Hari ni entry copy paste je.. Yang penting menyentap tangkai hati ini..
[Credit to kawan FB]
Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.Setelah baca entry ni... Rasa malu sesangat pulak. Baru sedar yang diri ini banyak kekurangan dan kelemahan. Kadang-kadang ada jugak mempersoalkan kenapa itu.. kenapa ini... Kenapa tak dapat tu..... sedangkan dia dapat ini........
Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal. Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.
Huh... Teruk! Sepatutnya aku lebih bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Setiap yang Allah jadikan, setiap yang Allah beri.. ada hikmah tersendiri. Kita akan dapat rasakan manisnya setiap ujian Allah setelah kita tahu apa yang Allah beri pada kita selepas itu..
Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang bersyukur atas nikmat kurniaanNya...
Amin...
No comments:
Post a Comment