Search This Blog

Tuesday, 29 April 2014

Maajun Anggun Bistari: Ikhtiar ~

Hai...Just nak share kat blog yang tak seberapa ni..

Bulan April masuk bulan ke-2 saya amalkan makan Maajun Anggun Bistari (MAB). Apa tu MAB?? Haaa..Jom tengok ni..

Credit~ Pic From Google

Close Up.. Credit Pic From Google
Inilah dia MAB yang digembar-gemburkan sejak tadi.. Apa kandungan yang terdapat dalam MAB? Selamat ke tak ni? Mahal ke? Untuk apa ni?? Dan macam-macam persoalan lagi yang terdapat dalam kepala kan...

Harga MAB sangat2 berpatutan ataupun dalam bahasa mudah, sangat2 murah. Cuma RM18 sebotol untuk bekalan sebulan. Sebotol ada 21 biji. Kena habiskan ye puan2.. Jangan sekejap makan sekejap tak makan.

Bilakah waktu terbaik untuk mula makan MAB?

Untuk mula makan MAB seeloknye start hari ke 3 atau 4 period. Maknanya semasa period hari yg ke 3 atau 4. Ini bertujuan agar mudah MAB nak adjust waktu period kita. Katalah period dah hari ke 4 kemudian bile makan MAB 21biji 21hari, jadi hari terakhir makan dah masuk hari ke 25 period dan tiba masa untuk cycle period yang baru.. tidaklah nanti kelam kabut, kalau tak ikut hari ke3 atauc4 ni nanti bile mula makan saja MAB dah period balik. 

TETAPI untuk mereka yg kitaran periodnye tak normal, tak datang langsung, 2 atau 3 bulan sekali baru datang, anda perlu mula mkan MAB bila2 masa bila dapat MAB bole terus makan, tak perlu tunggu period.. utk kes ini, MAB ambil masa utk adjust period bg normal semula dan adalah pada kebiasaan mereka yg bermasalah period tak teratur atau ada ambil injection/pil perancang period akan sedikit kelam kabut pada permulaan makan MAB. Ada kes hingga sebulan 2kali period, ada yg period berterusan on n off 2 bulan, ada juga yg tak period langsung sampai 2 ke 3 bln.. ianya normal, nanti bile dah serasi dgn MAB insyaallah masalah ini dapat diatasi. 


"Cara mkn ini terpakai utk semua samada blum berkahwin, yg ingin merancang atau sbg ikhtiar utk mengandung.. "

Copy dari blog MAB

Pasal 2 kali period tu memang kena dgn kite. Kite ni 1st time makan MAB, memang period 2 kali. Ni bulan ke 2 makan MAB tengah nak tengok period makin stabil ke tak.. Harap2 semakin pulih la keadaan ni..

Antara soalan lazim mengenai MAB :

Adakah wanita yang belum berumah tangga boleh mengambil MAB?

Ya sudah tentu. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belum berumah tangga, sudah berumah tangga dan golongan tua yang telah monopouse.

Adakah saya perlu menghentikan pengambilan MAB apabila period?

Tidak. Jika anda didatangi period sedangkan MAB belum habis (21 biji/sebotol), teruskan mengambil MAB hingga habis sebtl baru rest. 

Apakah yang dimaksudkan dengan rehat seminggu selepas habis sebotol MAB?

Pengambilan MAB perlu diberhentikan selama seminggu sebelum sambung kepada botol seterusnya. Ini bermaksud jika hari terakhir mengambil MAB ialah hari ahad, maka mulakan botol seterusnya pada hari ahad berikutnya.

Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?

Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.

Betul ke MAB boleh menguruskan badan?

Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya.
Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan. Secara tidak langsung, tindak balas ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini.
Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan. Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu membetulkan semula niat anda.
MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus.
 Ramai cust sy yg mendapat bonus ini.. ada atrnya yg turun 2kg, 7kg malah 15kg pun ada dgn mengamalkan MAB..

“Saya masih menyusukan anak. Setelah mengambil MAB, selera makan saya semakin bertambah. Adakah ia tindakbalas biasa MAB? Adakah berat badan saya akan bertambah?”
Dalam kes ibu yang menyusu, saya bawakan untuk anda testimoni Puan Sal yang merupakan pengguna dan dealer MAB(petikan dr testimonial Jannah)

Salam,
Saya masa mula-mula makan MAB dulu..masih menyusu anak yg kecil. Memang pada awalnya selera makan bertambah dari biasa.Pengeluaran susu badan memang takde masalah.Tapi sedikit demi sedikit selera makan tu berkurang dengan sendirinya dan tanpa disedari berat badan saya berkurang...saya sendiri tak sedar, orang lain yang perasan

p/s: saya ada pengalaman, seluar jeans yg hampir setahun lebih tak dapat pakai..lepas makan MAB 4-5 botol, akhirnya dah boleh pakai sampai skrg.


Banyak fungsi untuk orang yang nak merancang atau menjarakkan pregnant. Tapi fungsi lain untuk mereka yang merancang untuk pregnant. kalau makan maajun ni memang takkan mengandung (dengan izin Allah) sebab bahan2 dalam ni untuk family planning. Macam pil perancang la fungsi dia. Tapi dalam masa sama membantu mereka2 yang nak sangat pregnant. terutama mereka2 yang period tak tetap sampai doktor suruh makan pil perancang untuk stabilkan hormon. Hurmmm.. kite la tu! Nasib baik jumpa dengan MAB. So, tak perlu makan pil perancang bagai. makan je MAB. Daripada senior2 yang makan MAB ni.. Katanye kena makan 6 bulan. 3 bulan untuk merawat masalah dalaman. 3 bulan lagi untuk menyuburkan rahim. Ada lagi 4 bulan sebelum stop makan MAB ni.. Lamanyeee.....Apa pun kena bersabar untuk berubat...

Wish me luck!!