhamdulillah.. Bebas fibroid! Syukur tak terhingga. Selama setahun kerisauan dan berubat macam2. Paling lama amalkan pemakanan sunnah. Habbatussauda + madu. Ye.. Hari2 amalkan makanan tu. Pagi & malam. Alhamdulillah... Allah sembuhkan penyakit dengan usaha tu.. Vitamin pun makan jugak. jaga pemakanan. Kurangkan makan fastfood, makanan segera dan lain2 penyebab fibroid.

Kepada korang2 yang pernah menghidap fibroid or cyst, usaha la untuk berubat k.. yang penting perlu positif dan consistant.

See ya!

Monday, 19 May 2014

Kifarah atau Pengalaman?

Alhamdulillah... Kitorang berdua selamat. Terkedu sekejap selepas kejadian.. Nak menangis pon takde airmata. Nak menjerit, takde suara. Semua tersekat kat kerongkong. Semuanya berlaku dengan pantas. Sepantas kilat!

Apa yang berlaku? Sebenarnya saya terlibat dengan accident kecik bersama adik. Ceritanya, kitorang balik dari majlis convocation adik yang lain. Balik tu kitorang ikot jalan kampung sebab nak cepat sampai. Hujan lebat sangat. Tak sangka pulak jalan licin sangat sebab air bukit melimpah ke jalan. Kereta tak boleh nak kawal sampai tergelincir ke arah bertentangan. Nasib baik takde kereta lain. Sebab nak elak dari masuk jalan orang, saya pusing stereng ke kiri. Terus tergelincir ke penghadang besi kat tepi jalan tu. Kitorang bernasib baik lagi sekali sebab sempat balas stereng ke kanan semula. Kalau tak mesti hentakan kuat kat depan kereta tu sampai boleh pecah depan kereta. Apa pon kereta tu rosak jugak la bahagian bumper depan dan sebelah kiri belakang kemik sikit. Yang paling penting kami berdua selamat. Ya Allah.. Terima kasih tak terhingga kerana melindungi kami. Entah apa nasib kalau kereta terjunam kat gaung ke.. apa ke... Nasib baik tak melibatkan pengguna jalan raya yang lain. 

Apa pon.. inilah pengalaman yang paling menginsafkan. Terdetik macam2 perasaan selepas kejadian tu.. Rasanya tak cukup lagi amal ibadat sebelum menutup mata. Bersyukur sebab masih lagi diberi peluang untuk bertaubat, untuk menambah amal ibadat. Ataupun ini kifarah atas kesalahan yang kite tak perasan? Hanya Allah yang tau...

Tuesday, 29 April 2014

Maajun Anggun Bistari: Ikhtiar ~

Hai...Just nak share kat blog yang tak seberapa ni..

Bulan April masuk bulan ke-2 saya amalkan makan Maajun Anggun Bistari (MAB). Apa tu MAB?? Haaa..Jom tengok ni..

Credit~ Pic From Google

Close Up.. Credit Pic From Google
Inilah dia MAB yang digembar-gemburkan sejak tadi.. Apa kandungan yang terdapat dalam MAB? Selamat ke tak ni? Mahal ke? Untuk apa ni?? Dan macam-macam persoalan lagi yang terdapat dalam kepala kan...

Harga MAB sangat2 berpatutan ataupun dalam bahasa mudah, sangat2 murah. Cuma RM18 sebotol untuk bekalan sebulan. Sebotol ada 21 biji. Kena habiskan ye puan2.. Jangan sekejap makan sekejap tak makan.

Bilakah waktu terbaik untuk mula makan MAB?

Untuk mula makan MAB seeloknye start hari ke 3 atau 4 period. Maknanya semasa period hari yg ke 3 atau 4. Ini bertujuan agar mudah MAB nak adjust waktu period kita. Katalah period dah hari ke 4 kemudian bile makan MAB 21biji 21hari, jadi hari terakhir makan dah masuk hari ke 25 period dan tiba masa untuk cycle period yang baru.. tidaklah nanti kelam kabut, kalau tak ikut hari ke3 atauc4 ni nanti bile mula makan saja MAB dah period balik. 

