Hai..
Sepanjang 4 bulan mengkaji, belajar dan membuat pemerhatian.. Aku makin memahami keunikan wanita. Terutama diri aku sendiri la.. Padahal dah 27tahun hidup, baru nak belajar tentang dalaman diri sendiri!! Apa pon perlu bersyukur sebab Allah memberi peluang dan ilham untuk belajar dan teruskan usaha.
Okeh..sambung cite utama, seperti yang sedia maklum, aku dalam proses TTC dan menstabilkan period yang tiba-tiba tak menentu sejak bulan 5 ari tu. Alhamdulillah semakin ok sejak bulan puasa lepas. Sehari sebelum puasa aku period. Tapi sepanjang hayat, inilah period paling singkat. Di mana, hanya hari pertama sahaja agak banyak, kedua hingga seterusnya sikit sangat. Pelik. Memang pelik sebab dah hampir 3bulan tak period tapi bila period sikit sangat yang keluar. Tapi ok la...hikmahnya aku cuma tinggal puasa 3hari sahaja!! Terbaik!!hahahaha~~~
Sejak hari kedua period, aku mula makan GLA Complex Shaklee. Alhamdulillah, kali ni langsung takde senggugut yang dasyat. Sakit light sangat dan boleh dikatakan langsung tak terasa senggugut yang macam sebelum ni. Sebelum period pun cuma sakit breast yang light jugak. Pendek kata memang selesa time period tu..GLA Complex aku makan sehingga waktu subur. Bila check mukus dah dapat yang clear macam white egg tu terus stop amek GLA. GLA ni mempengaruhi hormon dan membantu kita mengesan kehadiran cecair mukus semasa subur. Sebelum ni memang tak tahu bila waktu subur. Main bedal je!! kih3.. Sekarang dah semakin memahami istilah2 penting dalam proses untuk conceive. Vitamin lain macam B Complex dan VitaLea Iron terus je makan macam biasa.
Seperti biasa, kena tunggu 14hari ataupun 2weeks wait (2WW). Kenapa?? Sebab 14 hari selepas ovulasi merupakan tarikh start period kite seterusnya. Kalau tak period tu mungkin dah lekat. Aku pun tunggu dengan penuh debaran. Tapi hati ni kuat mengatakan tak jadi kali ni.. Sebab apa?? Tak tahula kenapa hati ni asyik cakap camtu. Maybe sebab dah taknak mengharap langsung kot! Hihihi... Lagipon masa hari raya bantai makan macam-macam dan asyik minum air berkarbonat (air gas). Susahla nak lekat. Hati berkata-kata. Seperti dijangka.. Hari ke-15 selepas ovulasi, aku period! Mulanya aku tak perasan period. Tapi aku terpaksa ulang alik ke tandas (di ofis) sebab asyik sakit perut nak membuang. Memulas-mulas!! Padahal makan benda biasa je kot. Pastu saja la masa basuh-basuh, cuci-cuci tu try check kat tempat tu, memang tepat! Ada darah!! Ok...aku period. ~pasrah~
Petang dan malam tu period biasa je... Tak heavy and sangat normal. Tapi esoknya kat ofis, aku banyak bergerak sebab banyak keje. Perut tak sakit senggugut pon. Aku dah start makan GLA Complex semula pagi tu. Time keje tu memang terasa darah yang banyak keluar. Sampai kena tukar pad!! Memang melimpah punya!Ok... darah heavy keluar mungkin sebab cover yang lama-lama kot.. Tapi malam tu (kat umah) tengah lepak-lepak, rasa panas je darah keluar.. Relax lagi. Tiba-tiba rasa memulas-mulas perut macam nak membuang air pulak. Aku pon ke toilet. Baru je mencangkung dah keluar darah sebesar saiz 2 ibu jari kaki seketul dan sebesar ibujari tangan seketul. Bersambung. Aku mula gabra. Memang masa tu fikir macam-macam. Mula la ingat miscarriage.. [poyo jek!] tapi bila aku search kat tenet. Kalau on time period bukan miscarriage tapi memang kes tak lekat even dah tersenyawa sekalipun. So, relax k... aku buat kesimpulan, mungkin ade yang tersenyawa, tapi tak cukup kuat untuk hidup dan tak cukup kuat untuk menempel pada dinding uterus aku. Sebab tu 'dia' luruh bersama dinding uterus yang menebal masa proses menanti kehadiran 'dia'. Apa pon, bak kata kawan aku, kalau Allah nak bagi tetap lekat walau apa pun terjadi kat kite. Ye... Aku sangat-sangat percaya tu semua! Kalau dah rezeki takde sape bole sangkal. Akan tetap menjadi rezeki kami. Mungkin kali ni belum tertulis kami berpeluang untuk mendapat rezeki yang tak ternilai tu...
Apapun, cuba lagi cycle kali ni!
Gambatte!! See ya!!
No comments:
Post a Comment