TETAPI untuk mereka yg kitaran periodnye tak normal, tak datang langsung, 2 atau 3 bulan sekali baru datang, anda perlu mula mkan MAB bila2 masa bila dapat MAB bole terus makan, tak perlu tunggu period.. utk kes ini, MAB ambil masa utk adjust period bg normal semula dan adalah pada kebiasaan mereka yg bermasalah period tak teratur atau ada ambil injection/pil perancang period akan sedikit kelam kabut pada permulaan makan MAB. Ada kes hingga sebulan 2kali period, ada yg period berterusan on n off 2 bulan, ada juga yg tak period langsung sampai 2 ke 3 bln.. ianya normal, nanti bile dah serasi dgn MAB insyaallah masalah ini dapat diatasi. 


"Cara mkn ini terpakai utk semua samada blum berkahwin, yg ingin merancang atau sbg ikhtiar utk mengandung.. "

Copy dari blog MAB

Pasal 2 kali period tu memang kena dgn kite. Kite ni 1st time makan MAB, memang period 2 kali. Ni bulan ke 2 makan MAB tengah nak tengok period makin stabil ke tak.. Harap2 semakin pulih la keadaan ni..

Antara soalan lazim mengenai MAB :

Adakah wanita yang belum berumah tangga boleh mengambil MAB?

Ya sudah tentu. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belum berumah tangga, sudah berumah tangga dan golongan tua yang telah monopouse.

Adakah saya perlu menghentikan pengambilan MAB apabila period?

Tidak. Jika anda didatangi period sedangkan MAB belum habis (21 biji/sebotol), teruskan mengambil MAB hingga habis sebtl baru rest. 

Apakah yang dimaksudkan dengan rehat seminggu selepas habis sebotol MAB?

Pengambilan MAB perlu diberhentikan selama seminggu sebelum sambung kepada botol seterusnya. Ini bermaksud jika hari terakhir mengambil MAB ialah hari ahad, maka mulakan botol seterusnya pada hari ahad berikutnya.

Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?

Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.

Betul ke MAB boleh menguruskan badan?

Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya.
Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan. Secara tidak langsung, tindak balas ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini.
Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan. Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu membetulkan semula niat anda.
MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus.
 Ramai cust sy yg mendapat bonus ini.. ada atrnya yg turun 2kg, 7kg malah 15kg pun ada dgn mengamalkan MAB..

“Saya masih menyusukan anak. Setelah mengambil MAB, selera makan saya semakin bertambah. Adakah ia tindakbalas biasa MAB? Adakah berat badan saya akan bertambah?”
Dalam kes ibu yang menyusu, saya bawakan untuk anda testimoni Puan Sal yang merupakan pengguna dan dealer MAB(petikan dr testimonial Jannah)

Salam,
Saya masa mula-mula makan MAB dulu..masih menyusu anak yg kecil. Memang pada awalnya selera makan bertambah dari biasa.Pengeluaran susu badan memang takde masalah.Tapi sedikit demi sedikit selera makan tu berkurang dengan sendirinya dan tanpa disedari berat badan saya berkurang...saya sendiri tak sedar, orang lain yang perasan

p/s: saya ada pengalaman, seluar jeans yg hampir setahun lebih tak dapat pakai..lepas makan MAB 4-5 botol, akhirnya dah boleh pakai sampai skrg.


Banyak fungsi untuk orang yang nak merancang atau menjarakkan pregnant. Tapi fungsi lain untuk mereka yang merancang untuk pregnant. kalau makan maajun ni memang takkan mengandung (dengan izin Allah) sebab bahan2 dalam ni untuk family planning. Macam pil perancang la fungsi dia. Tapi dalam masa sama membantu mereka2 yang nak sangat pregnant. terutama mereka2 yang period tak tetap sampai doktor suruh makan pil perancang untuk stabilkan hormon. Hurmmm.. kite la tu! Nasib baik jumpa dengan MAB. So, tak perlu makan pil perancang bagai. makan je MAB. Daripada senior2 yang makan MAB ni.. Katanye kena makan 6 bulan. 3 bulan untuk merawat masalah dalaman. 3 bulan lagi untuk menyuburkan rahim. Ada lagi 4 bulan sebelum stop makan MAB ni.. Lamanyeee.....Apa pun kena bersabar untuk berubat...

Wish me luck!!

Thursday, 2 January 2014

Last Year vs New Year..

Ini cerita sepanjang bulan disember hingga tahun baru 2014.. compile sekali disebabkan kekangan idea dan masa.. hihihi

Lebih kurang 12 disember 2013..tak sangka2 dapat lak pakai tab 3 8.0 seperti yang diidamkan sejak lepas raya. Semuanya sebab selalu tak cukup budget dan rasa bukan 1 keperluan lagi. So, relax dulu.. last2 beli jugak sebab handphone blackberry kesayangan yang dapat time birthday tahun 2012 wat hal la...rosak kat button je tapi jem la klu button back & menu rosak kan?? Mengadu kat encik husband haruslah dia kesian kan??
Macam mana tak kesian kalau hari2 ko ngadu sampai keluar ayat..
  "abang... kuku i rosak sebab tekan button henpon bb ni..."
Selang beberapa minit ngadu lagi...
  "Abang... geram la! I xbole nak reply whatsapp sbb button rosak ni!"
Dan seterusnya.... lagi..lagi...lagi.. dan lagi...
So annoying okeh! Sebab tu la my husband cepat2 decide nak belikan handphone baru kot... hahahahaha

So, dapatla merasa pakai tab 3 ni...extra pakej dapat guna subline my husband. Kan senang... guna line je.. tak payah sebok2 nak topup ke hape. Tapi bukan totally guna duit dia je ye... jangan anggap ini hadiah ke hape hokeh! Ini sharing and caring punye cite!

Lepas settle 1 problem.. ada pulak babak drama seterusnya.. ni cite my parents lak. Hahahaha... ni lagi kelakar! Masa berlakunya babak drama 2-3 episod ni, berdebar plus pening kepala jugak nak memikir. Tapi lepas settle Alhamdulillah...banyak kemajuan berlaku. Semuanya berlaku terlalu pantas sampai kitorang rasa tak percaya yang kitorang(my husband & i, also my lil brother & sis, my abah) balik jugak ke kampungkat perak. Memang macam mimpi je kan.. tapi tu la...kuasa Allah semua tu..takdir menentukanyang kami akan balik kampung 2hari 1malam. Memang best dapat jumpa sedara mara yang dah lama tak jumpa. And paling best dapat kenalkan my husband kat diorang. 1st time hokeh.

Next cerita terbaru masa new year. 1 Jan 2014, semalam... mak mertua lak tetiba je tukarkan gelang masa kawen yang i tak sengaja putuskan tu.. hihihi..tersangkut masa nak jemur baju. Nampak tak betapa rajinnya i!!! Ha...alasan gelang putus sebab jemur baju. Haruslah mak mertua kesian kan??? Huh! Feel like i'm a drama queen! Sedey! Apa pon..dah selamat dapat yang baru.. yeay!!! Terus pakai semalam. Harap2 tak putus lagi sebab ni yang besar sikit daripada sebelum ni. Tolong jangan malukan tuan ye gelang baru!

Tu cerita mak mertua.. pak mertua pulak lain cerita.. dia ada makan ESP Shaklee before ni. Tapi macam makan sekali je. Pastu dia makan produk Dherbs. So, dia bagi kat i je ESP tu.. wah!!! I memang nak beli tapi budget dah guna untuk beli handphone. Hahaha.. dah rezeki nak dapat free kot! Hehehehe..

Ha..tetiba teringat lak pasal buku freegift sebab order shaklee tu.. buku tu tajuknya "cara menjemput rezeki" lupe tajuk sebenar. Tapi menjemput rezeki tu betol. Walaupon cuma mini buku thats mean kandungannya sikit daripada buku full, tapi macam best sangat tau! Rasa macam ada kelainan selepas cuba amalkan doa dan cara2 yang diberi tu. Lebih semangat bila lebih mengingati yang Esa. Nak cari buku full la...

P/s: curi2 masa untuk update blog di opis.tapi harusla tak guna pc ofis kan.. hahhaha.. tab kan ade.. unsur belagak sikit.padahal org lain dah lama guna.

selamat tahun baru 2014..selamat berazam baru!

See ya!